Isnin, 12 November 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pulau Pinang & Kedah 15 November 2012 Bersamaan 1 Muharram 1434 (Khamis)

Posted: 12 Nov 2012 08:01 AM PST

15 November 2012 Bersamaan 1 Muharram 1434 (Khamis)

1) 8.30 pagi – Wacana Buku Islam & Melayu

Lokasi : Komplek Tabung Haji, Bayan Lepas
Ahli Panel:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Dato' Dr Siddiq Fadzil

iii. YBhg Prof Datuk Dr Mohammad Redwan Othman

iv. YBhg Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin

2) 6.00 ptg – Perjumpaan Dengan JPRN di Yayasan Aman

3) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi : Surau Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Seberang Jaya

4) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – (P- Sungai Petani, Kedah)

Lokasi: Taipan Square, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah
Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Saifuddin Nasution

iii. YB Dato' Johari Abdul

iv. YB Tan Choo Kang

5) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat – (DUN – Sungai Aceh, Nibong Tebal)

Lokasi: Dewan SJKC Yok Eng, Kg Sungai Udang, Sungai Aceh, Nibong Tebal
Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Lim Guan Eng

iii. YB Dato' Dr Mansor Othman

iv. YB Tan Beng Huat

Keluarga Kami Sudah Lali Difitnah – Wan Azizah

Posted: 12 Nov 2012 04:55 AM PST

KeadilanDaily

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau sudah lali dengan tuduhan dan serangan yang dilakukan terhadap keluarga, terutama suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terbaru, ke atas anaknya.

Ini kerana katanya, serangan tersebut tidak berhenti, sejak dari dulu hingga sekarang dan hanya berserah kepada Allah S.W.T supaya diberi kekuatan.

"Pelbagai tuduhan dibuat ke atas kami terutamanya ke atas Anwar. Kami sudah lali dengan tuduhan dan serangan-serangan begini.

"Kami cuma boleh minta bantuan Allah dan minta kami boleh atasinya," kata Wan Azizah dipetik Sinar Harian.

Anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar menjadi mangsa serangan terbaru Umno BN apabila difitnah berhubung kenyataan beliau pada sebuah forum awal bulan ini.

Utusan Malaysia pada muka depannya minggu lalu memanipulasi kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab'.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa, kenyataan Izzah tentang kebebasan beragama disifatkan beliau sebagai mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN itu melampau.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya sebelum ini berkata, sebarang laporan perlu diteliti dan diperjelas 100 peratus sebelum menyatakan pandangan, apatah lagi ia dilapor Utusan.

Pandangan Hadi disokong Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin yang menjelaskan, semakin dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman media Umno semakin rendah.

Senada dalam isu ini, juara program realiti Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Ridzuan berkata, ada pihak sengaja memperbesarkan isu murtad dan kebebasan beragama supaya nampak teruk dan dijadikan topik hangat sebagai platform untuk menyerang Pakatan Rakyat.

[VIDEO] Ceramah Perdana Slim River Perak 06/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:18 AM PST

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Kuantan, Pahang 02/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:16 AM PST

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Kuala Krau, Pahang 02/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:13 AM PST

[VIDEO]Jelajah Merdeka Rakyat Bdr Tun Razak, Kuala Lumpur 08/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:05 AM PST


[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat Kerteh, Terengganu 09/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:02 AM PST

[VIDEO] Jelajah MerdekaRakyat Syah Bandar, Kuala Terengganu, Terengganu 09/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:00 AM PST


Tiada ulasan: