Khamis, 8 November 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Cecah 10,000 warga Myanmar dapat IC jadi pengundi BN?

Posted: 07 Nov 2012 09:26 PM PST


Pengguna facebook, Shirley Gabriella mendedahkan, pada 6.45 pagi Jumaat lalu (2 November 2012), beliau terkejut menyaksikan ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan menjadi warganegara Malaysia yang sah.
Inilah mesej yang ditulis Gabriella di facebook miliknya.
Beliau menganggarkan sekitar 10,000 menunggu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan syarat, mereka beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.
Menurutnya lagi, warga asing terbabit tidak diberi taraf penduduk tetap (permanent resident), sebaliknya diberi taraf warganegara (permanent citizenship).
Tulis Gabriella dalam ruangan komen statusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini.
Persoalannya, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar tersebut diberi kerakyatan secara beramai-ramai?
Adakah Malaysia sudah kekurangan rakyat sehingga perlu memberi kerakyatan segera kepada bangsa asing? Atau ribuan warga Myanmar ini akan dibenarkan untuk mengundi pada pilihan raya umum akan datang bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional?

Gambar Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 Nov 2012

Posted: 07 Nov 2012 09:22 PM PST



























Umno BN main sentimen agama untuk raih sokongan Melayu – Anwar

Posted: 07 Nov 2012 09:07 PM PST


Umno BN tergamak memainkan sentimen agama dan mengambil pendekatan keras terhadap golongan bukan Islam semata-mata untuk raih sokongan Melayu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu mengulas serangan terdesak Umno BN menerusi media kawalannya, Utusan Malaysia dan TV3 terhadap Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar berhubung komennya dalam soal kebebasan agama.
Menyifatkan serangan yang diterima Nurul Izzah itu tidak adil, Anwar berkata, kenyataan tersebut tidak patut dimanipulasi hanya untuk mendapat sokongan politik kerana perihal agama adalah soal keyakinan.
"Apa isunya? Saya baca teks (ucapan Nurul Izzah) dan jelas Perlembagaan (Persekutuan dihormati).
"Mereka pun buat perkara sama terhadap kenyataan saya…ambil satu dua ayat (dan putar belit)," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Semalam, Utusan Malaysia pada muka depannya memanipulasi kenyataan Nurul Izzah di forum 'Islamic State: Which version? Whose responsibility?'.
Pada hari sama, Nurul Izzah menyanggah tuduhan itu dan menegaskan sama sekali tidak mengeluarkan kenyataan meremehkan Islam.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan mungkin akan memanggil beliau untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya.
Anwar berkata, Jais perlu mengambil tindakan kepada umat Islam yang terlibat dalam perjudian dan syarikat arak seperti San Miguel jika benar badan itu ingin menjaga kesucian Islam.
"Tetapi agama diguna jadi alat politik bagi umno, ini saya fikir tidak sihat," kata Ketua Pembangkang.
Nurul Izzah dalam sidang media sebelum itu menyatakan kesediaannya berjumpa Jais, namun berharap badan itu turut memanggil Utusan kerana mengeluarkan kenyataan fitnah.

Rompak tanah Negeri Sembilan, Umno sebabkan rakyat terabai

Posted: 07 Nov 2012 09:06 PM PST


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 7 November: Rakyat Negeri Sembilan perlu ubah pentadbiran kerajaan negeri jika tidak mahu kehidupan mereka terabai akibat rompakan tanah yang dikaut pemimpin Umno, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri, Mohd Nazree Yunus.
Beliau mengulas pendedahan KEADILAN berhubung isu penyelewengan tanah hutan simpan di Jempol dan rampasan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson minggu lalu.

"Tindakan mengenepikan rakyat seperti itu dah lama berlaku, malah banyak lagi daerah di negeri ini. Di Rembau, peniaga tidak disedia keperluan asas seperti air dan sebagainya," kata Naib Ketua AMK Pusat itu.
Ahmad Nazib berkata, pihaknya sedang kumpul bukti untuk dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kita sedang mengumpulkan dokumen penting, berbincang dengan Rafizi, dan akan bawa isu ini untuk dilapor kepada SPRM dalam masa terdekat," jelasnya kepada Keadilan Daily.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada 3 Oktober lalu membongkar skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram yang dipercayai didalangi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan.
Pada 2 November, Rafizi mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.
Menurut Rafizi, pada 3 Mac 2004, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS.
Sementara itu, peniaga di sekitar Pantai Telok Kemang berhimpun di perkarangan Parlimen 1 November lalu membantah kezaliman kerajaan yang mengusir dan 'menutup periuk nasi' mereka dari kawasan itu untuk projek pembangunan.
Tanah di sekitar pantai ditambak dan sebahagian besarnya dijadikan milik peribadi beberapa individu, lalu mengusir peniaga tanpa sebarang notis.

Tiada ulasan: