Selasa, 30 Oktober 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Najib, Nak Tolong Rakyat Tak Bankrap, Curi Duit Rakyat Boleh Bankrap

Posted: 30 Oct 2012 05:27 PM PDT

[VIDEO] Kalau Kita Nak Bawa Perubahan, Rakyat Mesti Berani

Posted: 30 Oct 2012 05:24 PM PDT

[VIDEO] Negara Ini Selamat Kalau Kita Pertahankan Hak Rakyat

Posted: 30 Oct 2012 05:22 PM PDT

Program Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak

Posted: 30 Oct 2012 03:05 AM PDT

2 November 2012 (Jumaat)

1) 11.00 pagi – Santai di Pekan Kenowit

2) 12.30 tghari – Solat Jumaat di Masjid Daerah Kecil Kenowit

3) 1.30 ptg – Ceramah Perdana – (P- Kenowit)

Lokasi : Rumah Udam, Ng. Lipus, Kenowit

4) 3.00 ptg : Ceramah Perdana – (P- Saratok)

Lokasi: Pekan Kabong, Saratok

5) 8.00 – 12.00 mlm – Wacana Isu Semasa Umat

Lokasi: Hotel Grand Continental, Kucing

6) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Baru Bian

iii. YB Ali Biju

iv. YB See Chee How

v. YBhg Dr Mohd Nor Manuty

Ucapan Pimpinan ABIM Era 70-an dan 80-an

Posted: 30 Oct 2012 12:57 AM PDT

Dari Sharpshooter.blogspot

Ramai di kalangan pimpinan ABIM yang masuk PAS antaranya Almarhum Ustaz Fadzil Nor (mantan Presiden PAS), Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS Abdul Hadi Awang (bekas Pengerusi ABIM Terengganu), Mohamad Sabu, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, Husam Musa, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Abu Bakar Chik (sekarang AJK PAS Pusat), Ustaz Muhammad Mustafa, Ustaz Mohd Daud Iraqi dan ramai lagi.

Bekas pimpinan ABIM yang telah ke Umno antaranya Anwar Ibrahim (sekarang Ketua Umum PKR), Kamaruddin Mohd Nor, Fuad Hassan (bekas ADUN Hulu Klang), Roslan Kassim, Kamaruddin Jaafar (sekarang PAS), Sanusi Junid, Fauzi Rahman, Zambry Abdul Kadir, dan ramai lagi..

Bekas pimpinan ABIM yang telah menyertai PKR ialah antaranya Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Badrulamin Bahron, Anuar Tahir (sekarang PAS), Mustafa Kamil Ayub dan Fauzi Rahman (sebelumnya Umno, anak Rahman Talib)

Video di bawah ini pula adalah “Mengenali Anwar Ibrahim melalui sahabat-sahabat beliau yang telah lama bersamanya sejak dari Abim mahupun Umno.

Kalau Takut Dipukul Badai…
Usah Berumah Di Tepi Pantai…

Selangor Senaraikan Statistik Rumah Mampu Milik

Posted: 30 Oct 2012 12:36 AM PDT

Malaysiakini

Kerajaan Selangor hari ini senaraikan statistik berkaitan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di negeri itu bagi menjawab dakwaan pemimpin BN bahawa hanya 1,000 unit rumah jenis itu disiapkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad berkata, sebanyak 6,470 rumah kos sederhana (RM42,000 ke bawah) dan sebanyak 3,925 unit rumah kos sederhana dan sederhana rendah (RM100,000 ke bawah) siap dibina sejak 2008 di negeri itu.

azlanBagaimanapun, menurut Iskandar, terdapat masih banyak lagi projek yang sedang dalam pembinaan dan sudah diluluskan di negeri itu.

“Kerajaan negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini (bahawa sedikit sahaja rumah mampu bilik dibina) supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ia ternyata tidak benar,” katanya.

Kerajaan Selangor menyenaraikan projek itu bagi menolak dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim bahawa Pakatan Rakyat cuma menyiapkan 1,000 unit rumah, bukan 23,000 unit seperti dijanjikan semasa pilihan raya.

Lim juga sebelum ini dilapor mendakwa, kebanyakan rumah yang siap dibina daripada projek kerajaan terdahulu BN dan hampir tiada projek baru untuk perumahan kos rendah di negeri itu pada masa ini.

Katanya juga, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kini lebih berminat untuk membangunkan kediaman mewah daripada kediaman kos rendah atau sederhana.

Dalam kenyataannya hari ini, Iskandar memberitahu, sebanyak 3,871 rumah kos rendah sedang dibina dan 9,990 sudah diluluskan.

Bagi rumah mampu milik pula, tambahnya, sebanyak 1,628 unit sedang dibina dan dijangka siap antara Disember 2012 hingga Jun 2013.

Sementara itu, Iskandar juga berkata, PKNS juga merancang membina lebih banyak rumah dalam dua peringkat.

Dalam fasa pertama, katanya, sebanyak 1,215 unit rumah lagi akan dibina manakala 9,481 lagi akan dibina dalam fasa kedua (antara 2014-2018).

Pembangunan Tanah Yayasan Selangor TELUS

Posted: 29 Oct 2012 07:47 PM PDT

Sebagaimana yang dimaklumi, tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur milik Yayasan Selangor akan dibangunkan sebagai pusat komersil sebagaimana persekitarannya. Pembangunan tersebut akan dimulakan pada awal tahun 2013.

Sebagai ganti kepada Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL), Yayasan Selangor akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, yang menelan belanja tidak kurang daripada RM50 juta (tidak termasuk kos tanah). Kos pembinaan SBP di biayai daripada pulangan cadangan projek usahasama memajukan tapak AYSKL, Jalan Kg Pandan dengan pulangan kepada YS tidak kurang daripada RM300juta (“in cash and kind”).

Pihak kami ingin memberikan jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanah Yayasan Selangor kini dan akan datang adalah telus dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan projek-projek yang telah dijalankan sebelum ini oleh pengurusan terdahulu.

Yayasan Selangor kini amat berhati-hati dan mensyaratkan pulangan kepada YS daripada sesuatu projek usahasama (joint-venture) adalah 30:70; di mana YS perlu mendapat 30% keuntungan daripada GDV (Gross Development Value) projek tersebut. Ini dilakukan bagi menjaga kepentingan Yayasan Selangor dan rakyat Negeri Selangor.

Ini amat berbeza dengan proses pembangunan semasa pemerintahan Barisan Nasional (UMNO) dahulu, di mana YS hanya mendapat antara 3 – 5% sahaja daripada GDV. Ini terbukti daripada pembangunan tanah di Persimpangan Jalan Raja Muda/Jalan Tun Razah Kg. Baru apabila YS hanya mendapat sebuah bangunan bernilai RM54 juta, sedangkan GDV projek tersebut adalah sekitar RM1.8 billion. Begitu juga dengan projek-projek lain seperti pembangunan tanah di Petaling Jaya, Klang dan Kelana Jaya.

Semua projek kini adalah melalui proses tender terbuka, sedangkan pada zaman BN dahulu ia dijalankan secara rundingan terus (direct negotiation). Disebabkan pulangan yang amat rendah dan proses rundingan terus, pihak kami berpendapat kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Semua kepincangan proses pembangunan hartanah YS pada masa dahulu akan melalui proses "forensic audit" tidak lama lagi. Pemilihan Auditor kini sedang ditender secara terbuka.

Tuduhan-tuduhan kononnya pihak pengurusan tertinggi YS atau Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kepentingan dan berhasrat untuk menjual tanah milik YS adalah fitnah semata-mata. Kami menganggap tuduhan liar tersebut hanyalah tindakan terdesak pihak-pihak tertentu untuk memancing undi dan menjatuhkan image Kerajaan Pakatan Rakyat, memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi.

Oleh itu, pihak kami ingin mengingatkan kalangan tertentu supaya tidak menyamakan proses tender kini yang dikendali secara telus/terbuka di YS, dengan proses pembangunan secara “runding terus” semasa zaman BN tidak lama dahulu.

ILHAM MARZUKI
Pengurus Besar
Yayasan Selangor.

Siapa Yang Lulus Projek Condo Di Batu Caves?

Posted: 29 Oct 2012 07:38 PM PDT

Tiada ulasan: