Khamis, 6 September 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PKR Ranting Paya Pelong, Kuala Krau sudah bersedia menghadapi PRU

Posted: 06 Sep 2012 07:31 AM PDT

Dengan sukarelawan dan petugas-petugas yang semakin bertambah dari 25 orang kepada 75 orang, PKR Ranting Paya Pelong sudah bersedia untuk melangkah ke medan PRU pada bila-bila masa.

Sehingga kini PKR Paya Pelong sudah pun memasang bendera dari masuk kampong hingga ke hujung kampong dan telah pun menampalkan poster-poster seolah-olah sudah memasuki fasa pilihanraya.












Lebih dari 50 orang pemuda Paya Pelong telah mendaftarkan diri menjadi sukarelawan, petugas dan pacaba dan lebih dari 25 orang wanita mudanya turut mendaftarkan diri.

Di dalam upacara ringkas penyerahan baju-baju PKR jam 5.30 petang tadi lebih 75 orang sukarelawan dan petugas-petugas untuk PRU telah hadir.  Turut hadir adalah 3 orang Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau, iaitu, Sdr Azmi Zainun, Sdr Srinavasan dan Sdr Ramli Lin.  Bendahari PKR Cabang Kuala Krau merangkap Setiausaha Wanita PKR Pahang, Pn Hendon Jaafar turut hadir.

3 orang Ketua Ranting, iaitu Ranting Kg Beredut, Sdr Mat Abu, Ketua Ranting PKR Kg Rekoh, Sdr Rosli Panjang dan Ketua Ranting Paya Pelong juga hadir.

Anak-anak muda Paya Pelong memilih PKR sebagai wadah perjuangan mereka!

Tiada ulasan: