PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- PR tetap anjur Himpunan Kebangkitan Rakyat
- Jadual program Azmin Ali 3- 4 November
- Ahli Parlimen BN tangguh AES sebab tembelang kerajaan pecah
PR tetap anjur Himpunan Kebangkitan Rakyat Posted: 01 Nov 2012 10:55 PM PDT 2 November 2012 SEREMBAN – Pakatan Rakyat (PR) tetap mengadakan Program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan esok ini di Taman Seremban Jaya kerana ia tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012. Setiausaha DAP negeri, Cha Kee Chin berkata, pihak penganjur telah memenuhi syarat yang dikehendaki pihak polis dan tidak timbul isu yang mengatakan ia adalah perhimpunan haram atau melanggar akta itu. "Pihak sekretariat telah pun menghantar surat makluman kepada pihak polis 10 hari sebelum program itu iaitu 24 Oktober lalu mengikut Seksyen 9 (1) yang mensyaratkan penganjur memberi notis tersebut. "Jadi bagi saya tidak timbul isu yang mengatakan ini perhimpunan haram atau menyalahi APA," katanya pada sidang media diadakan dekat sini, semalam. Malah katanya, dalam APA juga tidak disyaratkan sebarang permohonan permit dan sebab itu ia tidak boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau menyalahi udang-undang. Manakala, Setiausaha Pas negeri, Mohamad Hasan Tamby berkata, semua pihak tidak sepatutnya menimbulkan spekulasi berhubung program itu kerana pihak penganjur telah mengikut prosedur ditetapkan. Katanya, amat dikesali kain rentang dan poster yang digantung di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi sempena program itu diturunkan. "Saya berharap pihak berwajib dapat bersikap adil dan memberi peluang kepada PR sama seperti Barisan Nasional (BN)," katanya. | ||||||||
Jadual program Azmin Ali 3- 4 November Posted: 01 Nov 2012 10:51 PM PDT Sabtu, 3 November 2012
2.00 petang Majlis Perkahwinan di Kediaman Puan Aisah Lamsah Kg. Linsum, Rantau DUN Rantau 3.00 petang Pelancaran Agenda Wanita Peringkat Negeri Sembilan Kg. Gachong, Kuala Pilah DUN Pilah 4.30 petang Ramah Mesra Bersama Warga Gemas / Majlis Hi Tea Pekan Gemas, Tampin DUN Gemas 7.00 malam Solat Maghrib Bersama Qariah Palong 6, Felda Palong. Masjid Qariah Palong 6, Jempol DUN Palong 7.45 malam Jamuan Rakyat & Ceramah Perdana bersama Peneroka Felda Palong Palong 6, Jempol DUN Palong 9.30 malam Ceramah Umum Senaling, Kuala Pilah DUN Pilah / Parlimen Kuala Pilah | ||||||||
Ahli Parlimen BN tangguh AES sebab tembelang kerajaan pecah Posted: 01 Nov 2012 10:45 PM PDT KUALA LUMPUR 1 November: Persetujuan Ahli Parlimen BN supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguh kerana rahsia kerajaan memberi keuntungan kepada kroni terbongkar, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. "Ini adalah hasil tekanan kita (Pakatan Rakyat) yang mendesak pembatalan AES kerana memberi keuntungan kepada kroni. Akibatnya mereka rasa bahang kepanasan itu dan tembelang semakin terbongkar. Itulah menyebabkan mereka beramai-ramai setuju untuk tangguhkan," katanya kepada Keadilan Daily. Semalam, Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, pelaksanaan AES dibuat secara mendadak tanpa mendapat pandangan orang ramai dan pakar berkaitan keselamatan jalan raya. Sebelum itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menangguhkan AES yang didapati terlalu banyak kelemahan dalam pelan pelaksanaannya dan perlu diatasi, antaranya, lokasi serta had laju praktikal sesebuah kawasan. "Jelas, kerajaan tidak konsisten, sebelum ini cakap AES bertujuan untuk keselamatan rakyat. Kalau betul mementingkan keselamatan rakyat, kenapa boleh berubah keputusan?" soal Azan. "Hentikanlah alasan kononnya kerajaan bantu rakyat, sedangkan dari awal mereka tidak jujur, memang dah tahu tujuan AES hanya untuk mengagihkan keuntungan antara kroni," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu. Sebelum ini, semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat sepakat untuk menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian dijalankan mengenainya. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan