Selasa, 20 November 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Rafizi ke Hong Kong jumpa ICAC, cadang siasat semula wang RM40 juta

Posted: 20 Nov 2012 12:19 AM PST


Satu laporan dikemukakan kepada jawatankuasa semakan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) untuk membuka semula kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri Aziz dan jutawan balak, Michael Chia.
"Permohonan rasmi dibuat kepada ICAC agar kes disemak semula mengambil kira kesan reputasi antarabangsa ICAC apabila namanya diguna di Malaysia untuk membersihkan Musa dan Michael Chia.

"Satu rombongan akan berkunjung ke Hong Kong untuk memulakan proses permohonan kepada jawatankuasa ICAC.
"Ia untuk memaklumkan fakta yang menyebabkan ICAC terpaksa menutup kes ini," kata Rafizi Ramli, Pengerusi Eksekutif National Oversight & Whistleblowers (NOW), pada sidang media di ibu pejabat NOW di Sungai Besi, hari ini.
Beliau yang juga Pengarah Strategi KEADILAN memaklumkan, rombongan ke Hong Kong turut disertai beberapa wakil rakyat Malaysia yang akan mengadakan pertemuan bersama ahli Majlis Perundangan (Legislative Council) Hong Kong.
"Ahli majlis perundangan yang akan kita temui ialah Pengerusi League of Social Democrats, Leung Kwok Hung, wakil Parti Demokratik, James To Kun Sun, pimpinan parti People's Power, Raymond Wong Yuk Man dan pimpinan dari Civic Party.
"Pertemuan bertujuan mendapatkan kerjasama mereka untuk berunding dengan Jawatankuasa Semakan ICAC untuk menyemak kembali kes.
"Sidang media bersama NGO akan diadakan untuk menerangkan kesan kes kepada reputasi ICAC, pada hari Khamis, 22 November di Hong Kong," jelas Rafizi.
Beliau sebelum ini menyatakan akan ke Hong Kong pada 21 November bagi menyiasat skandal pemberian wang RM40 juta melibatkan jutawan balak Sabah, Michael Chia dan Ketua Menteri, Musa Aman.

Manakala pada 5 November, satu laporan dibuat Rafizi di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi mendesak siasatan terhadap Menteri di JPM, Nazri Aziz, apabila keluarganya mendapat manfaat dengan tujuan mempengaruhi keputusan membersihkan nama Chia.
Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri, atau melalui, atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah, atau menerima, atau bersetuju menerima bagi dirinya, atau mana-mana orang lain, telah melakukan kesalahan rasuah.

Himpunan bantah AES di Parlimen, desak batal semua saman

Posted: 20 Nov 2012 12:19 AM PST


KUALA LUMPUR 20 NOVEMBER:  NGO Bantah AES mendesak kerajaan membatalkan serta-merta saman trafik yang dikeluarkan sistem penguatkuasaan automatik (AES).

"Saman AES tidak boleh dilaksanakan dengan keadaan seperti ini, dengan menekan rakyat. Batalkan kamera yang akan dipasang serta 14 kamera yang telah dipasang," kata penyelaras Bantah AES, Saifullah Zulkifli.
Beliau yang juga Exco Angkatan Muda KEADILAN mempertikaikan penswastaan sistem itu kepada dua syarikat kroni Umno-BN dengan alasan 'langkah kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya'.
"Terbukti dua syarikat (pengendali AES) ada hubungan rapat dengan Umno-BN seperti didedahkan di Parlimen sebelum ini," tegasnya.
Terdahulu, kira-kira 30 aktivis Bantah AES berhimpun di depan bangunan Parlimen pagi ini bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan.
Antara pimpinan Pakatan Rkakyat yang hadir adalah Adun Teja, Chang Lih Kang, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Jeff Ooi (Jelutong), Lim Tong Sin (Kota Melaka) dan Timbalan Ketua KEADILAN Cabang Rasah, R Tangam.
Tidak seorang pun wakil Kementerian berkenaan hadir, namun 'diganti' ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong bagi menerima memorandum tersebut.

Beliau menyifatkan sistem AES bukan langkah tepat untuk mengurangkan kemalangan.
"Dua pertiga kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal. Kalau kerajaan benar nak tolong rakyat, keutamaan adalah kurangkan kemalangan motorsikal," katanya.
Pada 5 November lalu, KEADILAN mendedahkan dua pemegang saham terbesar syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd mempunyai hubungan rapat dengan Umno Johor dan MCA.
Pemegang saham terbesar Beta Tegap ialah To' Puan Rozana Redzuan, anak kepada bekas Ketua Umno Parit Sulong, Tan Sri Redzuan Salim dan sepupu kepada Adun Machap dari BN, Abdul Hamid Abdul Rahman.

Selangor umum RM300j untuk jambatan dijanjikan BN

Posted: 19 Nov 2012 08:15 PM PST

dipetik dari Malaysiakini.com



Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk memulakan satu projek jambatan baru di bandar Klang yang dijanjikan BN semasa kempen pilihan raya Mac 2008.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mengumumkan peruntukan itu berkata, kerajaan negeri akan mendahulukan wang tersebut bagi "mengotakan janji yang tidak ditepati" BN berhubung projek tersebut.

NONE
"Saya difahamkan upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh kerajaan terdahulu beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-12. Malangnya, setelah lebih empat tahun, jangankan jambatan, sebatang rangka tiang pun masih tidak kelihatan.

"Oleh itu, pada tahun 2013 nanti, meskipun kita maklum bahawa pembinaan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, namun kerajaan negeri akan mendahulukan wang untuk pembinaannya bagi mengotakan janji yang tidak ditepati Umno-BN," katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.


Jumlah RM300 juta itu, kata Khalid datang daripada rezab negeri yang tinggi "hasil daripada perbelanjaan berhemat yang dilakukan pemimpin".

Jangka siap dua setengah tahun


Satu siaran di laman Kementerian Kerja Raya menyebut, projek tersebut dirasmikan menteri besar pada masa itu, Mohamad Khir Toyo dan juga menteri kerja raya Dato Seri S. Samy Vellu, Menteri Kerja Raya pada 4 Mac 2008 di Klang.

Laman tersebut menyatakan, projek melibatkan kos RM230 juta itu dijangka siap dalam tempoh dua setengah tahun.

Ia meliputi pembinaan jalan baru sepanjang 2.5km, jambatan baru merentasi Sungai Klang sepanjang 0.5km dan naiktaraf jalan sedia ada sepanjang 1.3km.

Antara lainnya, ia bertujuan mengurangkan kesesakan di kedua-dua jambatan sedia ada – Jambatan Kota dan Jambatan Musaedin – serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat, menurut kementerian itu lagi.


Khalid hari ini membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun 2013 dengan anggaran hasil dan perbelanjaan sebanyak RM1.6 bilion dengan tema "Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia".

Jelasnya, tahun 2013 adalah tahun kelima Selangor membentangkan belanjawan berimbang.

Menurutnya, Selangor menjangkakan membelanjakan wang dari hasil cukai sebanyak RM584 juta (35.86 peratus hasil negeri), RM859.8 juta dari hasil bukan cukai (52.75 peratus) dan terimaan bukan hasil sebanyak RM185.7 juta (11.4 peratus).

Wang tersebut kemudiannya akan disalurkan untuk perbelanjaan mengurus sebanyak RM996.9 juta (61 peratus) dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM663 juta (39 peratus).

Selangor peruntuk RM1.63 bilion Belanjawan 2013

Posted: 19 Nov 2012 08:12 PM PST


SHAH ALAM 19 November: Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM1.63 bilion dalam Belanjawan 2013 yang bertema 'Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia'.
"Anggaran perbelanjaan negeri yang diperakui bagi tahun 2013 berjumlah RM1,630,000,000.00," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau mengumumkan jumlah itu ketika membentangkan belanjawan berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Menurut Khalid, Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat membentangkan belanjawan berimbang selama lima tahun berturut-turut.
"Hal ini sekali gus membuktikan kemampuan kita mentadbir secara telus, berhemat berbelanja dan mengamalkan pengurusan kewangan secara berhemah. Pada masa yang sama kita juga telah memastikan kelestarian pertumbuhan ekonomi negeri," katanya dalam laporan belanjawan tersebut.
Khalid berkata, sebanyak RM996,980,690.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus iaitu 61 peratus yang terdiri daripada perbelanjaan tanggungan (RM57,907,095.00 atau 3.5 peratus) dan perbelanjaan bekalan (RM939,073,595.00 atau 57.6 peratus),manakala perbelanjaan pembangunan disediakan RM633,019,310.00, iaitu 39 peratus.

"Cadangan belanjawan mengurus tahun 2013 berjumlah RM996,980,690.00 berbanding peruntukan asal tahun 2012 sebanyak RM1,000,000,000. Agihan perbelanjaan bekalan dan tanggungan berjumlah RM996,980,690.00 ini meliputi objek-objek am, iaitu emolumen (RM363,840,812.44 atau 36.49 peratus), bekalan dan perkhidmatan (RM414,867,037.37 atau 41.61 peratus), aset
(RM3,716,600.00 atau 0.37 peratus), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM201,291,160.19 atau 20.19 peratus) dan perbelanjaan lain (RM13,265,080.00 atau 1.33 peratus)," jelas beliau.
Katanya, penurunan sebanyak 0.3% disebabkan oleh penurunan bayaran balik pinjaman Persekutuan yang telah dibayar secara komited dan berkala oleh kerajaan negeri. Hal ini membuktikan Selangor peka dalam hal menguruskan hutang kepada Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2008.
Menurut Khalid lagi, cadangan belanjawan pembangunan berjumlah RM633,019,310 berbanding peruntukan asal tahun 2012, iaitu berjumlah RM600,000,000.
"Anggaran Perbelanjaan Pembangunan ini diagihkan kepada beberapa sektor utama, iaitu Sektor Infrastruktur (RM343,260,610.00 atau 54 peratus), Sektor Sosial (RM188,399,600.00 atau 30 peratus), Sektor Ekonomi (RM91,951,100.00 atau 15 peratus), dan Sektor Perbandaran (RM9,408,000.00 atau 1 peratus)," katanya.
Selanjutnya, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, anggaran hasil negeri bagi tahun 2013 berjumlah RM1,630,000,000.
"Anggaran hasil ini terdiri daripada hasil cukai sebanyak RM584,444,172.26 atau 35.86 peratus, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM859,803,567.74 atau 52.75 peratus dan terimaan bukan hasil sebanyak RM185,752,260.00 atau 11.40 peratus," kata Khalid.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok berkata, anggaran perbelanjaan pembangunan pada sektor infrastruktur adalah; kemudahan awam RM296,781,160.00 (86.46%), Sains Teknologi dan Inovasi RM41,820,010.00 (12.18%), dan Perumahan RM4,659,440.00 (1.38%).
"Anggaran perbelanjaan pembangunan bagi sektor ekonomi meliputi kewangan RM53,610,000.00 (58.30%), pertanian RM17,766,040.00 (19.32%), pelancongan RM5,585,010.00 (6.07%), pembangunan usahawan RM7,700,010.00 (8.37%), sumber alam RM2,890,040.00 (3.14%), kajian dan penyelidikan RM2,800,000.00(3.05%) dan pelaburan dan perindustrian RM1,600,000.00 (1.74%)," katanya.
Selain itu, anggaran perbelanjaan pembangunan di sektor perbandaran, terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pengurusan sisa pepejal berjumlah RM408,000.00 (4.34%), kelengkapan CCTV di Pihak Berkauas Tempatan RM6,000,000.00 (63.78%) dan kerajaan tempatan RM3,000,000.00 (31.89%).
MES peroleh peruntukan besar
Untuk perbelanjaan pembangunan bagi sektor sosial pula, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah besar kepada Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), iaitu RM118,250,020.00.
Manakala pendidikan sebanyak RM26,850.040.00, Pembangunan Modal Insan (RM11,380,500.00), Kampung Baru (RM5,000,000.00), sukan (RM5,800,000.00), Adat Melayu (RM775,030.00, Program-program Belia RM3,500,000.00, Rumah Ibadat Selain Islam RM3,000,000.00,
Program Pembasmian Kemiskinan RM7,544,000.00), Pembangunan Luar Bandar (RM1,500,000.00), Kerajaan Prihatin (RM1,150,000.00), Tabung Kebajikan Anak Pekerja Ladang (RM1,000,000.00), Wanita (RM1,000,000.00), Pemeliharaan Alam Sekitar (RM650,000.00), Kebudayaan dan Kesenian (RM500,000.00), dan Kesihatan RM500,000.00.
Khalid berkata, peningkatan terkawal sebanyak 5% daripada tahun sebelumnya membuktikan pengurusan kewangan yang baik dan teratur diamalkan kerajaan negeri sejak 2008 hingga kini.
"Belanjawan Berimbang 2013 Negeri Selangor membuktikan iltizam kerajaan negeri terhadap hasrat untuk memastikan setiap perbelanjaan menepati nilainya.
"Kerajaan negeri juga mampu memberi justifikasi dalam setiap perbelanjaan yang dilakukan. Pada masa yang sama semua program pembangunan demi kesejahteraan rakyat berjaya diteruskan. Hal ini selari dengan harapan kita untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri  'baldatun toyyibatun warabbul ghafur' yakni negara sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan, sebagaimana firman Allah dalam Surah Saba, ayat 15," kata Khalid.

Dasar pendidikan negara: Pakatan ambil kira pandangan semua kaum

Posted: 19 Nov 2012 08:11 PM PST


KUALA LUMPUR 19 November: Pakatan Rakyat (Pakatan) mengambil kira pandangan setiap kelompok masyarakat pelbagai kaum dan agama sebelum membentuk dasar pendidikan kebangsaan di Putrajaya kelak jika menang pada pilihan raya umum nanti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penasihat Ekonomi Selangor itu berkata demikian dalam ucaptama perasmian Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara: Mereformasikan Pendidikan Negara di Universiti Selangor (Unisel) semalam.
Katanya, ia penting bagi memastikan tiada mana-mana kelompok dalam negara yang tercicir dan terpinggir dalam pentadbiran Pakatan Rakyat bersesuaian dengan dasar gabungan itu yang mementingkan pendemokrasian dalam kualiti pendidikan.
"Bagaimanapun, etika harus ada sebagai teras dalam dasar itu kerana apabila kita sebut mengenai pendidikan, kita tidak boleh lari dari asas agama, akidah dan akhlak," katanya.
Konvensyen anjuran Yayasan Selangor itu turut dihadiri Pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad; Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN Pusat, Abas Awang; Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Yayasan Selangor, Bam Al-Haj, tokoh pendidik dan rakyat pelbagai kaum.

Anwar menyambut baik langkah kerajaan Selangor dan agensi negeri menganjurkan konvensyen itu kerana ia sangat membantu ke arah mereformasikan pendidikan negara.
"Reformasi pendidikan tidak akan berlaku tanpa memberikan ruang kepada wacana ilmu yang bebas dan saya cadangkan wacana seumpama ini diteruskan kerana ia sangat membantu kita untuk membentuk dasar pendidikan selepas diberi mandat sebagai Kerajaan Persekutuan baru kelak," katanya.
Sebanyak 16 kertas kerja dibentangkan meliputi Falsafah Pendidikan Negara, Pendemokrasian Pendidikan, Pendidikan Agama, Pendidikan Bahasa Ibunda, Prasarana Pendidikan di Sabah dan Sarawak, Pendidikan Orang Asal, Pendidikan Khas dan Pendidikan Vokasional.
Konvensyen ini merupakan lanjutan Perbincangan Meja Bulat Pendidikan Malaysia anjuran Pejabat Exco Pendidikan Selangor pada 8 September lalu dengan 200 peserta dari pelbagai golongan profesional, NGO, pendidik, mahasiswa dan pendakwah turut hadir memberi pandangan.

Selangor bentang belanjawan berimbang untuk tahun kelima berturut-turut

Posted: 19 Nov 2012 08:10 PM PST


Kerajaan Selangor telah berjaya dengan konsisten membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun kelima berturut-turut yang membuktikan kemampuan kita mentadbir secara telus, hemah berbelanja dan mengamalkan urus tadbir kewangan yang baik.
Ia juga sejajar dengan iltizam kerajaan negeri untuk memastikan setiap perbelanjaan menepati nilainya atau value for money.
Belanjawan 2013 dengan tema Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia  yang saya bentangkan hari ini, Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM1,630 juta yang dianggarkan diterima daripada Hasil Cukai sebanyak RM584,444,172.26 (35.86 peratus), Hasil Bukan Cukai sebanyak RM859,803,567.74 (52.75 peratus) dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM185,752,260 atau 11.40 peratus.
Sejumlah RM996,980,690.00 atau 61 peratus diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus manakala 39 peratus atau RM633,019,310 untuk Perbelanjaan Pembangunan.
Perbelanjaan Mengumus menurun 0.3 peratus disebabkan penurunan bayaran balik pinjaman kepada kerajaan Persekutuan yang dibayar secara konsisten dan berkala yang membuktikan kerajaan negeri komited menguruskan hutang kepada kerajaan Persekutuan.

Begitu juga dengan peningkatan terkawal 5 peratus Perbelanjaan Pembangunnan yang menunjukkan pengurusan kewangan yang baik dan teratur oleh kerajaan negeri.
Saya telah mengumumkan cadangan untuk menggunakan sejumlah RM500 juta dari rizab negeri untuk faedah rakyat Negeri Selangor kerana sikap tidak adil kerajaan Persekutuan dalam agihan dana.
Sejumlah M300 juta akan diperuntukkan untuk pembinaan jambatan ketiga di bandar Klang yang dijanjikan oleh Barisan Nasional tetapi tidak ditepati, RM100 juta bagi memulakan pelaksanaan penggunaan Storm Water di hiliran sungai sebagai sumber air terawat,  RM50 juta bagi membaiki dan menaiktaraf sikstem saliran bagi menampung sementara kegagalan kerajan Persekutuan memperuntukkan RM1 billion kepada Jabatan Pengairan dan Saliran.
Wang rizab juga akan digunakan membantu rakyat yang terbeban dengan harga rumah yang melambung ketika ini. RM50 juta akan digunakan untuk membina Rumah Mampu Milik Pasang Siap yang dikendalikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Sehingga 31 Oktober 2012, Negeri Selangor mempunyai rizab berjumlah RM2,570 juta hasil perbelanjaan berhemah.
Kita juga membangga dengan konsep value for money telah membantu kita menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM102.2 juta menerusi tender terbuka melibatkan 63 projek yang telah diluluskan sepanjang tahun lalu.
Begitu juga mengambil alih Pelupusan Sisa Pepejal yang membantu kita menjimatkan lebih RM80 juta setahun dan penjimatan ini digunakan bagi membantu rakyat  selaras dengan Hasil Negeri Untuk Rakyat.
Segala perancangan ini bertepatan dengan tema belanjawan Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia yang membawa mesej negeri ini pemacu pembangunan negara dan menjadi kayu ukur untuk dicontohi.
Belanjawan 2013 ini adalah contoh Pakatan Rakyat mengemudi amalan politik baharu, menekankan soal nilai, keadilan, kepedulian rakyat dan pembangunan untuk semua yang mengatasi kepentingan individu, kaum, agama mahu pun ideologi politik selaras dengan hasrat merakyatkan ekonomi negeri.
Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

Rumusan perjumpaan MP Pakatan dengan SPR berkenaan kajian data daftar pemilih

Posted: 19 Nov 2012 08:08 PM PST


Kajian dilaksanakan ke atas (Daftar Pemilih Induk) DPI  2010, DPI SK2 2012 dan kesemua RDPT (Rang Daftar Pemilih Tambahan) di antara tarikh tersebut didapati beberapa kejanggalan yang tidak seharusnya berlaku, boleh menjurus kepada manipulasi data di dalam daftar pemilih.
1. Sejumlah 7958 pemilih baru didapati tiba-tiba muncul di dalam DPI SK2 2012 semenjak daripada DPI2010 tanpa di pamerkan di dalam mana-mana RDPT di antara tempoh tersebut. Ada sejumlah yang agak besar di sesetengah kawasan Parlimen yang boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.
2. Nama pemilih yang sudah dipotong dimasukkan semula kedalam DPI (Daftar Pemilih Induk). Kategori adalah seperti berikut;

a. Warganegara hilang kerakyatan di daftarkan semula setelah di pamer POTONG nama mereka dari Daftar Pemilih
b. Polis/Tentera yang sudah dipotong nama sebab pencen, didaftarkan semula dan nama mereka dimasukkan semula sebagai pemilih didalam Daftar Pemilih Induk SK2 2012
c. Nama Pemilih yang sudah dipamer potong diatas sebab kematian di daftarkan semula sebagai pemilih (contoh Ja'afar Bin Tahir)
3. Nama Pemilih yang dipamerkan sebagai awam diragui, dipotong nama mereka dalam daftar pemilih, tiada bantahan. Akan tetapi dimasukkan semula ke dalam DPI SK2 2012. Sejumlah 40,786 nama pemilih awam di ragui yang rekod dalam JPN tidak aktif dan diragui terlibat. Kebanyakan mereka berumur diantara 90-100 tahun. (contoh di sediakan)
4. Sejumlah 2709 pmilih di pindahkan keluar dari DUN/Parlimen kawasan mereka mengundi tanpa mereka menukar alamat dan tanpa mereka memohon untuk ditukarkan. SPR mungkin akan menggunakan alasan pembetulan lokaliti seperti  alas an yang terdahulu (diantara 2008-2010 seramai 31,274 pemilih terlibat). Akan tetapi kajian Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa ada sejumlah pemilih, kedudukan mereka sudah betul lokaliti tempat mengundi di lapangan akan tetapi di tukar kepada lokaliti yang tidak betul. (Contoh P083 Kuantan dibekalkan)
5. Pemilih dari kalangan satu keluarga tinggal didalam satu rumah dan satu alamat akan tetapi mengundi di DUN dan Parlimen yang berbeza (contoh P083 Kuantan di bekalkan)
Melihat kepada kejanggalan diatas, serta juga segala kejanggalan yang telah didedahkan sebelum ini adalah didapati bahawa SPR tiada kemampuan untuk memastikan bahawa Daftar Pemilih Induk yang dibekalkan oleh SPR adalah bersih dan bebas dari manipulasi. Menjurus juga kepada hilangnya integriti SPR sebagai agen pengurus pilihanraya. Seluruh Jawatankuasa SPR wajib bertanggungjawab di atas perkara ini dan letak jawatan serta merta.
Sekretariat Pakatan Rakyat

7 hari lagi untuk BN roboh kamera haram di Selangor

Posted: 19 Nov 2012 08:07 PM PST

dipetik dari Keadilan Daily


KUALA LUMPUR 19 November: Kementerian Pengangkutan hanya ada tujuh hari sahaja lagi untuk menanggalkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di Selangor, sejak perintah itu dikuatkuasakan kerajaan negeri Isnin lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, jika kamera tersebut gagal diturunkan sehingga tempoh yang ditetapkan berakhir pada 25 November ini, kerajaan negeri akan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk robohkannya.

Menurutnya, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada PBT.
Justeru, beliau bertegas akan mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk merobohkan kamera tersebut sekiranya kontraktor berkenaan gagal berbuat demikian.
"Kalau tak roboh, kita akan minta MPKj buat surat untuk roboh dalam 14 hari. Kalau (dalam tempoh itu) tak roboh (kamera), kita akan robohkan. Kita patuhi undang-undang," kata Ronnie.
Kerajaan Selangor menetapkan 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November dan tempoh itu berbaki tujuh hari lagi dari sekarang.

Tiada ulasan: