Anwar Ibrahim |
- [VIDEO] Himpunan Kebangkitan Rakyat
- Hujan Lebat, Jalan Sesak Lebih 10,000 Banjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat
- PKR Lancar Papan Iklan, Poster Kempen Baru
[VIDEO] Himpunan Kebangkitan Rakyat Posted: 03 Nov 2012 11:10 AM PDT
|
Hujan Lebat, Jalan Sesak Lebih 10,000 Banjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Posted: 03 Nov 2012 07:31 AM PDT Sekalipun hujan lebat sejak tengah hari tadi, Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula meriah berikutan kira-kira 5,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri padang Taman Seremban Jaya seawal jam 4 petang. Ia bertambah gamat apabila konvoi pemuda Pakatan Rakyat diketuai Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysian, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard, tiba di lokasi selepas melepasi kesesakan lalu lintas. Mereka disambut paluan kompang, gendang masyarakat India dan tarian Singa yang dipersembah penduduk setempat. Antara tokoh yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang bakal mendeklamasi puisi malam ini. Acara bermula dengan pidato pimpinan muda Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP, selain persembahan nyanyian Dayangku Intan, Nizam dari kumpulan Laksamana dan kugiran metal, Heldrasil. Program dihenti sekitar jam 6.30 petang untuk memudahkan rakyat beragama Islam menunaikan solat, sebelum acara utama diteruskan jam 8 malam. Ia bakal menampilkan pidato pimpinan utama Pakatan termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. |
PKR Lancar Papan Iklan, Poster Kempen Baru Posted: 03 Nov 2012 07:11 AM PDT Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan papan iklan dan poster kempen baru parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi. Wan Azizah berkata PKR mahu mewarnai pilihan raya dengan idea, harapan, dan wajah-wajah rakyat melalui kempen bertemakan “Pakatan Harapan Rakyat” itu. Kempen itu juga bagi menyaingi kempen pilihan raya BN yang didakwanya penuh dengan “caci nista”, katanya. “Kita tidak ada media lain. Kita tidak dapat menandingi (kempen) BN di TV3 dan Utusan. “Sebab itu, kita mahu ia disebarluas keseluruh negara sama ada melalui bilboard atau elektronik supaya mesej pilihan raya sampai kepada rakyat dari sekarang,” katanya dalam ucapan perasmiannya. Antara isu yang dimuatkan dalam papan iklan dan poster tersebut adalah berhubung harga harga barang, pendidikan percuma, harga kereta isu martabat wanita. Dalam sidang media selepas majlis perasmian tersebut, Wan Azizah berkata di media berkenaan akan dipasang di “kawasan yang menjadi lalu lalang dan yang boleh melihat mesej tersebut”. Difahamkan, sebanyak 10 papan iklan dilancarkan bagi fasa pertama, dan ia akan bertambah bagi fasa kedua. Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata parti itu akan membentuk satu pasukan bagi menguruskan permohonan pemasangan papan iklan dan poster tersebut daripada pihak berkuasa tempatan. MP Machang itu berkata mesej yang disampaikan melalui media berkenaan “konsisten” dengan isu yang dibangkitkan oleh PKR seperti pendidikan percuma, penurunan harga kereta dan caruman pada wanita. “Kita konsisten dengan melawan secara polisi (dengan BN). Polisi lawan polisi. Kita ajak politik sihat melalui mesej yang positif kepada pengundi,” katanya. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan