Jumaat, 26 Oktober 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Masjid Ar-Rahman Kg Batu 4 Jalan Maran, Temerloh, Pahang

Posted: 26 Oct 2012 09:38 AM PDT

Alhamdulillah, hari ini kita dapat mendengar dua Khutbah, satu Khutbah Solat Adiladha dan satu lagi Khutbah solat Jumaat.

Pagi tadi kehadiran di Masjid Ar-Rahman melimpah hingga ke ruang veranda yang biasanya dijadikan tempat makan dan minum jika Masjid ini mengadakan jemputan kenduri.  Dan pada solat Jumaat tadi pun Masjid ini juga penuh tetapi tidaklah sampai ke ruang veranda.

 Masjid Ar-Rahman, Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh, Pahang
Ruang veranda Masjid Ar-Rahman

Ahli Jawatankuasa yang mentadbirkan Masjid ini




Setiap hari Masjid ini mempunyai aktivitinya

Peringkat awal semasa kampong ini mulai dibuka pada tahun 1955, Masjid Kg Batu 4 ini terletak lebih kurang  1 km dari tapak yang ada sekarang diatas tanah milik Said bin Haji Ismail yang kemudian tanah itu bertukar tangan kepada Mat Amin bin Haji Ismail.  Apabila Masjid ini berpindah, maka diatas tapak asal itu terletak sebuah surau yang indah dinamakan Surau Cermin.

Masjid Ar-Rahman ditegakkan pada tahun 1964 hasil daripada gotong royong orang kampong dengan tidak mendapat apa-apa bantuan daripada Majlis Agama Islam Pahang atau pun Kerajaan Pahang kerana kampong ini dianggap sebagai kubu Parti Pembangkang.  Dulu kampong ini dikuasai oleh Parti Rakyat Malaya, dan sekarang ini dikuasai oleh PAS apabila berlaku penghijrahan kesemua anggota PRM kedalam PAS di kampong ini.

 Imam Zakaria (yang sebelum dilantik sebagai Imam adalah Bilal Masjid ini)
 Imam Anuar Suhaimi bersama Mahmood Mohamad (AJK Masjid)
 Imam Mahadi
Imam Zulkifli Maarof (berpakaian Jubah Putih)


Imam yang mula-mula dilantik oleh Orang Kampong adalah Imam Ibrahim dan Imam Long.  Apabila mereka meninggal dunia dilantik pula Imam Abdul Rahman Md Nor; dan apabila beliau meninggal dunia dilantik pula Imam Mahadi dan Imam Zakaria; kemudian Imam Zulkifli dan Imam Annuar Suhaimi, iaitu imam-imam muda yang berkelulusan dari Timur Tengah.

Pentadbiran Masjid ini cukup kemas dan cekap.  Masjid ini juga mempunyai kewangan yang sihat.  Oleh kerana Masjid ini amat kurang mendapat bantuan daripada pihak Kerajaan, ramai ahli-ahli qariah yang menyumbangkan kewangan bagi tujuan pembangunan Masjid.

Pentadbiran Masjid ini dipengerusikan oleh Sdr Zulkarnaini dan ahli-ahli Jawatankuasanya terdiri daripada orang PAS dan UMNO di kampong ini dan jalinan kkerjasama antara kedua-dua pihak amatlah baik.

 Ruang solat di dalam Masjid
 Ruang solat untuk wanita didalam Masjid
 Bilal Masjid yang mempunyai suara yang amat menarik
 Bilal Masjid yang lepas seorang yang terkenal dengan kemurahannya menyumbangkan derma kepada Masjid
 Sdr Zulkarnaini, Pengerusi Masjid yang dinamik
 Abang Par adalah diantara yang tertua di Qariah ini
 Haji Maarof adalah orang lama di qariah ini
Walaupun saya mempunyai masa yang sangat terhad tetapi diminta juga sekurang-kurangnya dapat menjadi juruodit bagi Pentadbiran Masjid ini.


Beginilah suasana di Masjid semasa waktu Solat Jumaat.

Oleh kerana Masjid ini terletak di tepi jalan dari Temerloh menghala ke Maran (ikut jalan lama), ramai pengunjung-pengunjung berhenti di Masjid ini untuk menunaikan solat, dan Masjid ini merupakan Masjid yang sangat aktif.

Mana-mana pihak yang berhajat menyumbangkan sebarang bentuk sumbangan kepada Masjid ini bolehlah berhubung dengan Pentadbiran Masjid ini di alamat Masjid Ar-Rahman, Kg Batu 4, Jalan Maran, 28000 Temerloh, Pahang.

Tiada ulasan: