Khamis, 27 September 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Ekonomi Rakyat, Negara Berkat

Posted: 27 Sep 2012 09:59 AM PDT

Selari dengan semangat Buku Jingga, Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 telah saya bentangkan semalam di Parlimen dengan tema “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat.” Belanjawan ini berteraskan kepada tiga asas utama iaitu – meningkatkan pendapatan, mengurangkan beban kos meningkat; melahirkan golongan usahawan, mengalakkan persaingan konstruktif ; dan mewujudkan masyarakat madani yang bermaruah.

Pakatan rakyat komited untuk mengembalikan asas kebijakan ekonomi – memacu pertumbuhan dan pengagihan kekayaan yg saksama. Amalan lapuk yang memperkaya segelintir keluarga penguasa dan kroni; amalan rasuah dan pembaziran yang melampau wajib dihentikan. Menjadi tugas kerajaan untuk memastikan dana khazanah negara di tadbir dengan bertanggungjawab dan memastikan pengagihan adil kepada rakyat yang berhak.

Pakatan Rakyat akan menubuhkan – Badan Perumahan Kebangsaan – dalam usaha menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat selain mengurangkan cukai eksais kenderaan sebanyak 20% menjelang 2013. Ini dijangkakan akan menambah pendapatan isi rumah di kalangan rakyat.

Penetapan gaji minima sebanyak RM 1,100 dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 300,000 kakitangan awam dan memberi kesan positif kepada sektor – sektor lain. Selain itu pembayaran wang sara hidup dari Jabatan Kebajikan juga akan ditingkatkan daripada RM300 ke RM550 yang mana akan membantu lebih 84,000 keluarga untuk keluar dari tahap kemiskinan. Usaha ini akan mampu meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kemiskinan.

Pemansuhan 1MDB dan meletakkan semula halatuju syarikat berkaitan kerajaan dan pelaburan kerajaan ke arah amalan ekonomi yang lebih berdaya saing dan mengambil kira kepentingan awam, menjadi pegangan Pakatan Rakyat yang komited membela kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia.

Penekanan khusus juga diberikan kepada negeri – negeri pengeluar petroleum dimana Pakatan Rakyat akan mencadangkan penubuhan syarikat petroleum dan gas milik kerajaan negeri. Perancangan dan pembangunan menyeluruh juga adalah agenda utama Pakatan Rakyat sejajar dengan Deklarasi Kuching demi membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak.

Pakatan Rakyat juga sedar akan sumbangan kaum wanita di negara ini, dimana kita memperkenalkan jaringan keselamatan sosial yang pertama untuk wanita – Caruman Wanita Nasional – melibatkan caruman dari kerajaan dan suami.

Pakatan Rakyat bersama dengan Belanjawan 2013 ini komited untuk terus memberikan penekanan kepada pembangunan insan, pendidikan percuma, mengurangkan harga barang, dan mengalakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama untuk seluruh rakyat tanpa mengambil kira latar agama dan bangsa.

Saya yakin, berkat sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13, usaha reformasi ekonomi untuk mengangkat kebijakan ekonomi yang merakyat dan mengembalikan Malaysia sebagai kuasa ekonomi yang mampu bersaing di peringkat global akan tercapai selepas tertubuhnya sebuah kerajaan pusat yang adil, bertanggungjawab dan cekap yang dipimpin Pakatan Rakyat kelak.

ANWAR IBRAHIM

7 Teras Utama Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

Posted: 26 Sep 2012 09:23 PM PDT

Harakah

Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 meletakkan tujuh fokus sebagai teras utama agar ia selari dengan matlamat mengawal defisit dan menurunkan hutang negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan bertema Ekonomi Rakyat Negara Berkat tersebut menegaskan antara tujuh perkara teras itu adalah mengangkat martabat wanita.

“Kita ingin meningkatkan martabat kaum wanita dan atas usaha itu kita (Pakatan Rakyat) akan melaksanakan Caruman Wanita Nasional untuk suri rumag membabitkan peruntukan RM3 bilion setiap tahun.

“Selain itu juga kita akan memastikan reformasi dan ketelusan pada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dengan antara lain kita akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional” jelas beliau di Bilik Taklimat di Parlimen.

Tambahnya lagi, melalui belanjawan kali ini juga Pakatan Rakyat turut mewujudkan bina dayasaing demi pertumbuhan dengan mengubal undang-undang anti-monopoli dan Suruhanjaya Anti Monopoli demi menggalakan pertumbuhan syarikat bersaiz sederhana dan merombak herotan ekonomi.

Hasil minyak untuk negeri turut diutamakan dengan menubuhkan syarikat-syarikat minyak PetroSabah, PetroSarawak, PetroTerengganu untuk menyertai pembangunan lapangan kecil (marginal field) yang kini diboloti oleh syarikat kroni.

“Skim khusus diwujudkan agar Petronas menaungi syarikat-syarikat ini supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun.

“Mengenai perumahan rakyat, penubuhan Perbadanan Perumahan Negara untuk menjalankan amanah menyediakan perumahan mampu milik secara besar-besaran,” kata beliau.

Tambahnya lagi, melalui perumahan rakyat ini program pemilikan bersama (50:50) di antara kerajaan dan rakyat bagi perumahan terpilih.

Selain penurunan harga kereta menjadi teras utama, reformasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diberi perhatian dengan mengalihkan sumber manusia dan kewangan kepada kegiatan membanteras jenayah.

Malah kenaikan gaji sebanyak 5 peratus kepada anggota juga turut akan diumumkan, tidak ketinggalan juga pengumuman kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.

Belanjawan yang meletakkan jumlah perbelanjaan RM233 bilion iaitu jumlah lebih kecil dari jumlah yang dijangka diumumkan oleh kerajaan iaitu melepasi RN250 bilion tetapi terus meningkat sebanyak RM13 bilion berbanding Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

Selain itu juga pertumbuhan ekonomi pengikut penganalisis dan ramalan ekonomi kekal optimistik pada kadar 5.2 peratus berbanding kerajaan yang menggunakan unjuran 5 hingga 6 peratus.

Dalam pada itu sasaran yang lebih drastik pada defisit belanjawan apabila Pakatan Rakyat mensasarkan 3.5 peratus jika dibandingkan pada belanjawan yang dibuat pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang meletakkan 4.4 peratus.

Walaubagaimana pun, kerajaan dijangkakan mengumumkan defisit sekitar 4 peratus kerana angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah disemak kembali menggunakan asas harga tahun 2005.

DON’T JUST THINK OF YOUR SONS, Think Of All The Malays In The Country:Anwar Raps Dr M

Posted: 26 Sep 2012 09:16 PM PDT

Malaysia Chronicle

Opposition Leader Anwar Ibrahim lashed out at former Mahathir Mohamad, accusing the latter of putting the business interest of his billionaire sons above the Malay community and the nation as a whole.

Mahathir had over the weekend called the Malays ungrateful and intellectually deficient for supporting the Opposition parties, warning that this would put the nation on a disastrous path.

“He is only determined to protect his family business — Mokhzani's billion ringgit contract, Mirzan's billion ringgit business," Anwar was reported as saying on Monday.

“But let me remind Dr Mahathir that when we speak of the Malays, we must speak of the millions of those who will be affected.”

Umno elitist policies and corruption its own greatest enemies

Indeed, despite Mahathir’s sabre rattling, his Umno party has seen a steady flow of voter support plus an exodus of young talent leaving for the Opposition parties of PKR, PAS and DAP.

Among reasons often cited are Umno’s corruption, mismanagement and its own elitist policies that bar savvy young professionals from climbing up the party hierarchy. For example, critics have often insisted that top posts and entree into the party’s inner sanctums of power were reserved for the children of certain top leaders including Mahathir’s and ‘outsiders’ no matter how talented were disallowed.

In a interview with the Umno-controlled Utusan newspaper over the weekend, Mahathir had warned that the greed of a few power-hungry Malays in the Pakatan Rakyat would see the country's largest ethnic group lose its political power. It was clear he was referring to Anwar, his former deputy whom he had previously sacked and jailed on trumped-up sodomy charges.

However, it is Mahathir whom Umno watchers blame for weakening Umno due to his moves to oust Anwar and his support for former Finance Minister Daim Zainuddin, who has been accused of many controversial business deals that favored cronies at the expense of the ordinary people.

Indeed, the persecution of Anwar, who was then regarded as the hero of the Malay community, not only shocked the world but split Umno and the Malay community down the line.

Anwar, who went on to head the Opposition after he was acquitted of his charges, rubbished Mahathir's suggestion that the Malays would lose dominance under a Pakatan Rakyat government. Indeed, racial and religious politicking have become hot issues as the 13th general elections, which must be held by mid next year, approaches.

"On the contrary, I believe the vast majority of the Malays will benefit more. I think he represents the old, obsolete thinking of the Malay dilemma. It may be deemed as relevant at one particular time but today, we consider it obsolete," said Anwar.

Dr M now in charge at Umno?

Anwar was referring to a controversial book The Malay Dilemma written by Mahathir, for which he was sacked from Umno by the first prime minister Tunku Abdul Rahman.

Nonetheless, the book which endorsed Malay supremacy helped Mahathir to regain popularity amongst the party’s right-wing conservative. Mahthir then swept to power in 1981 and ruled with a fist of iron until 2003.

In recent weeks, Mahathir has come under fire for a barrage of provocative remarks, many of which undermined Prime Minister Najib Razak’s 1Malaysia platform which calls for racial unity.

Mahathir’s hardline approach not only indicates that GE13 is imminent, but speculation is rife that he is now calling the shots in Umno, pushing the “weak” Najib into the background.

The 87-year-old Mahathir is also fighting to get his son Mukhriz appointed the Kedah chief minister. Mukhriz, the Jerlun MP, was given a deputy minister’s post despite failing to win any position in the party elections in 2008, prompting criticism of nepotism.

GST Adalah Helah Untuk Menyembunyikan Masalah Ekonomi

Posted: 26 Sep 2012 08:52 PM PDT

The Malaysian Insider

Keinginan Putrajaya untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada masa akan datang adalah satu cara mudah mendapatkan lebih banyak wang dan mengalihkan perhatian dari masalah ekonomi seperti ketidakcekapan dan rasuah, kata Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun Barisan Nasional (BN) hanya dijangka akan memperkenalkan GST selepas pilihan raya umum (PRU), menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Idris Jala telah dipetik oleh Wall Street Journal semalam bahawa beliau menjangkakan GST dilaksanakan untuk membantu meningkatkan hasil negeri dan membantu meletakkan satu pengakhiran kepada defisit bajet persekutuan menjelang tahun 2020.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) berkata Malaysia tidak memenuhi syarat untuk memperkenalkan GST dan ia sedang digunakan sebagai "jalan pintas" untuk mengurangkan defisit bajet dan bukannya menangani kelemahan asas dalam ekonomi negara.

"GST adalah untuk menampung mereka kelemahan ekonomi," Rafizi memberitahu The Malaysian Insider.

Beliau berkata bahawa jika parti pemerintah menghentikan rasuah dan kronisme, ia akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang seterusnya akan meningkatkan pendapatan kerajaan.

Rafizi juga menyatakan bahawa di negara-negara lain, GST digunakan sebagai cukai simpanan dimana cukai pendapatan akan dipotong jika GST dilaksanakan yang menyebabkan kesan bersih cukai baru menjadi neutral.

Beliau berkata bagaimanapun jika GST dilaksanakan di Malaysia, kesan bersih akan menjadi satu beban cukai tambahan ke atas sejumlah besar rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan di bawah pendapatan bercukai.

rkata berdasarkan ujian PKR, yang melibatkan menilai saiz ekonomi, hasil kerajaan dan tahap pendapatan rakyat, Malaysia masih belum layak untuk mengadakan GST pada masa ini.

"Terdapat pra-syarat untuk GST, anda tidak boleh melaksanakannya sesuka hati seperti yang anda mahu," katanya.

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua berkata bahawa sementara GST sepatutnya memperluaskan asas cukai kerana hanya kira-kira 10 peratus daripada rakyat Malaysia kini membayar cukai pendapatan, soalan yang perlu ditanya adalah mengapa majoriti rakyat Malaysia berpendapatan begitu sedikit jatuh di bawah pendapatan bercukai.

Beliau berkata bahawa walaupun 10 peratus daripada orang-orang yang tidak membayar cukai mengelak cukai, GST masih tidak masuk akal kerana ia akan membebankan majoriti rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

"Jika mereka tidak boleh dapat cukup, mengapa mereka perlu dibebankan dengan cukai tambahan," katanya.

"Pendapatan rakyat tidak bertambah dengan ketara. "

Pua juga berkata bahawa terdapat sedikit risiko rasa memiliki meningkatkan di kalangan orang-orang yang tidak membayar cukai pendapatan.

Beliau juga mempersoalkan apa yang kerajaan akan lakukan dengan pendapatan tambahan diperolehi daripada GST.

Kata Pua, BN harus melihat kepada bagaimana untuk memotong perbelanjaan, mendapat nilai untuk wang, tender terbuka dan pemansuhan rasuah sebagai cara untuk menjimatkan wang dan bukannya mengenakan lebih cukai.

"Adakah kerajaan sudah menggunakan semua cara?" soalnya. "Jika belum, tidak ada keperluan untuk mengenakan cukai baru."

Pua menambah bahawa mendapatkan lebih banyak dana dari cukai tidak akan menyelesaikan masalah defisit jika ketirisan tidak diselesaikan.

Ahli parlimen DAP juga memberi amaran apabila GST sudah dilaksanakan, kenaikkan cukai hampir tidak dapat dielakkan.

Beliau berkata bahawa GST adalah pendekatan "malas" untuk menyelesaikan isu hasil negara dan pendekatan PR adalah untuk mengurangkan perbelanjaan membazir dan ketirisan serta meningkatkan hasil melalui saluran bukan cukai.

Ini termasuk jualan tanah melalui bidaan terbuka dan peningkatan hasil daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Kita percaya kita boleh mengimbangi bajet persekutuan tanpa GST," katanya.

Malaysia telah mengalami bajet defisit sejak 1998 dan menyatakan niat untuk melaksanakan GST beberapa kali sejak meluluskan undang-undang pada 2009 tetapi sentiasa ditangguhkan pelsanaan cukai baru tersebut, yang mempunyai kira-kira 3,000 pengecualian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada September tahun lepas bahawa GST akan diperkenalkan "mungkin selepas pilihan raya umum akan datang."

Beliau berkata kemudian bahawa GST perlu diperjelaskan dengan betul kepada rakyat dan bahawa terdapat penerimaan yang semakin meningkat dan cukai penggunaan adalah cara untuk Malaysia ke hadapan.

Ramai ahli ekonomi telah berkata bahawa Malaysia mempunyai beberapa kewangan yang paling lemah di Asia dan salah satu cara untuk menyokong asas pendapatan adalah melalui GST.

Pentadbiran Najib mensasarkan untuk membawa defisit turun kepada 4.7 peratus tahun ini daripada 5.4 peratus tahun lepas.

Kerajaan berkata bahawa ia menjangka untuk mengumpul pendapatan lebih daripada RM200 bilion tahun ini, melebihi sasaran awal RM187 bilion terima kasih kepada kutipan cukai yang dipertingkatkan.

Walau bagaimanapun perbelanjaan operasi turut dinaikkan dan dicerminkan dalam bajet tambahan RM13.8 bilion yang dibentangkan pada bulan Jun dan bilion bonus penjawat awam bernilai RM2.2bilion pada bulan Ogos.

Tiada ulasan: