Selasa, 4 September 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Jangan Jadi Orang Yang ‘Perkosa’ Masjid

Posted: 04 Sep 2012 02:47 AM PDT

Harakah

KUALA LUMPUR: Usaha menghalang masjid daripada disuburkan dengan risalah-risalah Allah merupakan satu usaha yang zalim dan tidak bertamadun.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, berkata jika seseorang itu melakukan usaha bagi menghalang dakwah Allah, maka ia akan berdepan dengan tindakan Allah itu sendiri d akhirat kelak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan di sebuah masjid, di Alor Setar, ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah Maghrib, baru-baru ini.

“Umat Islam sepatutnya menyedari segala perkara dalam dunia ini berkaitan, orang yang tidak berilmu akan menjadi jahat, dan begitu sebaliknya.  Dalam Islam, siapa yang ingin perkasa, perlu dengan Allah, kalau tidak jadi pekasam,” tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, setiap seorang yang ingin memperkasakan diri ia perlu bersama Allah, kerana hanya dengan Allah ia akan jadi perkasa.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap insiden berkenaan, Ustaz Ghani yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS, gangguan terhadap rumah Allah itu satu perbuatan yang biadap, lebih-lebih lagi ketika tazkirah dijalankan.

“Kalau mereka tidak mahu mendengar tazkirah tersebut, keluarlah dengan baik.  Ini tidak, setelah membuat bising di dalam dan setelah diminta keluar, berterusan membuat bising.  Ini tidak bertamadun,” kata beliau yang turut berada di masjid berkenaan.

Sedangkan, tambah beliau ketika itu tazkirah dijalankan oleh seorang yang dikenali dan pernah menjadi pemimpin negara suatu ketika dahulu yang begitu dikenali ramai.

Menurutnya lagi, mengganggu majlis dengan membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam tanpa sebarang bukti hanya menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang gemar ‘memperkosa’ majlis agama ini agar menghentikan perbuatan tersebut memandangkan perbuatan tersebut akan berdepan dengan tindakan Allah SWT di akhirat kelak.

“Nasihat saya, jangan jadi orang yang perkosa masjid.  Kalau nak jadi perkasa, kena bersama-sama dengan Allah, baru perkasa.  Bukan jadi perkosa,” tegas beliau.

Serang Masjid, Peserta Rombongan Nampak Ahli Perkasa Bawa Kerambit

Posted: 04 Sep 2012 02:36 AM PDT

KeadilanDaily

PETALING JAYA 4 September: Salah seorang ahli Perkasa yang menyerang program tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Setar Ahad lalu didapati membawa sebilah kerambit.

Perkara itu disaksikan oleh Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof yang merupakan salah seorang peserta rombongan Jelajah Merdeka Rakyat yang tiba di Kedah.

Menceritakan insiden itu, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Rahman berkata, kejadian tersebut disedarinya ketika kumpulan pendesak Melayu itu menyerbu pintu masuk masjid selepas bekalan elektrik diputuskan.

“Saya melihat dengan jelas lelaki itu kerana lampu kecemasan di masjid masih berfungsi walaupun bekalan elektrik diputuskan.

“Dia menyimpan kerambit itu dipoket baju dan hulunya terkeluar membolehkan saya melihatnya dengan jelas,” kata Penyelaras Politik Pejabat Anwar itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika menerangkan tayangan video insiden berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Pak Rahman berkata, gerak-geri lelaki itu begitu mencurigainya seolah-olah berniat mencederakan Ketua Pembangkang yang ketika itu sedang menyampaikan tazkirah.

Menurutnya lagi, lelaki itu juga dikatakan beberapa kali meletakkan tangan di poketnya seperti bersedia untuk membuat serangan.
Bimbang dengan keadaan itu, Pak Rahman mengawasi lelaki terbabit dan bersedia merempuhnya jika dia bertindak agresif.

“Mujur lelaki berkenaan tidak bertindak agresif disebabkan keadaan di kawasan itu terang apabila lampu kecemasan menyala. Saya percaya kalau blackout (gelap) lelaki itu akan menyerbu ke arah Anwar,” katanya.
Beliau yang mengecami lelaki berkenaan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

“Dari segi bukti gambar, saya boleh kenal pasti dan saya percaya polis boleh menyiasatnya,” katanya.

Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa yang bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husain.

Samseng tersebut bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, di samping mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.

Kejadian serangan itu adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.
 

Saiful Tidak Seperti Mangsa Penderaan Seksual Biasa

Posted: 03 Sep 2012 08:49 PM PDT

Malaysiakini

Pada pandangan Mark Trowell, seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual “biasa” .

Pengarang buku ‘The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11′ (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II’, yang mula dijual sejak
minggu lepas, berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah – tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain .

Trowell, yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia, berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari.

“Saya difahamkan bahawa seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful melakukan solat.

“Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik.

“Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku.

“Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu,” kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel.

Biasa dengan adat Malaysia

Peguam kanan itu, yang menyediakan laporan kepada IPU mengenai perbicaraan yang dipantaunya, berpengalaman luas sebagai peguambela dan pendakwa di Australia.

Yang menariknya, Trowell mempunyai beberapa kaitan di
Malaysia – bapanya tinggal di Ipoh semasa era pra-Merdeka dan oleh itu, peguam dari Australia Barat ini biasa dengan adat Malaysia.

Laporannya membantu IPU – organisasi Parlimen dunia – untuk mengambil pendirian berhubung perbicaraan Liwat II Anwar.

Buku Trowell setebal 306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas.

Penulis telah mengikuti perbicaraan Anwar sejak kes Liwat I lebih sedekad lalu, dan kes dakwaan salahguna kuasa yang dibawa hingga ke Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

Tiada ulasan: