Jumaat, 7 September 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Foto Jelajah #Merdekarakyat Rantau Negeri Sembilan,7 September 2012

Posted: 07 Sep 2012 09:16 AM PDT

Jadual Jelajah Bas #Merdekarakyat Melaka, Esok Sabtu, 8 September 2012

Posted: 07 Sep 2012 09:12 AM PDT

8 September 2012 (Sabtu) – Melaka

MASA PROGRAM LOKASI
3.30 – 4.30 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Jasin Kampong  Kelubi, Jasin.

 

 

 

5.00 – 6.00 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Melaka Jln Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka

 

 

8.00 – 8.45 mlm Rumah Terbuka PKR Tangga Batu

 

Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka
9.00–12.00 mlm Ceramah Perdana Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka

 

9.00– 2.00 mlm Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka

 

Mahfuz: Gambar PM Lebih Suci Dari Masjid?

Posted: 07 Sep 2012 08:59 AM PDT

Malaysiakini

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan membaling kasut di dalam masjid lebih hina daripada memijak gambar perdana menteri dan isterinya.

Ini kerana, katanya, masjid merupakan tempat suci dan dikira rumah Allah.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan dan akhbar arus perdana membesar-besarkan insiden memijak gambar melebihi insiden di sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini.

“Adakah gambar lebih suci daripada masjid, rumah Allah?” soalnya.

Beliau merujuk kepada insiden minggu lalu apabila anggota kumpulan pendesak Melayu didakwa membuat kacau tazkirah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di masjid.

Misi Utama APS Untuk Menangkan Pakatan – Wilfred

Posted: 07 Sep 2012 08:49 AM PDT

KeadilanDaily

Misi utama penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi membantu Pakatan Rakyat (Pakatan) membentuk Kerajaan Persekutuan baru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya APS akan memonopoli calonnya bagi mewakili Pakatan pada PRU akan datang.

"Tidak perlu bagi saya atau mana-mana pemimpin APS menjadi calon kerana kami pasti pemimpin semasa dari kalangan komponen Pakatan mampu dan bersedia untuk diletak sebagai calon dalam PRU.

"Bagaimanapun APS bersedia mencadang beberapa nama untuk dipertimbang sebagai calon," Katanya dalam satu kenyataan.

Mengakui PRU ke-13 sengit, APS ketika ini juga kata Wilfred giat menyatukan bekas penyokong BN Sabah untuk menyertai Pakatan.

"Kita akan pastikan pembangkang Sabah bersedia berdepan BN kerana Pakatan mempunyai kelebihan termasuklah kegagalan BN menyelesai masalah penduduk Sabah walaupun diberi peluang sebagai kerajaan sekian lama," kata Wilfred lagi.

Pijak Gambar: Wan Azizah Persoal ‘Keadilan’ Polis

Posted: 06 Sep 2012 08:14 PM PDT

Malaysiakini

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail meminta agar pihak polis menjalankan siasatan secara adil berhubung insiden memijak gambar Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Wan Azizah berkata, tindakan sama perlu diambil terhadap individu yang melakukan perbuatan memijak gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kalau (memijak gambar) ke atas perdana menteri diambil tindakan. Orang yang buat begitu kepada Lim Guan Eng, tuan guru Nik Aziz juga perlu diambil tindakan. Itu baru adil.

“Tapi kalau hanya ambil tindakan yang buat pada gambar perdana menteri sahaja, itu adalah satu tindakan tidak adil,” kata Wan Azizah kepada pemberita selepas melancarkan lori treler Merdeka Rakyat di ibu pejabat PKR hari ini.

Video MerdekaRakyat 72 Hours In Picture

Posted: 06 Sep 2012 08:03 PM PDT

Tiada ulasan: