The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 08 Oct 2012 05:02 PM PDT Berikutan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, Negara-Negara Eropah telah jatuh ke tangan Parti Komunis. Russia, gergasi Komunis, berjaya menjadikan semua negara-negara Eropah Timur diperintah parti-parti komunis dan mereka menjalankan pemerintahan sosialis. Kejatuhan dunia Eropah (di Eropah Timur) diikuti pula oleh Negara-Negara di Asia seperti China, Korea Utara, Vietnam, dan Laos menjadikan lebih dari 50% penduduk Dunia berada di bawah pemerintahan Komunis. Negara-Negara Asia Tengah turut jatuh ke tangan Komunis di bawah lindungan gergasi Komunis Russia. Cuba, sebuah Negara pulau berdekatan perairan Amerika turut jatuh ke tangan Komunis apabila Perang Gerila yang dibawakan oleh Che Guevara, seorang rebolutionari yang romantik dari Amerika Selatan berjaya menggembelingkan kaum pekerja dan tani di Pulau itu memilih pentadbiran Parti Komunis. Perjuangan untuk menegakkan komunis hidup di Negara-Negara Eropah Barat, di Tenggara Asia dan di Semenanjung India. Amerika yang menjadi pemimpin dunia Kapitalis yang bertegak diatas dasar luarnya yang Imperialistik menaungi Negara-Negara kapitalis Barat melancarkan Perang Dingin keatas Negara-Negara Komunis, dan tembok-tembok politik digariskan agar negara-negara yang belum jatuh ke tangan Komunis tidak mempunyai hubungan segar dengan Negara-Negara komunis khususnya Russia dan China. Perang Dingin yang dilancarkan oleh Washington bertujuan untuk melindungi Negara-Negara yang pro-Barat terutamanya Negara-Negara yang baru Merdeka dari pelbagai Penjajah Dunia di Asia, Afrika dan Latin Amerika. Peruntukan besar dibekalkan oleh Amerika dan Negara-Negara Barat diberikan kepada Negara-Negara Asia-Afrika-Latin Amerika supaya memerangi komunis di Negara masing-masing dari segi persenjataan, ekonomi dan politik. Negara-Negara Berkecuali yang dipimpin oleh Indonesia, India, Mesir dan Yugoslavia menjadi sasaran Amerika dan Negara Barat kerana Negara-Negara Berkecuali ini mengambil sikap tidak memihak kepada Barat atau Timur dan mereka mengadakan hubungan diplomatik yang sihat dengan Negara-Negara Barat dan juga Negara-Negara yang ditadbir oleh parti-parti komunis. Konflik bersenjata di mana-mana Negara pasti melibatkan kehadiran Amerika dan sekutu Baratnya di sebelah pihak dan Negara-Negara Komunis. Keselamatan Negara-Negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika sentiasa terjamin kerana wujudnya dua Payung yang Besar iaitu Komunis yang dipimpin oleh Russia dan China. Keadaan ini mulai berubah kerana tiada Negara di Dunia ini yang berterusan boleh berkonfrontasi melainkan akan mewujudkan keadaan yang tidak stabil yang boleh membawa kepada Perang Dunia ke-3 yang akan merosakkan keselamatan Dunia. Komunisme tidak boleh bertahan lama. Parti-Parti Komunis berjaya mengambil alih pemerintahan di Negara-Negara diktatur di mana parti yang memerintah melalaikan kebajikan untuk rakyatnya, dan di Eropah, kaum Buruh yang tertindas oleh golongan kapitalis memberontak dan dengan berlakunya Perang Dunia Kedua memberikan kekuatan kepada mereka mengambil alih pemerintahan di Negara masing-masing disamping dengan persetujuan bersama untuk Eropah Timur ditadbirkan oleh parti-parti yang memihak kepada Russia. Perlu diingat bahawa Russia dan Negara-Negara Barat adalah rakan kongsi menjatuhkan Nazi Germany dan Fascist Italy dan Jepun. Russia dibawah pemerintahan Parti Komunisnya berjaya membawa kesetabilan ekonomi kepada rakyatnya, dan rakyatnya mulai mengharungi kehidupan yang jauh lebih selesa daripada keadaan di bawah pemerintahan the Czar. Rakyat negara-negara komunis yang tidak lagi ditindas oleh kaum kapitalis mulai mencipta ekonomi baru dan mendapati kehidupan mereka mulai berubah. Mereka hidup senang dengan pendapatan yang beransur tinggi. Bab kata pepatah politik. Bukan manusia yang merubah keadaan tetapi keadaanlah yang merubah manusia. Kekuatan komunis bergantung kepada ideologinya iaitu perjuangan kelas (class struggle), tanpa perjuangan itu, Komunis akan hilang senjata perjuangan mereka, dan mereka mengambil kehidupan yang selesa dan tidak mahu lagi bersusah payah mempertahankan ideologi dan mempertahankan komunisme. Mereka menjadi liberal dan memisahkana diri mereka dari ideologi komunis, dan sedikit demi sedikit mereka menerima apa yang ditermakan oleh Mao Tze Tung sebagai "capitalis roader". Russia menjadi capitalis roader, meninggalkan fahaman komunis dan kehidupan yang mewah membuatkan mereka selesa dan suka kepada kehidupan bebas tanpa ikatan ideologi yang dianggap mengongkong. Maka berpecahlah antara fahaman komunis liberal dengan fahaman komunis hardliner (yang diketuai oleh China). Akhirnya, benar seperti kata Mao, Russia dan sekutunya di Dunia Barat menolak komunisme dan melaksanakan dasar kapitalis. China bertahan dengan dasar sosialis dibawah pemerintahan Parti Komunis. Tetapi konflik di Negara China juga mulai timbul. Wujud golongan yang dikatakan pro-Demokrasi yang menentang ideologi komunis. China hari ini hanya ditadbirkan oleh Parti Komunis dengan bergayut kepada kekuatan Tentera Rakyat, tetapi selain dari itu, rakyat China juga sudah berubah; mereka juga sudah hidup lebih senang dan mereka tidak mahu lagi hidup dibawah kongkongan komunisme. Seseorang yang melawat China tidak akan dapat membezakan rakyat Negara itu yang menjalankan kehidupan seharian dengan rakyat mana-mana Negara Barat; mereka mahu hidup bebas dari sebarang pegangan ideologi khususnya ideologi komunis. Komunisme telah menjadikan Russia sebuah Negara yang kukuh dan kuat; tetapi Russia dibawah Kapitalisme kini mulai menjadi sebuah Negara yang lemah dan tidak lagi mampu menjadi salah sebuah Ekonomi yang kukuh. Komunisme telah menjadikan China sebuah Negara yang kukuh dan kuat; dan China bertahan dengan kekuatan itu dibawah pemerintahan Parti Komunis tetapi dasar ekonominya sudah dibayangi elemen-elemen kapitalisme. China tidak lagi mengeksport ideologi komunisnya ke serata dunia, tetapi menghadirkan diri di negara-negara Asia, Afrika dan Latin Amerika dengan dasar perdagangan yang dasarnya tidak jauh dengan dasar yang selama ini dimainkan oleh Amerika Syarikat. Perang Dingin antara Barat dan Timur telah berakhir, dan peruntuhan Tembok Berlin merupakan sekatan terakhir diantara Kapitalisme dengan Komunisme. Namun, kini berlaku Perang Dingin yang ditiupkan oleh Amerika terhadap Negara-Negara Islam. Mana-mana Negara Islam yang tidak mengikut telunjuk Amerika akan dijatuhkan, lebih-lebih lagi di Negara-Negara Islam itu wujud pemerintahan berbentuk diktatur. Saddam Hussain dan Iraqnya jatuh. Libya dan Gadafinya jatuh. Syria dan Assadnya sedang diperangi. Iran sedang diburu. Senario ini tidak ada kena mengena dengan kewujudan Syiah. Iran diperintah oleh mereka yang memeluk fahaman Syiah ditentang oleh Amerika; tetapi Libya diperintah oleh mereka yang memeluk Sunni. Negara-Negara Teluk kebanyakannya diperintah oleh puak-puak Syiah, tetapi tidak dimusuhi oleh Amerika kerana sikap mereka yang sanggup menjadi alat (stooge) kepada Amerika. Pejuang-pejuang Palestin dipimpin oleh golongan Sunni tetapi tetap diperangi oleh Amerika. Didalam pertandingan jawatan Presiden antara Obama dan Romney, kedua-duanya mengambil sikap memihak kepada Zionis Israel; tetapi Romney mengambil sikap yang lebih kasar. Romney mengajak dunia memerangi Syria, Hezbollah, Iran dan negara-negara Islam yang menentang Israel. Romney menyalahkan Obama kerana tidak berjaya menstabilkan Afghanistan, Iraq dan negara-negara Islam yang memilih Islam sebagai dasar Negara masing-masing, bukan kerana Negara itu menerima atau menolak demokrasi. Arab Saudi jelas menolak demokrasi tetapi tidak dimusuhi oleh Amerika, dan banyak negara-negara Islam yang tidak demokratik, tetapi dinaungi oleh Amerika. Amerika, khususnya Parti Republican, sedang meniupkan Perang Dingin terhadap Islam. Islam yang diperangi itu bukanlah Sunni atau Syiah, tetapi Islam yang tidak memihak kepada Amerika. |
Posted: 08 Oct 2012 05:30 AM PDT Ekonomi bukan hanya sekadar angka, bukan hanya sekadar pembangunan dan peruntukan. Tak dapat dinafikan bahawa memang benar bahawa jika Negara ini bankerap, semua pihak akan menanggung padahnya, dan Negara ini sudah hanya sekadar beberapa peratus sahaja lagi untuk memisahkan negara kepada kebankerapan. Jika bajet tahun hadapan ini adalah untuk gula-gula dan pemberian wang tunai kepada pihak-pihak tertentu untuk memancing undi dari mereka, bajet ini akan membawa keruntuhan kepada ekonomi negara yang akan membebankan rakyat. Didalam berbincang dari segi ekonomi, yang paling penting ialah menjaga keselamatan rakyat agar tidak dibebankan dengan pelbagai bentuk kesukaran. Rakyat bukan berhajat menjadi jutawan, mereka tidak berhajat kepada pemilikan harta bertimbun, rumah-rumah mewah disana sini, istana, atau kereta-kereta berjenama, dan saham yang tidak terhingga. Rakyat mahu cukup makan, ada perumahan, ada wang yang cukup untuk persekolahan anak-anak, ada wang untuk susu anak-anak kecil, ada wang untuk pakaian, dan ada wang untuk penampungan masa tua. Apa juga bajet yang direka dari tahun ke tahun, jangan hilang fokus diatas keperluan ini, dan kita tidak perlu kepada jargon ekonomi dan teori ekonomi yang hebat-hebat dan akibatnya rakyat terpaksa dibebankan dengan harga barang yang naik dan harga komoditi keluaran rakyat jatuh sehingga kehidupan rakyat menanggung beban yang tidak sudah-sudah. Mesej kita - Jangan Hilang Fokus! |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan