Khamis, 27 September 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Iklan : Syabas vs. Selangor

Posted: 27 Sep 2012 03:00 AM PDT


Sinopsis: Isu air Selangor sebenarnya mudah untuk difahami dan diselesaikan jika semua pihak sedar dan faham apa sebenarnya yang diperjudikan disini sekiranya konsesi Syabas terus memperdagangkan air kepada rakyat Selangor.

Bajet Sogokan Tidak Akan Bantu Pertumbuhan Ekonomi

Posted: 27 Sep 2012 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 SEPT – Pakatan Rakyat (PR) menjangkakan satu bajet berbentuk 'imbuhan politik' akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak esok sebagai usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang ditemui berkata PR mengingatkan kerajaan supaya membentangkan bajet bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat meskipun dunia menghadapi masalah ekonomi.

"Bajet yang akan sarat dengan sogokan imbuhan politik untuk mendapatkan sokongan.  Namun menjadi tanggungjawab Pakatan untuk mengingatkan kerajaan.

"Apa juga dasar yang diambil dalam bajet ini fizikalnya bukan dasar 'One-Off', sogokkan satu kali begitu tetapi harus menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi yang akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya," katanya.

Beliau yang juga MP Gombak menegaskan, perkara penting yang perlu diberi penekanan adalah corak perbelanjaan boros negara perlu dihentikan serta merta bagi mengelakkan pembaziran.

Jelasnya, beliau tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya kerajaan ingin 'meniru' cadangan yang dikemukakan dalam belanjawan PR asalkan memberikan manfaat kepada rakyat.

Pembentangan Bajet 2012 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak akan berlangsung esok tanpa disertakan dengan Laporan Ketua Audit Negara seperti yang dilakukan sebelumnya.

Menurut Azmin, laporan berkenaan akan diberikan kemudian kepada Ahli Parlimen seperti yang dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan beliau melahirkan kekecewaan terhadap perkara berkenaan.

Bagi Timbalan Presiden DAP, Dr Tan Seng Giau berharap agar fokus utama peruntukkan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi menangani rasuah dan ketirisan.

"Diharapkan kerajaan akan mengumumkan projek pembangunan infrastruktur tanpa ketirisan.

"Kita berharap kos pengangkutan dapat dikurangkan, tol dikurangkan dengan matlamat menghapuskan tol pada masa hadapan.

"Mengenai harga kereta boleh dikurangkan untuk menjimatkan perbelanjaan dan diharapkan juga tiada pengurangan bajet untuk pendidikan," katanya.

Sumber: Selangorku

100,000 Rumah Mampu Milik Di Dalam Bandar Jika Pakatan Rakyat Memerintah

Posted: 27 Sep 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 27 SEPT : Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) akan membina 100,000 unit rumah mampu milik di bandar-bandar utama dalam penggal pertama pentadbirannya sebagai Kerajaan Persekutuan.

Menurut belanjawan alternatif Pakatan 2013 yang diterbitkan semalam, gagasan itu akan melaksanakan perancangan tersebut dengan suntikan dana RM5 bilion kepada Lembaga Perumahan Negara (LPN).

Suntikan tambahan RM 2 bilion akan diberi setiap tahun dari tahun kedua hingga kelima bagi menyediakan dana kewangan untuk pelaksanaan projek perumahan awam berkenaan.

Ia adalah salah satu penekanan yang akan diambil Pakatan menerusi belanjawan berjumlah RM 234 bilion yang diterbitkan semalam oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyediakan rumah mampu milik merupakan penekanan khusus yang diberikan demi membela nasib rakyat yang selama ini terbeban dengan harga rumah yang melambung di pasaran ketika ini.

Bagi menangani masalah harga perumahan ini Pakatan merancangan untuk melaksanakan pelbagai projek perumahan mampu milik di seluruh negara yang berharga antara RM 130,000 hingga
RM 300,000.

Inisiatif rumah mampu milik akan diuruskan dengan menubuhkan  LPN yang akan menggantikan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilihat tidak memaikan peranan.

Pakatan juga akan mengamalkan konsep bina-dan-jual bagi mengatasi risiko perumahan terbengkalai yang telah merugikan kira-kira 79,000 pembeli.

Dasar ini akan dilaksanakan secara berperingkat untuk semua projek perumahan kos sederhana rendah berharga RM 300,000 dan ke bawah.

Pakatan juga akan memperkenalkan konsep "social renting" atau penyewaan untuk tujuan sosial bagi memenuhi keperluan perumahan untuk golongan isi rumah di bawah RM 1,500 sebulan.

Di samping itu, konsep perkongsian pemilikan juga akan diperkenalkan untuk mereka yang kurang kemampuan kewangan untuk membeli rumah.

Di bawah konsep ini, pembeli akan memiliki 25 peratus daripada harga rumah, manakala nilai yang selebihnya, iaitu 75 peratus, akan dimiliki oleh agensi kerajaan.

Sumber: Selangorku

Isu Penyaluran Air Mentah Dari Pahang ke Selangor

Posted: 26 Sep 2012 03:00 AM PDT

Kerajaan Selangor mengalu-alukan cadangan Kerajaan Pahang untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah  dari Pahang ke Selangor kerana kita melihat ianya dapat "memberhentikan" pemusnahan alam sekitar dan pengambilan tanah keringat dan titik peluh rakyat Pahang.
Untuk menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor ini dua buah empangan baru iaitu Empangan Kelau dan Empangan Muka Sauk dan Stesen Pam Semantan dibina di sebelah Pahang bagi tujuan tersebut. 
Paip dan terowong yang menghubungkan kedua-dua empangan ini  akan melalui ladang getah, ladang kelapa sawit, bukit yang curam dan kawasan berhutan Banjaran Titiwangsa seperti Hutan Simpan Kekal Lakum.
Kesan dari projek tersebut ialah :-
a) 1,057 hektar Hutan Simpan Kekal Lakum akan tenggelam. Hutan ini adalah habitat hidupan liar seperti monyet spesies dusky leaf, badak sumbu dan burung enggang hitam.
b) Tanah rizab orang Asli yang penuh flora dan fauna akan tenggelam.
 c) Penduduk Felda MempagaFelda KelauRancangan Tanah Pemuda dan 13,000 orang Asli suku Temuan di Bentong akan turut tenggelam. 
dFelda Lembah KelauRTP Kelau dan perkampungan orang Asli Sungai Temir bakal ditenggelamkan.
Melihat kepada kemusnahan alam sekitar yang dasyat ini kita berpendapat bahawa Adnan Yaakob , Menteri Besar Pahang sewajarnya lebih prihatin terhadap kepentingan rakyat Pahang melebihi kepentingan 'berniaga menjual air Pahang' sekadar mendapat pulangan royalti air sebanyak RM80 juta setahun dari wang rakyat  Selangor.
Walaubagaimanapun kita nasihatkan agar rakyat jangan terpedaya dengan mainan politik MB Pahang tersebut. Kita melihat bahawa beliau sedang memberi isyarat untuk memberi tekanan kepada PM Najib Tun Razak dalam sesuatu agenda politiknya.
Harus diingat rakan golf Najib di George Kent Bhd telah diberikan kontrak dalam pembinaan Empangan Kelau  dan stesen Pam Semantan tersebut.   

YB Dr. Xavier Jayakumar
Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor 

Rabu 26 September 2012

MB : KeTTHA Didakwa Ingkari Tanggungjawab Penuhi Kepentingan Awam

Posted: 26 Sep 2012 02:45 AM PDT

SHAH ALAM, 26 SEPT : Kerajaan Selangor mendakwa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengingkari tanggungjawab untuk melibatkan diri dalam usaha mengambil alih operasi bekalan air terawat di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tanggungjawab in seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 191 (4) Akta Perkhidmatan Air.

Menurut Bahagian 7 (Pemindahan Perniagaan) Akta tersebut tiada sesiapa berhak membuat perjanjian atau perkiraan yang akan mengakibatkan pertukaran dalam kawalan, penjualan, pelupusan atau pindah milik.

Sebarang penyatuan, percantuman atau penyusunan semula pemegang lesen juga tidak boleh dibuat melainkan dengan kelulusan Menteri. Menteri tersebut adalah Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Menurutnya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor (Span) juga didakwa menyalahguna budi bicara apabila memberi tempoh lanjutan kepada syarikat-syarikat konsesi untuk beroperasi dari bulan ke bulan.

Tindakan ini jelasnya memperlekeh kewajaran syarikat-syarikat konsesi berkenaan supaya mematuhi kemahuan Kerajaan Negeri Selangor.

"Oleh kerana Kerajaan Persekutuan telah menerima cadangan penyusunan holistik dan merupakan pemegang Saham Emas dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), maka wajar syarikat konsesi lain menerima tawaran yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Negeri," kata Abdul Khalid Kepada pemberita.

"Sekiranya syarikat konsesi tidak bersetuju dengan tawaran yang akan dikemukakan, mereka boleh merujuk kepada Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa dan Kerajaan Negeri akan akur apa jua keputusan yang dibuat oleh badan berkenaan."

Abdul Khalid berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di Bangunan SUK hari ini.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut memaklumkan Kerajaan Negeri akan menjemput Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk membincangkan pelaksanaan penyusunan semula industri perkhidmatan air dan pembinaan Loji Rawatan Langat 2.

Beliau berkata, perbincangan itu dijangka akan membawa keputusan positif kepada industri air negeri serta rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Saya akan memaklumkan kepada Tan Sri Muhyiddin bahawa usaha penyelesaian penyusunan industri air secara holistik di Selangor masih terbantut akibat sikap berdolak dalih syarikat konsesi dan keengganan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan kuasa-kuasa berkanun di bawah Akta 655," ujarnya.

Sumber: Selangorku

MB : Rakyat Jangan Terpengaruh Provokasi “Krisis Air Selangor”

Posted: 26 Sep 2012 02:15 AM PDT

SHAH ALAM, 26 SEPT : Menteri Besar Selangor menganggap iklan fiksyen "Krisis Air Selangor" yang bakal dihasilkan untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri sebagai cabaran untuk beliau terus menyusun semula industri air untuk kepentingan rakyat.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata iklan tersebut menunjukkan sikap buruk sesetengah pihak terhadap usaha Selangor menyusun semula industri air.

"Saya berharap pelakon-pelakon tambahan ini tidak menggunakan krisis air untuk menunjukkan keupayaan lakonan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Pada Sept 24, sebuah produksi dikesan menjalankan penggambaran berbentuk rekaan yang kononnya wujud krisis bekalan air di Selangor.

Penggambaran yang dijalankan di salah sebuah pangsapuri di Petaling Jaya itu melibatkan kira-kira 300 pelakon yang majoritinya bukan penduduk di situ.

Iklan pendek berdurasi 40 saat itu memaparkan adegan orang ramai sedang berbaris panjang di tengah panas terik matahari untuk mendapatkan bekalan air dari sebuah lori tangki yang disediakan.

Beberapa orang di antara mereka berlakon dengan merungut dan memekik marah kerana terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan air bagi keperluan harian.

Tujuan iklan tersebut seolah-olah membentuk satu persepsi bahawa bekalan air di Selangor kerap menghadapi ganguan sedangkan tidak berlaku langsung masalah bekalan air di lokasi pengambaran itu.

Sebelum ini, Kerajaan Umno-BN cuba mewujudkan persepsi bahawa Selangor dilanda krisis air kerana bekalan tidak mencukupi.

Ekoran itu, Kerajan Selangor telah membuktikan bahawa bekalan air mentah lebih daripada mencukupi.

Sumber: Selangorku

PR Tawar Gaji Minima RM1,100 Kepada Kakitangan Awam

Posted: 26 Sep 2012 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 SEPT: Pakatan Rakyat (PR) menawarkan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam dalam Belanjawan 2013 yang bertemakan 'Ekonomi Rakyat, Negara Berkat'.

Selain itu menaikkan bantuan kebajikan kepada RM550 sebulan bagi meringankan beban golongan miskin.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam taklimat belanjawan yang diadakan hari ini, penetapan gaji minima tersebut akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penjawat awam.

Kata Anwar, kenaikan tersebut bakal melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion dan mampu memberi kesan kepada kenaikan gaji dari pelbagai sektor lain dengan kenaikan dalam lingkungan dua hingga lapan peratus.

"Meningkatkan Pembayaran Kebajikan daripada RM300 sekarang kepada RM550 sebulan yang boleh membebaskan 84,000 keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah paras RM500 sebulan daripada kemiskinan," kata Anwar.

Selain itu semua data dari agensi kerajaan termasuk Risda, Felcra dan lain-lain akan disatukan ke dalam pengkalan data Jabatan Kebajikan bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan one-off sebanyak RM500 kepada golongan yang terjejas akibat kejatuhan harga getah dan lain-lain komoditi.

Dalam belanjawan yang terlebih dahulu diluluskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu turut menyasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi 2013 sebanyak 5.2 peratus dengan kadar inflasi 3.0 peratus.

Dalam taklimat yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat itu, Anwar turut mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sering gagal mencapai unjuran yang disasarkan.

Taklimat Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 itu turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pemimpin lain dari ketiga-tiga parti pakatan itu.

Sumber: Selangorku

Belanjawan PR Mampu Beri Lebihan RM 930 Sebulan Jika Dilaksanakan

Posted: 26 Sep 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM, 26 SEPT : Belanjawan Pakatan Rakyat (PR) 2013 mampu memberikan lebihan kewangan sebanyak RM 930 sebulan kepada sebuah keluarga sekiranya ianya dilaksanakan dengan berhemah.

Perkiraan ini dibuat berdasarkan anggaran pendapatan dan belanjawan satu keluarga yang mempunyai lima orang ahli dimana suami bekerja sebagai seorang guru dan tinggal di Lembah Klang.

Unjuran itu merujuk kepada penjimatan daripada penurunan harga kereta, bahan api petrol serta penghapusan tol berjumlah RM 120, yang akan dilaksanakan Pakatan sekirannya memerintah negara.

Disamping pengecualian pembayaran semula PTPTN sebanyak RM 200, perlaksanaan pembayaran elaun kepada guru sebanyak RM500 seperti yang disebut dalam Buku Jingga mampu meningkatkan pendapatan keluarga tersebut.

Di bawah Pakatan, Kerajaan Pusat juga akan melaksanakan skim Caruman Wanita Nasional yang akan memberikan RM 50 sebulan kepada suri rumah.

Di anggarkan penjimatan sebanyak RM 60 untuk keluarga tersebut dapat dihasilkan melalui penggurangan harga makanan dan barangan sebanyak 5 peratus.

Unjuran tersebut dibuat berdasarkan status kewangan sebuah keluarga yang mempunyai sebuah kereta dan sebuah rumah berharga RM250,000 kebawah sebagai aset.

Keluarga tersebut juga masih membuat pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) dan pulang ke kampung di Alor Setar setiap tahun.

Belanjawan yang bertemakan "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat" dilancarkan hari ini oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Sumber: Selangorku

Selangor 'Sangat Gembira' Jika Perjanjian Batal

Posted: 25 Sep 2012 03:00 AM PDT

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri 'sangat gembira' sekiranya Kerajaan Negeri Pahang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke negeri ini jika pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 tidak diteruskan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, beliau percaya perkara itu juga menggembirakan rakyat negeri ini kerana secara tidak langsung Kerajaan Negeri tidak perlu membayar kira-kira RM80 juta setahun royalti air mentah kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Katanya, Kerajaan Negeri menyambut baik hasrat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob itu.

"Kalau dia (Adnan) nak batalkan kita gembira dengan keputusan itu kerana kita tidak perlu bayar RM80 juta setahun.

"Tetapi, dia perlu nyatakan secara bertulis perkara ini dan bukannya setakat cakap di media atau sebagainya," katanya mengulas kenyataan Adnan bahawa pihaknya akan membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke Selangor.

Xavier berkata, tiada masalah sekiranya Pahang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke negeri ini kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi.

Sebelum ini, perjanjian itu ditandatangani antara Kerajaan Negeri Pahang dan Selangor yang ketika itu diwakili Dr Mohamad Khir Toyo pada kadar harga 10 sen bagi setiap meter padu dengan kuantiti 1.6 juta meter padu sehari.

Malah, Adnan juga mengugut jika Kerajaan Negeri tidak meneruskan Langat 2 pada masa sekarang dan ingin menyambungnya pada masa hadapan, harganya akan dinaikkan kepada RM1 bagi setiap meter padu.

Xavier berkata, beliau difahamkan pembinaan terowong siap 60 peratus dan Adnan perlu menjawab perkara itu kepada Kerajaan Pusat.


Sumber: Sinar Harian

Pahang Boleh Guna Sendiri Air Mentahnya

Posted: 24 Sep 2012 03:00 AM PDT

Kenyataan Media YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor

Pahang Boleh Guna Sendiri Air Mentahnya


Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan dan menyokong penuh cadangan Kerajaan Pahang untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor kerana Selangor sendiri tidak memerlukan air mentah dari Pahang.

Kerajaan Selangor berpendapat 'idea' pemindahan air mentah dari Sungai Semantan di Karak, Pahang ke Taman Perkasa, Hulu Langat di Selangor melalui terowong sepanjang 44.6 km di bawah banjaran Titiwangsa tersebut hanyalah untuk "memberikan kerja-kerja kontrak" dan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni UMNO / BN dan bukannya demi kepentingan rakyat Selangor.

Yang jelas Kerajaan Persekutuan tidak pula membuka tender bagi kerja-kerja tersebut yang bernilai  3.936 Bilion ini sebaliknya heboh menjaja kononnya  mereka 'telus' membuka tender bagi kerja-kerja pembinaan Loji Langat 2 baru-baru ini.

Kita juga mempertikaikan bagaimana kononnya 'pakar-pakar perancang' dari Kementerian Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air tidak terfikir langsung bahawa mereka sebenarnya memindahkan air mentah (air Sungai Sementan yang berwarna teh susu) sejauh 44.6 km sekadar untuk diproses dan dirawat oleh sebuah loji di Hulu Langat, Selangor.

Rakyat Selangor harus tahu bahawa mereka terpaksa membayar RM80 juta setahun (berdasarkan sumber ensiklopedia Wikipedia) bagi mendapatkan air sungai Semantan berwarna teh susu tersebut yang berharga 10 sen bagi setiap meter padu.  

Pada kita ianya merupakan rahmat "blessing in disguise" sekiranya Kerajaan Pahang benar-benar ingin membatalkan perjanjian tersebut.


YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Tarikh : 24 September, 2012

Tiada ulasan: