Selasa, 13 November 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


DemiRakyat - Masa Anda Bertindak

Posted: 13 Nov 2012 07:22 PM PST


Kini tiba masa kita rakyat Malaysa bersatu demi negara yang tercinta, oleh rakyat, #DemiRakyat http://www.demirakyat.my


Janji Batalkan Projek Kondo Batu Caves Adalah Rasuah Politik Kata Pakatan

Posted: 13 Nov 2012 06:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Janji Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan projek pembinaan kondominium kontroversi di Batu Caves sekiranya Barisan Nasional (BN) menawan semula Selangor adalah rasuah politik kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor.



Pemimpin PR juga membidas Najib sebagai tidak bertanggungjawab kerana menggunakan isu sensitif semata-mata untuk menarik pengundi kaum India.



"Ia adalah rasuah... Saya rasa adalah sesuatu yang pelik seorang PM berkata begitu," kata ahli ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor, Dr Xavier Jayakumar kepada The Malaysian Insider.



"Malahan dengan memberi ucapan kepada masyakat dikategorikan sebagai berpendapatan rendah secara demikian... ia sesuatu yang pelik.



"Mereka tidak memiliki jaminan daripada segi kesihatan, pendidikan dan perumahan seperti diketahui tetapi kamu memainkan janji seperti ini di depan mereka.

"Lebih baik beritahu mereka - kamu akan lebih teruk jika kamu tidak lakukan perkara ini (undi kepada BN) dan saya (PM) tidak kisah jika kamu tidak lakukannya," tambah beliau lagi.



Hari ini sempena sambutan pesta cahaya Deepavali di Batu Caves, Najib telah membuat pengumuman bahawa kerajaan pimpinannya akan membatalkan projek pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran pusat keagamaan masyarakat Hindu di Batu Caves jika kembali memerintah Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.



Jayakumar juga berkata ia sangat tidak adil dengan memberikan janji sedemikan terutamanya isu tersebut nyata sensitif kepada masyarakat India.



"Kami kerajaan Selangor tidak berkata jika kaum India mengundi kami, kami pasti akan membatalkan projek tersebut.



"Apa yang kami lakukan ialah kami berikan notis pemberhentian kerja dan jawatankuasa khas kami sedang melakukan siasatan di setiap sudut untuk menanganinya.



"Penghujungnya nanti kami akan pastikan perkara ini diselesaikan secara baik," kata Jayakumar.

Ahli parlimen Puchong (DAP), Gobind Singh Deo juga senada dengan rakannya itu dan menuduh Najib mengugut masyakat India Selangor dengan janjinya.

Beliau mendakwa kata-kata Najib itu sama dengan janji "awak tolong saya, saya tolong awak" kepada pengundi di Sibu semasa pilihan raya kecil 2010 lalu hingga mengundang kritikan yang meluas.

"Najib perlu berusaha selesaikan isu tersebut dan bukannya berjanji dengan bersyarat," kata beliau kepada The Malaysian Insider.



Semasa ucapan saat akhir kepada pengundi Sibu pada Mei 2010 lalu, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk projek tambatan banjir di Sungai Rejang tapi dengan syarat pengundi memilih calon BN di situ iaitu Robert Lau Hui Yew.



"Saya mahu buat perjanjian dengan kamu. Bolehkah kita mencapai persetujuan bersama atau tidak? Sangat senang, kamu tolong saya dan saya tolong kamu," kata Najib tiga jam berakhir tempoh berkempen.



Namun demikian, BN tetap tewas kepada calon daripada DAP iaitu pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.



Pada 30 Oktober lalu, kerajaan negeri Selangor memberikan arahan untuk menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves serta melantik badan penyiasat bebas.



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri memberi jaminan supaya masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin, mengakui bahawa arahan menghentikan projek ini menyebabkan pihak pemaju mengalami kerugian.

Projek kondominium Dolomite Park Avenue yang dibangunkan oleh Dolomite Properties Sdn Bhd, adalah isu sensitif kerana projek tersebut berhampiran dengan Batu Caves, tempat keagamaan penganut Hindu kira-kira 1.7 juta orang di kawasan bandar di Selangor.

Sumber: TheMalaysianInsider

Perutusan Deepavali oleh Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Posted: 12 Nov 2012 06:00 PM PST

Bagi pihak Parti KEADILAN dan Pakatan Rakyat, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada rakyat Malaysia yang merayakan hari ini, baik yang beragama Hindu, Sikh dan Jain. Deepavali, atau singkatannya Diwali, bermaksud 'sebarisan pelita' – suatu simbol kemenangan cahaya apabila berhadapan dengan kegelapan. Selari dengan semangat perayaan ini, ingin saya seru rakyat Malaysia untuk mengingati mereka yang sedang menghadapi 'kegelapan' dalam hidup masing-masing.

Apabila anda menyalakan pelita dipa bersama keluarga anda, harapan saya bahawa anda mengingati Puan Indra, yang masih menantikan keadilan untuk anaknya Kugan yang telah menjadi mangsa keganasan polis ketika dalam tahanan. Tatkala anda menjamu laddoo dan barfi, ingatlah ibu-ibu seperti Puan Suppama yang dinafikan bantuan kerajaan, malah tidak diizinkan mengisi borang e-kasih. Dikala kita menyambut hari perayaan ini sebagai rakyat Malaysia, masih terdapat ribuan penduduk berketurunan India yang masih tidak diiktiraf status kewarganegaraan mereka; antara ribuan ini, seramai 1,758 dari mereka telah membesar di rumah-rumah kebajikan yang dibiayai kerajaan, dan mereka kini tiada kerakyatan dan tiada dokumen pengenalan untuk membuktikan bahawa mereka rakyat asal Malaysia.

Deepavali dari segi spiritualnya meraikan cahaya – meraikan kebaikan yang wujud dalam hati setiap insan. Diwali merupakan suatu kemenangan atas segala kegelapan – baik yang lahir dari kejahilan dan prejudis, mahupun penganiayaan yang membabitkan seluruh masyarakat. Bersempena hari ini, ingin saya mengingatkan diri saya serta rakyat Malaysia bahawa perjalanan kita masih jauh, dan perjuangan kita terlalu hampir untuk kita pandang leka. Biarlah cahaya kemenangan itu bangkit semula, dan biarlah ia terus menerangi perjuangan kita rakyat Malaysia.
Deepavali Nalvazhthukal (தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்)

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat


On behalf of KEADILAN and Pakatan Rakyat, I would like to wish a Happy Deepavali to all Malaysians who celebrate this festive day, be you Hindu, Sikh or Jain. Deepavali, or in its shorter form Diwali,– the victory of enlightenment over darkness. In the spirit of today's celebration, I would like to call upon my fellow Malaysians to remember with me those who face their own darkness every day.

As you light dipa lamps with your family, spare a thought to Mrs Indra who still waits for justice for her late son Kugan, a victim of police violence. While you feast on laddoo and barfi, remember mothers such as Mrs Suppama who are denied government welfare, and even turned away from registration with the e-kasih system. As we celebrate today as Malaysians, let us remember the thousands of Malaysians of Indian ethnicity who are not recognised as citizens of this land; among them are 1,758 Malaysians who were raised in government-funded welfare homes, and who are now bereft without citizenship or any form of identification, despite being born and bred in this very country.

Deepavali, in its essence, is a spiritual celebration of light – celebrating the good which exists in every living soul. Diwali represents the victory of this light over every form of darkness – be they born out of ignorance and prejudice, or  be they deliberate injustices which involve the community at large. In the spirit of Deepavali, I would like to remind all Malaysians, myself first and foremost, that our journey still lies far ahead, and our struggles are too near for us to ignore, even during a celebration such as today. May the Light shine brighter than ever upon us, and may it be a guide in our constant journey towards the betterment of Malaysia.
Deepavali Nalvazhthukal (தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்)

Dr Wan Azizah Wan Ismail
President
Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan: