Suara Sri Andalas |
Muhyiddin Dan Peter Chin Gagal Fahami Kepentingan Penstrukturan Semula Air Selangor Posted: 08 Oct 2012 02:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 OKT : Proses penstrukturan semula industri air Selangor telah dimulakan pada tahun 2006, semasa pentadbiran Kerajaan Pusat Umno-BN sendiri, namun fakta ini gagal diterima pemimpin gagasan itu sekarang. Perkara ini gagal difahami oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, (Kettha) Datuk Peter Chin kata MP Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Berkata, usaha ini telah dilakukan apabila Parlimen, yang dulu dikuasai Umno-BN meluluskan undang-undang penyusunan semula industri air. "Saya mendpati TPM (Muhyiddin) dan Menteri KETTHA (Peter Chin) tidak faham kerana usaha ini (penstrukturan semula industri air) berlaku pada tahun 2006 semasa Parlimen meluluskan undang-undang penyusunan semula air. "Tujuannya adalah supaya perkara-perkara ini dapat dimiliki negeri kerana negeri bersifat membangunkan dan tidak mementingkan kepada keuntungan sebaliknya mengutamakan kecekapan pengurusan," katanya yang juga Menteri Besar Selangor. Bercakap pada sesi Perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, Abdul Khalid menegaskan, penstrukturan semula industri air penting untuk pertumbuhan ekonomi Selangor. "Dengan cara ini kita akan dapat menentukan harga-harga utiliti dibuat pada kadar yang terbaik dan rakyat akan dapat," katanya. Kemelut penstrukturan semula industri air telah berlarutan lebih tiga tahun apabila kerajaan pusat berlengah-lengah untuk membenarkan kerajaan Selangor mengambil alih operasi air terawat daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Sumber: Selangorku |
MB: Muhyiddin Tidak Pandai Baca Angka Posted: 08 Oct 2012 01:30 AM PDT KUALA SELANGOR 08 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang sebelum ini mendakwa pentadbiran negeri di bawah Umno-BN adalah 'terbaik' berbanding Pakatan Rakyat. Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding Umno-BN. Ini dibuktikan dengan simpanan rizab negeri yang meningkat setiap tahun, masalah rumah terbengkalai yang diselamatkan, hutang syarikat Talam yang dikutip dan hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat. "Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka. "Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita," sindir Abdul Khalid dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok di sini semalam. Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta. "Pada 2005 hingga 2007, harta Selangor dulu hanya empat peratus, tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang Talam dan projek perumahan terbengkalai. "Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik," katanya. Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak sumbangannya kepada negara. "Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus. "Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kini, negara lima peratus, Selangor tujuh peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak tahulah," katanya. Sumber: Selangorku |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan