Anwar Ibrahim |
[VIDEO] Perutusan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Sempena Sambutan Hari Malaysia 2012 Posted: 15 Sep 2012 07:30 AM PDT |
PERUTUSAN KHAS OLEH YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2012 Posted: 14 Sep 2012 08:53 PM PDT PERUTUSAN KHAS OLEH YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2012 16 September 1963 merupakan tarikh keramat yang menyaksikan Sabah dan Sarawak beserta Persekutuan Tanah Melayu — yang merdeka sebelumnya pada 31 Ogos 1957 — membentuk sebuah negara bernama Malaysia. Bertitiktolak dari situ, semangat Federalisme yang dipersetujui bersama sewajarnya menjadi semakin utuh, kuat dan terus dihormati. Ini juga kesempatan untuk kita menyingkap lembaran sejarah, melakar dengan tinta emas pengorbanan para pejuang terdahulu sehingga pembentukan Malaysia. Kita bersyukur kerana berjaya mengekalkan keamanan dan bermulanya asas pembangunan negara. Namun yang dimusykilkan adalah bentuk kecuaian malah penyelewengan dari semangat kelahiran negara yang menjanjikan kesaksamaan dan keadilan. Masih ramai rakyat di Sabah dan Sarawak terpinggir daripada arus pembangunan negara. Rakyat Sabah, misalnya, dinafikan akses kepada fasiliti dan infrastruktur asas walaupun hampir setengah abad mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963. Justeru, KEADILAN dan Pakatan Rakyat tuntas untuk memastikan keadilan dilaksanakan di setiap negeri dan sejajar dengan semangat Federalisme akan menjamin agihan ekonomi yang lebih adil dan seimbang. Kini sudah tiba masanya untuk seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah untuk bangkit dan melakukan perubahan. Bersama kita jayakan hasrat murni untuk melahirkan sebuah kerajaan yang adil dan saksama demi kebaikan rakyat seluruhnya. Selamat Hari Malaysia! ANWAR IBRAHIM |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan