Khamis, 22 November 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sabah 24 – 25 November 2012 (Sabtu – Ahad)

Posted: 22 Nov 2012 11:41 AM PST

24 November 2012 (Sabtu)

1) 7.30 – 2.00 ptg – Konvensyen PKR Sabah 2012

Tema – Negeri Sabah – Kunci Penentu Kemenangan Pakatan Rakyat
Ke Putrajaya

Lokasi: Star City Covention Centre, Asia City, Kota Kinabalu

Ahli Panel:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Azmin Ali

iii. YBhg Tamrin Jailani

iv. YB Zuraida Kamaruddin

v. YBhg Tan Sri Ibrahim Menuddin

vi. Pimpinan PKR Sabah

2) 2.00 – 6.00 ptg – HIMPUNAN RAKSASA KEBANGKITAN RAKYAT SABAH

Lokasi : Perkarangan SM Kian Kok, Kota Kinabalu

Pemidato:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Seri Haji Hadi Awang

iii. YB Lim Kit Siang

iv. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin

v. YB Dato' Seri Panglima Wilfred Bumburing

vi. YB Datuk Yong Teck Lee

vii. Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah

3) 7.00 – 10.00 mlm – Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat

Lokasi: Star City Convention Centre, Asia City, Kota Kinabalu

4) 10.00 mlm : Sambutan Maal Hijrah Anjuran BIPPA Sabah

Lokasi: Rumah Tn Haji Imran Abdul Rahman, Petagas (P- Putatan)

25 November 2012 (Ahad) – Siri Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Sabah

1) 10.00 pagi – Pejabat PKR Kudat, Batu 3, Aport Road, Kudat (P- Kudat)

2) 2.00 ptg – Pejabat PKR Sepanggar, Sulaiman Central Shopping Centre,

Sepanggar (P- Sepanggar)

3) 5.00 ptg – Rumah Jaafar Ismail, Kg Malawaring, Bongawan (P-Kimanis)

4) 8.00 mlm – Kampong Kituau, Limbanak, Penampang (P- Penampang)

5) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin

iii. YB Dato' Seri Panglima Wilfred Bumburing

iv. YBhg Tamrin Jailani

v. YBhg Tan Sri Ibrahim Menuddin

vi. YB Datuk Yong Teck Lee

vii. Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah

Video Penuh Wacana Islam Dan Melayu Sempena Ma’al Hijrah

Posted: 21 Nov 2012 11:24 PM PST

Dari : MansorOthman.blogspot.com

Rakaman pada 15hb Nov 2012 bertempat di Kompleks Tabung Haji, sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri. Ahli panel yang terlibat :-

1- Prof Madya Dato’ Dr Muhd Asri Zainal Abidin (MAZA)
2- Yang Berhormat Dr Mujahid Yusuf Rawa
3- Dr Maszlee Malik (Moderator Debat Sinar Harian)
- Penampilan penulis buku Islam Dan Melayu : Dato’ Dr Siddiq Fadzil

Antara yang menarik :

1- Adakah betul bangsa Melayu itu istimewa?
2- Allah tidak akan menghukum seseorang atas sesuatu yang dia tiada kuasa memilih.
3- Perlunya untuk menyelongkar dan semakan semula sejarah sebenar bangsa Melayu.
4- Fitnah terhadap Hang Tuah dan Hang Jebat
5- Tiga bangsa yang Melayu kena tiru untuk maju.

Dan banyak lagi kupasan menarik dari para ahli panel. Selamat menonton dan berhijrah..

Najib Tidak Boleh Samakan Buah Epal Dengan Bacang

Posted: 21 Nov 2012 11:01 PM PST

Dari : http://aspanaliasnet.blogspot.com

Najib masih menyanyikan lagu lama dengan dendangan yang lama. Najib seorang yang sangat terdesak dan kata-kata nya pun sangat tidak bernilai sebagai satu ucapan pemimpin yang setimpal sebagai kata-kata dan ucapan seorang pemimpin kepada rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Najib terpaksa menggunakan 'testimonial' orang lain untuk mendapat kepujian dan pengiktirafan dan tidak mampu menunjukkan 'testimonial' sendiri bagi meyakinkan rakyat.

Najib masih meminta rakyat memberikan sokongan kepada UMNO dan BN kerana memberikan sokongan kepada UMNO khususnya kepada beliau itu tidak akan menjejaskan pelan transformasi beliau yang telah beliau umumkan setiap bulan dan minggu itu. Jika memberikan sokongan kepada pihak lain ia akan menjejaskan pelan pembangunan dan kemajuan negara dan akan membantutkan usaha kerajaan pimpinan beliau untuk menjadikan negara ini sebagai negara yang berpendapatan tinggi dan sebuah negara maju menjelangnya tahun 2020 nanti.

Najib mengambil Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh pandangannya itu. Rakyat AS telah memberikan 'continuity' kepada pentadbiran Barack Obama dari Demokrat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini dan rakyat Malaysia perlu mengikut contoh itu dan memberikan sambungan pentadbiran kepada Barisan Nasional. Mendengar ucapan beliau itu, ramai termasuk diri saya hampir jatuh dari kerusi kerana hendak menyamakan beliau sebagai Barack Obama dan beliau tidak nampak bagaimana AS telah melakukan perubahan acapkali dalam pilihanraya Presiden di negara itu.

Di antara Parti Republican dan Demokrat, mereka ini telah bertukar-tukar dan bergilir gilir mentadbir negara kuasa dunia itu sejak negara itu merdeka 200 tahun dahulu. Najib sepatutnya tahu yang Presiden Jimmy Carter adalah dari parti Demokrat dan Presiden George W Bush dan George Bush (senior) adalah dari Republican. Tidak tahu kah Najib yang Presiden Bill Clinton dan Obama adalah dari Demokrat?. Rakyat AS telah menukar parti-parti memerintah negara itu bergilir-gilir puluhan kali sejak kemerdekaannya dahulu.

Sebaliknya di negara kita, Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, our great Dr Mahathir, Abdullah Badawi dan sekarang Najib semuanya dari Barisan Nasional. Rakyat Malaysia belum pernah melakukan perubahan ini. Jika benar-benar hendak jadikan rakyat AS sebagai contoh kita mesti lakukan perubahan sekarang sebagaimana yang selama ini dilakukan oleh rakyat negara 'Uncle Sam itu'.

Rakyat AS ada sebab untuk mengekalkan pentadbiran Obama kali ini seperti mana kita ada sebab untuk mengubah pentadbiran kita di Malaysia ini. Malahan Obama hanyalah merupakan Presiden dari parti Demokrat yang kedua selepas Clinton dalam beberapa dekad ini yang berjaya mengekalkan pentadbiran mereka buat kali kedua berturut-turut. Selain dari itu setiap Presiden dari parti Demokrat hanya mentadbir satu penggal sahaja.

Oleh itu Najib tidak perlu untuk menempel kejayaan orang lain untuk mencapai kejayaan sendiri. Pimpinan kerajaan sekarang elok elakan dari melihat AS dalam situasi 'double Standard’ kerana UMNO selalunya melihat AS sebagai sebuah negara yang tidak bermoral dan sebagai sebuah negara demokrasi yang tidak boleh kita ikuti. Mahathir berkata kita tidak boleh mengikut jejak AS kerana kita mempunyai demokrasi acuan sendiri. Kenapa kali ini pula dipuji rakyat AS kerana mengekalkan Obama sebagai Presiden buat penggal kedua?

Najib patut bergantug kepada kewibawaan sendiri. Tidak payah menumpang kewibawaan Obama. Bagi Najib untuk menjadikan Obama sebagai 'equation' dalam politik beliau ia merupakan satu perkara yang agak terlalu jauh dari yang sepatutnya. Jangan kita hendak samakan buah epal dengan bacang.

Di antara buah epal dengan buah bacang amat jauh perbezaannya. Buah bacang ini sangat kuat baunya dan boleh di hidu dari jauh. Baunya itu memeningkan kepala kita

Rafizi Serah Bukti Baru, Desak ICAC Siasat Semula Rasuah RM40j

Posted: 21 Nov 2012 10:54 PM PST

Keadilandaily

Satu laporan baru dikemukakan kepada jawatankuasa semakan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) pagi ini untuk mendesak kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri Aziz dan jutawan balak, Michael Chia dibuka semula.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya pagi tadi.

Menurutnya, beliau bersama rombongan yang disertai beberapa wakil rakyat Malaysia itu akan membekalkan maklumat baru berhubung skandal tersebut.

"Pagi ini, saya bersama Leong Jee Keen, Hee Loy Sian, Chang Lih Kang akan buat laporan baru dan beri maklumat baru kepada ICAC agar kes RM40 juta disiasat semula," katanya.

"Ahli-ahli Majlis Perundangan Hong Kong akan desak ICAC siasat rasuah RM40 juta," jelas beliau.

"Saya juga menyambut baik kenyataan Ketua Pendakwaraya Hong Kong bahawa beliau sudi untuk membuka semula kes ini jika ada bukti baru.

"KEADILAN akan menumpukan sepenuh perhatian untuk mengumpulkan bukti-bukti baru ini agar satu siasatan dapat dimulakan segera oleh ICAC," katanya lagi dalam kenyataan dari Hong Kong.

Rafizi bersama rombongan berlepas ke negara itu semalam untuk memulakan proses permohonan membuka siasatan kes itu.

Mengikut Rafizi, beberapa perkara dapat disahkan berdasarkan laporan wawancara Free Malaysia Today kelmarin bersama Ketua Pendakwaraya Hong Kong, Kevin Zervos mengenai siasatan kes rasuah RM40 juta itu.

Antaranya, pihak berkuasa Malaysia sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Negara atau kedua-duanya sekali yang memaklumkan kepada ICAC bahawa wang RM40 juta adalah sumbangan politik kepada Umno.

Katanya, ternyata RM40 juta memang dibekukan di dalam sebuah akaun Michael Chia (walaupun namanya tidak disebut) dan disyaki pihak berkuasa Hong Kong disimpan bagi pihak Musa Aman (walaupun namanya tidak disebut).

"Keterangan Kevin Zervos itu mengesahkan Nazri Aziz tidak berterus terang di Dewan Rakyat baru-baru ini apabila beliau memaklumkan bahawa keputusan ICAC menghentikan siasatan adalah oleh kerana ICAC mendapati wang RM40 juta tersebut adalah sumbangan kepada Umno.

"Datuk Seri Nazri Aziz sekali-kali tidak pernah menyatakan kepada Dewan Rakyat bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana dimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik.

"Apabila pihak berkuasa Malaysia yang memaklumkan perkara tersebut kepada ICAC, ia mengesahkan desas-desus selama ini bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak berkuasa Malaysia.

"Malah, kenyataan Kevin Zervos itu adalah lebih berat, kerana ia membayangkan bahawa pihak berkuasa Malaysia (sama ada SPRM, Peguam Negara atau kedua-duanya sekali) bersekongkol untuk menghentikan siasatan terhadap Datuk Seri Musa Aman dan Michael Chia dengan memberikan maklumat yang tidak tepat mengenai wang RM40 juta itu, tanpa siasatan yang telus dan bebas," jelas Rafizi.

Beliau juga yakin pihak berkuasa Malaysia tidak pun menyerahkan bukti-bukti dan hasil siasatan yang menyokong kesimpulannya bahawa RM40 juta itu adalah sumbangan politik yang berpunca dari hasil yang sah di sisi undang-undang.

Sebelum ini, Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta.

Taikun balak itu menyatakan wang berkenaan milik Musa tetapi pemimpin Umno terutama Nazri mendakwa ia adalah dana untuk Umno Sabah.

KEADILAN kemudian mendedahkan Chia menaja kenderaan mewah, Hummer kepada anak Nazri yang bermati-mati mempertahankan Chia.

Tiada ulasan: