Isnin, 5 November 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Laporan berbeza oleh media arus perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 04 Nov 2012 10:07 PM PST


Sebagaimana laporan berita tentang Perhimpunan Aman Bersih 3.0 lalu, begitulah yang berlaku pada laporan media utama khususnya Berita Harian mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada 3 November 2012.

Lebih menarik apabila akhbar-akhbar utama Mandarin dan Tamil menyebut dengan jelas angka kehadiran lebih daripada 30 ribu orang yang hadir ke program pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban Jaya kelmarin.

Malah akhbar Sinar Harian merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu utama menongkah arus melaporkan keadaan sebenar di himpunan tersebut.

Anda sendiri boleh melihat pada gambar di atas perbezaan perspektif laporan dua akhbar bahasa Melayu arus perdana iaitu Sinar Harian dan Berita Harian. 

Kita tujukan persoalan ini kepada semua penyokong dan pengikut Umno-BN khususnya, apakah mereka sanggup untuk terus disumbatkan dengan maklumat palsu oleh media arus perdana yang menyokong Umno-BN?

Apakah rakyat Melayu khsususnya yang masih menyokong Umno-BN untuk terus ditipu dengan laporan sebegini sedangkan rakyat negara ini yang lain dari bangsa Cina dan India mendapat laporan tepat melalui akhbar-akhbar utama mereka?

Siapakah yang sebenarnya menipu Melayu-Umno atau Pakatan Rakyat?

Nilaikan sendiri melalui gambar tersebut! Jangan butakan mata yang sedia celik, jangan tumpulkan akal pemberian Ilahi!

Tiada ulasan: