Selasa, 16 Oktober 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pakatan Tak Tolak Rapid Tapi Bantah Pelaksanaan

Posted: 16 Oct 2012 11:01 AM PDT

[Keratan Akhbar] AsiaTimes – Lahad Datu Anwar Ibrahim: Will win 1 Parliament & 3 State seats of Silam, Sab

Posted: 16 Oct 2012 10:49 AM PDT

[PHOTO] Kiayai Hj Abd Ghafur Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 16 Oct 2012 02:31 AM PDT

NOTA ADMIN :  Kiayai Hj Abd Ghafur, Ketua Pesantren sunan derajat dari Indonesia di Kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim di Segambut .Majlis wacana ilmu dan dakwah tersebut diadakan semalam diantara lain juga membincangkan soal kerjasama badan dakwah itu bersama Pakatan Rakyat dalam usaha menegakkan syiar islam di rantau ini.

Pesantren Sunan Derajat merupakan pusat ilmu utama yang terkenal di Indonesia

 

Tindakan Undang-Undang Sivil Ke Atas NFC Tidak Menjamin Kutipan Rm250 Juta Dana Awam

Posted: 15 Oct 2012 10:38 PM PDT

RafiziRamli.com

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan beberapa langkah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NFC berikutan kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dan prestasi projek yang tidak dicapai.

Salah satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil (bermakna menyaman NFC), seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

KEADILAN menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFC atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya, berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Perjanjian yang dimeterai adalah di antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp, maka sebarang tindakan undang-undang sivil seperti saman akan hanya melibatkan NFCorp;

2. Perlakuan penyelewengan dan pembelian aset mewah yang tidak ada kena mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak berlaku di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, bukannya NFCorp;

3. Syarikat-syarikat ini secara undang-undang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau obligasi kepada kerajaan atau pun perjanjian dana awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan NFCorp, maka ia tidak boleh disaman;

4. NFCorp tidak mempunyai aset yang besar dan mengalami kerugian sejak ia beroperasi. Jika Kerajaan Persekutuan berjaya sekali pun di dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan muflis tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam.

Oleh sebab itulah, KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan "jaminan peribadi" ("personal guarantee") terhadap Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah mewah yang dibeli melalui syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi menggunakan dana dari NFCorp) boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang diselewengkan.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa termasuklah Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia sepatutnya telah pun mengambil tindakan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act, AMLA) seperti yang pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang aset mereka boleh dibekukan dan disita.

Saya mengalu-alukan pendedahan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai NFC kerana ia melambangkan sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang hanya mahu melengah-lengahkan tindakan diambil ke atas NFC (dengan harapan Barisan Nasional menang PRU13 dan isu ini boleh dipadamkan). Pendirian Kerajaan Persekutuan yang hanya mahu mengambil tindakan undang-undang sivil, bukannya tindakan tegas dengan mengenakan "jaminan peribadi" atau pembekuan aset/sita aset di bawah AMLA mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak berniat mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang telah disalurkan kepada NFC.

KEADILAN akan tetap bersuara demi memastikan segala usaha diambil untuk mendapatkan kembali wang RM250 juta tersebut.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

16 OKTOBER 2012

AG Report: Selangor’s Financial Position Good

Posted: 15 Oct 2012 08:48 PM PDT

From Fz.com

The Selangor government’s financial position last year was good with the Pakatan Rakyat-ruled state registering a higher surplus of RM180.50 million, said the Auditor-General’s Report 2011 today.

After posting a deficit of RM65.96 million in 2009, the state government had managed to record a surplus of RM124.24 million in its consolidated revenue account in 2010, before improving further in 2011.

According to the report, the state consolidated fund recorded a 22.5% increase to RM1,944.01 million in 2011 from RM1,586.88 million in 2010, while the state revenue rose 4% to RM1,634 million from RM1,571.50 million in 2010.

At the same time, the state government managed to reduce its arrears of revenue by 15% to RM426.79 million in 2011 as compared to RM502.05 million in 2010.

However, the report said that the returns on long-term investments were not satisfactory, as the state government received very low dividend yield for the past five years from 2007 to 2011.

The report noted that repayment of public debt in 2011 was very good, as the balance of public debt has decreased by a total of RM25.01 million while the outstanding loan repayment has decreased by RM604.97 million.

The decrease was due to the rescheduling of the water supply project that took into account the payment made by Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) to the federal government for 2010 — amounting to RM9.27 million — that was made in early 2011. Apart from that, the state government settled a RM15.47 million low cost public housing loan as well as other loans.

“Efforts to strengthen the economy, to increase the revenue and prudent spending without compromising on the quality of services, public delivery system as well as contributions to the citizens, could further improve the financial position of the state government,” the report said.

The audit also found that generally, the performance of development projects was good in respect of expenditure and the number of projects approved.

At the end of 2011, which was the first year of the 10th Malaysian Plan, 377 projects (60.1%) of the 627 approved projects were completed or in progress and 81% of the development’s expenditure has been spent.

“Efficient and effective planning and implementation of development projects are essential for the prosperity of the state and well-being of the people,” the report said.

The financial management performance of the state’s departments and agencies saw an improvement in 2011 compared to 2010.

Eight state departments and agencies — namely, the Selangor Chief Minister and State Secretary Office; Selangor State Treasury; Land and Mines Office; Sabak Bernam District and Land Office; Selangor Islamic Religious Council; State of Selangor Malay Custom And Heritage Corporation; Subang Jaya Municipal Council; and Kajang Municipal Council — were rated excellent, while 10 other departments and agencies were rated as good. In 2010, four State Departments and Agencies were rated as excellent, with 11 rated as good.

The AG suggested that financial management performance of the departments and agencies be improved through measures such as providing adequate and continuous training to boost the knowledge and competency of officers involved in financial management.

According to the financial statements for the year ended Dec 31, 2010, five statutory bodies, the Selangor Islamic Religious Council and nine local authorities recorded a surplus, while two statutory bodies and three local authorities incurred deficit.

Musa Hassan Tarik Balik Saman Terhadap Anwar

Posted: 15 Oct 2012 07:33 PM PDT

Malaysiakini

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menarik balik saman fitnah terhadap Datuk seri Anwar Ibrahim berkaitan laporan polis oleh ketua pembangkang itu berhubung dakwaan mereka bukti dalam perbicaraan Liwat 1.

Penarikan balik saman oleh Musa bekas direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman di mahkamah yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.

Peguam N Surendran yang mewakili Anwar berkata ekoran penarikan balik saman tersebut, mereka tidak menuntut kos.

Ex-IGP Musa Withdraws Suit Against Anwar

Posted: 15 Oct 2012 07:19 PM PDT

Malaysiakini

Former inspector-general of police Musa Hassan has today withdrawn his defamation suit against Anwar Ibrahim over the opposition leader’s police report on fabrication of evidence in the Sodomy I trial.

The withdrawal of the former police chief’s suit was recorded before Kuala Lumpur High Court judicial commissioner Asmabi Mohamad.

Musa’s lawyers Kamarul Hisham Kamaruddin and Hasnal Rezua Merican informed Asmabi of the withdrawal before a packed court room filled with Anwar’s supporters.

Anwar's lawyer N Surendran said as a result of the withdrawal, they are not seeking costs.

Kempen Media Baru: SPR Jangan Jadi Pak Pandir

Posted: 15 Oct 2012 07:00 PM PDT

Harakah

Semua sedia maklum BN telah tewas di media sosial, walaupun terpaksa menggunakan askar upahan untuk menyerang, namun ditangkis oleh tentera siber Pakatan Rakyat yang bertugas secara sukarela.

"Akhirnya BN terpaksa menggunakan kuasa yang ada untuk membendung maklumat kelemahan BN daripada di ketahui oleh rakyat melalui media sosial," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya cadangan SPR supaya parti politik jangan menggunakan media sosial seperti facebook, twitter, blog selepas tengah malam hari mengundi adalah satu cadangan Pak Pandir.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah di Kuantan, semalam.

Bagi Idris, maksud tersirat tidak lain dan tidak bukan untuk menyekat pengaruh kempen Pakatan Rakyat sampai ke pengetahuan rakyat.

"Kenapa SPR tidak berani menghalang kempen BN melalui televisyen sehingga tamat hari mengundi?" tanya beliau.

Bahkan, ujarnya sewaktu pembuangan undi berjalan radio dan televisyen terus rancak memburuk-burukkan parti lawan.

Tambah beliau, tiga himpunan Bersih yang diadakan di ibu negara, antara tuntutannya ialah supaya parti yang bertanding dapat akses media dengan adil tetpi sampai hari ini tuntutan itu ibarat meminta sisik daripada ikan keli.

Tiba-tiba, ujar beliau SPR pula mencadangkan supaya media sosial tidak lagi boleh digunakan selepas waktu kempen tamat.

SPR akan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar dengan undang-undang itu.

"Kita mengharapkan jangan pula ada gangguan talian untuk akses media sosial sewaktu kempen pilihan raya berjalan.

"Kenapa BN terlalu takut dengan media sosial? Bukankah BN sudah memiliki dan menguasa televisyen dan radio untuk membantu kempen mereka?" katanya.

Menurutnya, BN sekarang terlalu takut dengan bayang-bayang, sehingga tunggul kayu disangka hantu.

Tiada ulasan: