Rabu, 3 Oktober 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Peluncuran Buku “Tinderbox : Past & Future of Pakistan” nukilan M.J Akbar

Posted: 03 Oct 2012 10:38 AM PDT

Pada Selasa lepas, saya telah dijemput oleh sahabat saya M.J Akbar, yang merupakan penulis buku; “Tinderbox : Past & Future of Pakistan” bagi meluncurkan buku beliau di The Royal Lake Club, Kuala Lumpur.

Saya berbesar hati dapat meluncurkan buku nukilan M.J Akbar – yang tulisannya antara lain Nehru : The Making of India dan Kashmir : Behind the Vale – merupakan antara karangan beliau yang saya ikut rapat.

Buku yang sudah pun menempah sensasi yang tersendiri ini – melihat kepada persoalan asas penubuhan negara Pakistan dan mengapa ia berada di dalam keadaan merudum mutakhir ini. Nyata buku “Tinderbox : Past & Future of Pakistan” merupakan satu buku ilmiah yang dapat mencetus persoalan dan pemikiran dalam mendepani isu serantau yang melibatkan sub – benua ini.

ANWAR IBRAHIM

Muat Turun Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

Posted: 03 Oct 2012 02:40 AM PDT

Berikut ialah teks Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat dalam bahasa Inggeris. Sila klik pautan untuk muat turun atau download.

 

Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat

Tiada ulasan: