Khamis, 20 September 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Rapat Pimpinan Nasional pada 29.9.12

Posted: 20 Sep 2012 10:53 PM PDT

Sudah hampir 2 bulan keluarga saya mengaturkan percutian keluarga selama 3 hari di Setiu, Terengganu.  Cucu-cucu saya cukup bergembira kerana di percutian itu mereka boleh mandi di pool dan juga pantai laut.  Saya juga turut bergembira kerana sudah begitu lama tidak mengadakan percutian bersama keluarga khususnya cucu-cucu saya.

Tarikh yang ditetapkan untuk percutian itu adalah 29, 30 September dan 1 Oktober 2012, dan kami akan bertolak dari Temerloh ke Setiu jam 8.00 pagi.  Dan sejak dua bulan yang lalu memang saya kosongkan tarikh-tarikh itu daripada sebarang jadual program.

Itu adalah rancangan saya.  Bagaimana pun, 2 hari lepas saya menerima pesanan daripada Setiausaha Kerja Keadilan Pahang dan email dari Setiausaha Agung  bahawa suatu perjumpaan yang amat penting akan diadakan pada 29hb September 2012 di Shah Alam Selangor, iaitu Rapat Pimpinan Nasional.  Semua Anggota MPN dan semua anggota MPP serta Ketua-Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, Setiausaha Cabang, Pengarah Pilihanraya Cabang, Ketua Wanita Cabang serta Ketua AMK Cabang dikehendaki menghadiri Rapat tersebut.

Apakah pilihan saya?  Saya tidak mahu program keluarga yang sudah diatur begitu lama itu dibatalkan dan tidak mahu menghampakan harapan cucu-cucu saya.  Program keluarga itu perlu diteruskan.  Maka kesepakatan didalam keluarga bahawa pada 29hb September itu, saya diizinkan oleh keluarga untuk menghadiri Rapat Pimpinan Nasional di Shah Alam manakala keluarga saya pergi ke Setiu, Terengganu.

Sebaik sahaja selesai Rapat Pimpinan Nasional itu saya akan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Setiu untuk bersama-sama dengan keluarga.

Alhamdulillah, program parti dapat saya tunaikan dan program keluarga dapat diteruskan.  Syukur saya kepada Allah swt.

[ISU KUOTA HAJI] Kebenaran Terserlah, Menteri Agama, Jamil Khir Pendusta | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 20 Sep 2012 12:48 AM PDT

TB 9933 Tahun 1979

Posted: 20 Sep 2012 12:46 AM PDT

Makan Tengah hari tadi saya telah diundang oleh En Chia Kee Fah, pemaju tanah Damai Court, Temerloh yang mahu meraikan Tuan Tanah, En Azman Ambrose dan keluarganya yang hadir ke Temerloh untuk berbincang mengenai projek Damai Court yang dimajukan oleh Chia.  Saya diundang untuk makan tengah hari kerana firma guaman saya lah yang berusaha mendapatkan tanah itu.  Firma saya telah mencari tuan tanah atau tuan-tuan tanah yang sekarang ini sudah menjadi sebuah Taman Perumahan yang besar di Bandar Baru Temerloh.

Bersama-sama denganArwah Cikgu Mat Siwok kami telah melakukan jejak mencari perwaris kepada tanah yang luas di Bandar ini tetapi tiada siapa yang mengetahui siapakah tuan tanahnya.

Kami telah bertemu dengan Azman Ambrose iaitu cucu kepada Tuan Tanah asal, Aziz Malaka.  Azman secara bersendirian dia juga tidak berupaya untuk menjejak kesemua waris-waris tanah itu.  Tetapi sedikit demi sedikit melalui saudara-mara Azman di Negeri Sembilan, di Pahang dan di Perak kami berjaya mendapatkan waris-waris yang berjumlah menghampiri 100 orang.

Kami telah memfailkan OS di Mahkamah Tinggi Seremban untuk memberi kuasa kepada Azman Ambrose sebagai Pemegang Kuasa bagi memajukan tanah yang luas itu.

Hampir 3 tahun proses memberikan kuasa kepada Azman itu dapatlah diselesaikan dan melalui Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan pula kami telah membuat permohonan untuk Faraid bagi setiap ahli waris memperolehi bahagian masing-masing.

Keluarga itu cukup besar.

Semasa makan tengah hari tadi, saya ketemu dengan Dato Akbar Aboo, seorang JK Bolasepak Negeri Pahang yang berjaya membawa semula kegemilangan bolasepak Pahang selepas tersadai ke Divisyen 2 dulu.

Dia mengucapkan terima kasih kepada saya kerana sayalah yang memperkenalkan Persatuan Bolasepak Daerah Temerloh kepadanya semasa saya menjadi Setiausaha Persatuan itu.

 Beliau nak bercerita panjang dengan saya terutamanya semasa saya mula-mula menjejak kaki ke Temerloh setelah begitu lama meninggalkan tempat tumpah darah saya itu kerana belajar dan kemudian bekerja di rantau orang.  Beliau mengatakan bahawa sayalah orang yang pertama menubuhkan pelbagai NGO di Temerloh yang kesemuanya aktif.

Dato Akbar menyatakan bahawa semasa saya memegang badan-badan belia dan sukan di Temerloh, sambutan Hari Merdeka amatlah berbeza dengan apa yang berlangsung hari ini.

Pada waktu itu katanya badan-badan NGO yang saya tubuhkan itu terlibat dengan pelbagai pertandingan sukan, seperti bolasepak, badminton dan perlumbaan basikal hingga beberapa hari berturut-turut sempena Hari Merdeka; di samping diadakan pertujukan kebudayaan di Dewan dan di Taman Bunga Temerloh.

Hari Merdeka yang disambut hari ini hanyalah kerahan pegawai-pegawai kerajaan untuk perbarisan dan yang lain-lainnya berseronok kerana Hari Merdeka menandakan hari cuti am.

Beliau masih ingat bahawa pada tahun 1979 itu, saya kembali ke Temerloh dengan membawa 4 biji kereta secondhand.  Tak ada yang baru.  Kereta yang boleh dipakai lasak.  Dan yang paling dia ingat ialah kereta King's Wood, yang begitu kuat makan minyak tapi boleh memuatkan lebih dari 6 orang didalamnya.  Nombor kereta itu ialah TB 9933.

Kereta itu akhirnya menjadi bangkai di Felda Jengka 7 kerana dipakai oleh seorang kawan bernama Muin, sudah jadi arwah sekarang ini, dan dia pakai tak mahu pulang-pulangkan kembali.

Akbar mengatakan bahawa dia terpaksa angkat topi kepada saya kerana saya bekerja tidak mengejar wang, apa juga pendapatan yang saya dapat dari firma saya, dihabiskan untuk 5, 6 persatuan yang saya pegang, seperti Persatuan Bolasepak, Persatuan Lumba Basikal, Persatuan Badminton, Gerakan Belia 4B, Badan Penulisan dan Drama.

Pendapatan bulanan saya pada waktu itu mencecah hingga RM40,000.00 sebulan dan saya habiskan untuk badan-badan NGO yang saya pegang.

Dan Alhamdulillah, pada waktu itu saya berjaya membawa pertandingan lumba basikal peringkat kebangsaan ke Temerloh dan Temerloh menjadi bualan Persatuan Lumba Basikal Kebangsaan (kini Persatuan Berbasikal Kebangsaan) sehinggalah saya menjadi Setiausaha Persatuan Berbasikal Negeri Pahang, Naib Presiden Persatuan Berbasikal Malaysia dan Presiden Persatuan Mountain Bike Malaysia, dan saya sendiri memperolehi Sijil dari Kursus Berbasikal di Manila, Filipina, dan membawa pelumba-pelumba basikal ke peringkat antarabangsa di Jepun dan Taiwan.

Akbar mengingati saya sebagai seorang yang simple, tidak berlagak, boleh bergaul dengan sesiapa sahaja dan boleh minum teh cangkung di gerai-gerak kaki lima.

Beliau cuba mengikuti langkah-langkah saya dan kini berjaya memimpin pemain-pemain bolasepak Negeri Pahang.  Saya doakan beliau berjaya.

Tiada ulasan: