Ahad, 21 Oktober 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Ancaman tak berair dan banjir

Posted: 21 Oct 2012 10:24 AM PDT

The Malaysian Insider
Oleh Subky Latif

Kira-kira 10 hari sebelum rencana ini ditulis tersiar berita dan gambar kolam takungan air di kawasan Sabak Benam diancam kekurangan air dan ia memungkin kawasan berkenaan akan putus bekalan air.

Lalu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditempelak betapa ia berdegil menolak pelan Langat-2 yang dirancang sebagai persediaan bekalan air yang secukupnya bagi Lembah Kelang khususnya dan Selangor amnya untuk beberapa dekat akan datang bahkan untuk sekurun lagi.

Orang ramai cuba dibimbangkan betapa Selangor bukan sekadar diancam bekalan air yang dirawat, bahkan kekurangan bekalan air termasuk yang tidak dirawat.

Sedang kerajaan Selangor mendapat nasihat dari pakarnya betapa pesat pun pertumbuhan kemajuan pembangunan dan pertambahan penduduk di negeri itu tidak diancam krisis air tanpa projek Langat-2 kiranya pelan rawatan air dibuat mengikut sistem yang betul.

Bagi Pakatan Rakyat sistem bekalan air itu yang mesti dibetulkan nescaya ia dapat menyelamatkan dana negeri dari meneruskan pelan Langat-2.

Untuk menjelaskan isu pertikaian air itu kepada umum maka TV1 mengadakan perbincangan mengenainya oleh orang-orang dirasakan tahu atas masalah itu.

Tetapi sesi perbincangan itu tidak membawa pakar dari Selangor bagi memberi pandangan kedua atas isu itu.

Maka penjelasan pihak sebelah samalah dengan perbicaraan tanpa pembelaan oleh pihak yang dituduh. Penjelasan itu seperti tidak memberi penjelasan saja.

Penjelasan Menteri Besar Selangor atas amaran kekurangan air di sekitar Sabak Bernam itu cuba diatasi dengan sistem menabur benih hujan di angkara yang diharapkan agar ada hujan lebat dan sementara itu ia akan menyiasat punca kekurangan air itu.

Dua tiga hari selepas itu tersiar berita bahawa ancaman air itu kerana ban di sungai yang menyalurkan air itu pecah. Makan semua pihak yang terbabit dikerah turun padang bagi membaiki kerosakan.

Di tengah kebimbangan orang akan ancaman krisis bekalan air itu keluar pula amaran beberapa kawasan di Selangor mungkin berdepan dengan ancam banjir dan orang ramai mesti bersedia untuk dipindahkan.

Dalam masa seminggu saja rakyat Selangor diancam dua kebimbangan berhubung air. Kebimbangan pertama putus bekalan dan kebimbangan banjir iaitu berlebihan air. Air tak ada pun susah dan air banyak pun susah.

Dalam masa sepuluh hari selepas berita susutan air di takungan Sabak Bernam itu lima enam hari Lembah Kelang disirami hujan yang amat lebat. Sehari sebelum artikel ini ditulis hujan di Kuala Lumpur turun dari pagi hingga ke petang. Dalam hujan lebat itu saya pergi ke Hulu Langat, sepanjang jalan hujan. Sudah beberapa hari pagi hujan, petang pun hujan.

Apakah memang sekarang musim hujan atau ia hasil semaian benih hujan di awan angkasa Selangor. Tetapi saya menunggu berita tentang kekurangan air di takungan Sabak Bernam itu. Tiada yang menyiarkan air masih kurang atau kembali penuh. Tetapi kekurangan itu bukan kerana negeri itu benar-benar diancam krisis air, tetapi ia disebabkan ban sungai yang pecah.

Apakah ancaman air di Selangor itu palsu atau hakikat, tunggu PRU 13. Kalau Putrajaya jatuh, maka kita akan tahu, ia benar anacaman atau tidak. Jika ia benar ancaman kerajaan baru akan menentukan apakah Langat-2 akan diteruskan atau sistsem bekalan akan disempurnakan.

Tetapi, kalau tiada perubahan dalam PRU 13, BN akan mengatakan Langat-2 adalah jawapan atas isu itu.

Umno BN Main Isu Perkauman Untuk Rompak Hasil Negara

Posted: 20 Oct 2012 11:26 PM PDT

KeadilanDaily

Politik perkauman sengaja direka Umno BN untuk terus merompak hasil kekayaan negara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dari dulu mereka tidak berhenti mainkan isu perkauman, sebab apa?, tidak lain hanya untuk memecahbelah keharmonian rakyat.

"Bila rakyat bertengkar, maka mudahlah mereka mengaut keuntungan ekonomi negara ke dalam poket mereka,"

"Untuk mengalih perhatian dari soal ini, mereka api-apikan dengan kata-kata Melayu mesti bersatu, jangan tolong cina," katanya ketika berucap depan 6,000 hadirin ketika Ceramah Perdana Merdeka Rakyat ke Johor di Sutera Mall, Skudai, malam tadi.

Katanya, tuduhan media arus perdana kononnya beliau dan Pakatan Rakyat menjadi alat kuasa asing, tidak menghalang fokus untuk membebaskan rakyat daripada kezaliman Umno BN.

"Umno BN tiap hari mainkan dalam media mereka konon saya alat Soros, alat yahudi, alat Amerika.

"Tapi saya nak kata dengan mereka, tuduh lah saya apa saja kerana ia tidak langsung menganggu fokus saya untuk membebaskan rakyat dari belenggu kekejaman mereka.

"Saya juga nak kata, ya saya memang alat, alat untuk rakyat, alat untuk mengangkat martabat seluruh rakyat," sambil disambut tepukan hadirin.

"Seluruh pimpinan Pakatan juga adalah alat yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih baik," katanya.

Dalam pada itu Anwar yakin sambutan yang begitu meriah di Skudai merupakan bukti bahawa rakyat Johor juga bersiap sedia menggulingkan Umno BN.

"Johor seperti yang kita ketahui adalah benteng terkuat Umno BN, tapi dengan sambutan sebegini hebat, saya yakin Johor juga akan mengiringi kita ke Putrajaya setelah PRU 13 tidak berapa lama lagi," sinisnya.

Turut berucap Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua KEADILAN Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfuz Mohamad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chi Tong.

Tiada ulasan: