Khamis, 15 November 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Jelajah MerdekaRakyat, Teluk Ketapang, Terengganu 09/11/2012

Posted: 15 Nov 2012 11:34 AM PST

[VIDEO] Ceramah Merdeka Rakyat, Pandan Selangor 13/11/2012

Posted: 15 Nov 2012 11:25 AM PST


Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang 18 November 2012 (Ahad)

Posted: 15 Nov 2012 11:19 AM PST

1) 1.00 tghari – Majlis Sambutan Deepavali

Lokasi: Jalan Air Putih, Kuantan

2) 3.00 ptg – Bersama Masyarakat Orang Asal

Lokasi: Kampong Tasik Paya Bungor

3) 4.00 ptg – Santai & Ceramah di Simpang Jengka 6

4) 5.30 ptg – Sepetang Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Bandar Mentakab

5) 7.30 mlm – Ceramah di Kampong Penderas, Kuala Krau

6) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi : Simpang Kepayang, Bera

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Saifuddin Nasution

iii. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman

iv. YB Fauziah Salleh

v. YBhg Abbas Awang

Anwar Bidas Tindakan MPPP Roboh Rumah Warga Emas

Posted: 15 Nov 2012 03:32 AM PST

Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh rumah seorang warga emas di Lengkok Sungai Gelugor di George Town Khamis lepas.

Beliau mempersoalkan tindakan MPPP itu memandangkan arahan untuk tidak merobohkan rumah berkenaan telah dikeluarkan kerajaan negeri.

“Kalau ada ahli majlis dari Pakatan Rakyat yang terlibat, saya akan tentukan orang seperti ini tidak perlu dilanjutkan kerana dia tidak prihatin permasalahan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di wacana ‘Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat’ sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di sini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Osman.

Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menggesa kerajaan negeri menyiasat sama ada terdapat kecuaian di peringkat pegawai atau ahli majlis.

Baru-baru ini akhbar melaporkan penguatkuasa MPPP meroboh bahagian depan rumah milik Mariam Tahir, 72, tanpa mengeluarkan sebarang notis terlebih dahulu kerana strukturnya tidak mengikut peraturan ditetapkan.

[VIDEO] Perutusan Maal Hijrah Oleh Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 14 Nov 2012 10:10 PM PST

Tiada ulasan: