PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- PR NS belum terima jawapan MPS mohon guna Padang MPS
- PKR dakwa tanah hutan simpan dipindah milik pada pemimpin BN
- KEADILAN bongkar skandal MB N Sembilan rembat tanah negeri
PR NS belum terima jawapan MPS mohon guna Padang MPS Posted: 23 Oct 2012 04:02 AM PDT Semalam (22 Oktober 2012/Isnin), wakil-wakil PR NS yang diketuai oleh Setiausaha Keadilan NS, Sabaruddin Mohd Yassim bersama Setiausaha DAP NS dan PAS NS berserta wakil-wakil sayap muda masing-masing telah berkunjung ke Majlis Perbandaran Seremban untuk menghantar permohonan kali kedua bagi mendapatkan jawapan MPS berkenaan permohonan menggunakan Padang MPS pada 3 November akan datang. Permohonan pertama bertarikh 11 Oktober 2012 yang telah dihantar oleh Sekretariat PR NS kepada MPS masih belum mendapat jawapan. Namun agak mengejutkan ketika wakil-wakil PR NS hendak menghantar permohonan kali kedua ke Tingkat 2 telah dihalang oleh pihak keselamatan MPS atas arahan pihak atasan. Memahami keadaan tersebut dan menghormati petugas awam, wakil-wakil PR NS bersetuju untuk menunggu di lobi menanti kehadiran wakil YDP MPS. Penolong Setiausaha (Tadbir) MPS, Hairulazmi Mohd Ali mewakili YDP MPS menerima permohonan yang diserahkan oleh wakil-wakil PR NS. Kehadiran tidak dijangka beberapa anggota Cawangan Khas turut dilihat sepanjang wakil-wakil PR NS berada di lobi MPS. |
PKR dakwa tanah hutan simpan dipindah milik pada pemimpin BN Posted: 23 Oct 2012 01:26 AM PDT PKR hari ini mendakwa tanah hutan simpan Jeram Padang Selatan di Jempol, Negeri Sembilan seluas 48.73 hektar diteroka secara haram untuk aktiviti pembalakan. Pengarah strateginya Rafizi Ramli mendakwa, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dilanggar apabila kawasan itu diteroka untuk "manfaat syarikat yang ada kaitan dengan pemimpin BN Negeri Sembilan" pada tahun 2004. "Cukuplah kita katakan tanah itu dipindah milik kepada beberapa syarikat dan individu..dan kita akan dedahkan perkara ini. "Sesetengah (ahli politik) bijak apabila menggunakan orang tengah tetapi ada juga yang mempunyai pemilikan terus dalam syarikat ini," kata Rafizi kepada wartawan. Bercakap pada sidang media hari ini, yang disifatkannya sebagai pendedahan pertama daripada siri pendedahan akan datang, Rafizi mendakwa tindakan itu bukan sahaja merugikan kerajaan negeri malah menyebabkan banjir besar di kawasan Pekan Jelai pada tahun 2010. Dakwanya, pembalakan di hutan simpan tersebut bermula pada tahun 2009. Dakwanya, penerokaan hutan simpan Jeram Padang Selatan yang digazetkan pada tahun 1918, melanggar Seksyen 18(1) akta itu yang menetapkan tiada tanah boleh digunakan jika penggunaanya bertentangan dengan pelan tempatan. Menurut Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002-2015, hutan simpan Jeram Padang Selatan ditandakan sebagai Zon Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 yang tidak membenarkan sebarang bentuk pembangunan dilakukan. Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001 - 2020 pula menyatakan agar kawasan ditanda sebagai KSAS "dipelihara supaya tidak membawa bencana alam seperti tanah runtuh yang akan mengancam nyawa dan harta benda masyarakat". Rafiziz mendakwa, kerjasama di antara ahli politik dan ahli perniagaan yang korup untuk memindahkan hak milik tanah itu adalah satu kitaran yang berterusan. "Mereka kemudian dapat manfaat dari proses membalak yang meluas, kemudian mengkomersilkan kawasan itu untuk kelapa sawit dan selepas itu ia menjadi kawasan perumahan. "Ini meninggalkan kesan mendalam kerana kawasan ini adalah kawasan tadahan air," katanya. Beliau mendakwa, ramai tidak mengetahui bahawa kawasan hutan simpan di Negeri Sembilan adalah yang paling banyak diteroka untuk pembalakan. Dakwanya sebanyak 8,616 hektar atau 5.3 peratus hutan simpan diteroka di negeri itu dari tahun 2005 sehingga 2011. "Semua ini berlaku di bawah kepimpinan MB (Datuk Seri) Mohamad Hassan," katanya. Turut hadir pada sidang media tadi adalah setiausaha PKR Negeri Sembilan Sabaruddin Mohd Yassin dan ADUN Ampangan Rashid Latiff. |
KEADILAN bongkar skandal MB N Sembilan rembat tanah negeri Posted: 22 Oct 2012 11:14 PM PDT PETALING JAYA 23 Oktober: KEADILAN hari ini mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya. Perkara itu dibongkar Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini. Beliau berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan membatalkan status hutan simpan kekal. Menurutnya, pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan. "Seperti yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana melanggar undang-undang yang diperuntukkan," kata Rafizi. Jelas beliau, pembatalan tersebut bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172). "Malangnya, kerajaan Umno di bawah pentadbiran dua Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku," katanya. Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai bukti pimpinan Umno mendapat keuntungan hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit. "Kita akan bongkar lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini," katanya. "Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat," kata Rafizi. Hadir sama dalam sidang media itu, Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, T Kumar; Setiausaha KEADILAN Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan