Jumaat, 14 September 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Cat Merah,Batu Dan Paku : Cubaan Sabotaj Jelajah #Merdekarakyat Johor

Posted: 14 Sep 2012 11:23 AM PDT

Malaysiakini

Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.

“Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.

“Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.

“Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, “katanya.

Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah
Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan.

“Kami dapati jalan penuh paku,” kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.

“Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini,” katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum.

Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya.

Foto Bas #Merdekarakyat Di Simbah Cat Merah Di Depan Masjid Jamek Tangkak Johor

Posted: 13 Sep 2012 11:28 PM PDT

Nota Admin: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi diserang sewaktu singgah Di Masjid Jamek Tangkak Johor.Amat menyedihkan apabila serangan ini dilakukan tatkala peserta Jelajah  sedang menunaikan sembahyang Jumaat bersama jemaah qariah tangkak johor. Inikah sikap ” Syaitan Yang Dikenali?” sepertimana disebut oleh Tun Dr.Mahathir?

 

Statement By Anwar Ibrahim On The Anti-Islamic Movie

Posted: 13 Sep 2012 09:11 PM PDT

We denounce in the strongest terms the latest anti-Islamic film denigrating the religion and Prophet Muhammad. The movie, which is the product of a scheme to hurt Muslim sensitivities and stir chaos, must be withdrawn and condemned by world leaders unequivocally.

A line must be drawn between sacrilege and blasphemy on the one hand and free speech or even artistic license on the other. The U.S. must hold to account the individuals responsible for producing this disgusting and despicable movie and demonstrate that free speech cannot be abused for the purposes of committing hate crimes.

We unequivocally condemn the senseless killing of the U.S. Ambassador to Libya and other innocent individuals and call on all Muslims who cherish freedom not to react in a rash and violent manner. It is clear that the conspirators behind this movie want to sow animosity and strife between religions and peoples. To resort to violence and destruction is to play into their hands.

While this shameful film is not only offensive to Muslims throughout the world but to all religions, it must not be allowed to be hijacked by extremists as an excuse to create more violence. We once again call on all community leaders throughout the world to renew efforts to boost inter religious ties, engage in greater dialogue and not to allow misunderstanding and ill will to rule over us.

Anwar Ibrahim
14th September 2012

Orang Melayu Miskin Sebab Pemimpin Melayu Yang Rasuah Ambil Wang Kita

Posted: 13 Sep 2012 09:03 PM PDT

Pakatan Rakyat Lancar ‘Buku Jingga’ Agenda Wanita Malaysia

Posted: 13 Sep 2012 08:38 PM PDT

Malaysiakini

Pakatan Rakyat malam tadi melancarkan ‘buku jingga’ Agenda Wanita Malaysia (AWM) yang menggariskan tujuh tuju-tumpu wanita sebagai usaha memperkasa dan memberdaya ekonomi, politik dan sosial golongan itu di negara ini.

Agenda digunakan sebagai dasar dan polisi utama Wanita Pakatan Rakyat bagi mengangkat martabat kumpulan itu sebagai salah satu komponen dalam masyarakat sekaligus melaksanakannya jika  berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Majlis pelancaran agenda tersebut disempurnakan oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Selangor di Shah Alam.

Turut bersama merasmikan majlis pelancaran itu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan Wanita Pakatan Rakyat.

Tujuh tuju-tumpu yang terkandung buku agenda yang bertemakan “Wanita Berdaya Negara Sejahtera” – yang turut diedarkan kepada kira-kira 1,200 hadirin – merangkumi:

  • Dasar pendidikan yang “celik dan cerdik” terhadap wanita dengan menerapkan Falsafah Hormat Wanita dan peka gender dalam agenda pendidikan negara.
  • Memberi perhatian khusus kepada kelangsungan kesihatan dan hidup berkualiti kepada wanita.
  • Merangka program, menyelaras, menggalak dan membuka peluang dengan penglibatan wanita bidang ekonomi.
  • Merangka dan mengenalpasti agenda yang mementingkan kesejateraan sosial dan keselamatan di kalangan wanita.
  • Menyusun dan menyebarluas program pendemokrasian dan pendidikan politik di kalangan wanita secara berimbang di seluruh negara.
  • Melakukan pemberdayaan dan penguatkuasaan undang-undang serta penambaikan terhadap akta dan dasar yang tertumpu antaranya kepada jenayah keganasan, gangguan seksual, keganasan rumah tangga, diskriminasi dan pemerdagangan wanita.
  • Memberdaya golongan Wanita Muda yang berumur 18 hingga 35 tahun dari aspek pengukuhan jati diri, pemantapan keluarga, pemberdayaan ekonomi mandiri dan keseimbangan kerjaya.

Sebelum merasmikan buku agenda itu, Anwar dalam ucapannya menggesa Wanita Pakatan Rakyat menyediakan rangka tindakan dengan menyediakan program yang lebih berkesan khususnya terhadap wanita di desa dan kawasan pendalaman.

Sambil menyifatkan ia satu cabaran yang besar, Anwar turut mencadangkan supaya Wanita Pakatan Rakyat mencontohi pengalaman Kelantan yang dipimpin oleh PAS mendekati kumpulan tersebut.

“Mendekati wanita di bandar tidak sama dengan wanita di kawasan desa dan pedalaman. Dan cabaran kita yang besar adalah di kawasan desa dan pedalaman.

“Saya percaya rakan-rakan pimpinan PAS, DAP dan Keadilan tidak menjadikan ia sebagai slogan atau retorik biasa yang dilakukan, kerana sudah 50 tahun lalu dengan retorik yang sama.

“Semua ingin memberdaya dan memperkasa tetapi akhirnya bukan memberdaya tapi memperdaya… Sebab itu kita mahu supaya ada program (dalam) satu kertas biru khas. Kita tidak punyai banyak masa,” katanya.

Anwar berkata beliau yakin Pakatan dapat menguasai Putrajaya sekiranya semua pihak dalam gabungan itu berjaya menembusi “sedikit ruang” dengan mendapat sokongan wanita desa dan pedalaman.

“Saya percaya ini masa dan ketikanya, rakan kita dalam DAP, PAS dan Keadilan bersama, untuk melihat, kalau kita mahu menawan Putrajaya, Insya-Allah, saya yakin kita dapat tawan Putrajaya.

“Tetapi kita perlu sedikit ‘push’ di kalangan masyarakat pedalaman dan desa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita,” katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata Wanita Pakatan Rakyat merangka strategi untuk turun ke akar umbi bagi menjelaskan kandungan AWM khususnya wanita di desa dan pedalaman.

Bagi tujuan itu, katanya, mereka merancang untuk mengadakan bengkel di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat bagi mengupas dan menghadam agenda tersebut sebelum meneruskannya di peringkat parlimen dan cawangan.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata bengkel tersebut akan diadakan pada 23 September ini di Selangor.

“Kita juga ada jawatankuasa khas untuk membincang mengenai tujuh tuju-tumpu itu dan ia akan dilakukan oleh kumpulan profesional dalam bidang masing-masing,” kata Naib Ketua Muslimat PAS Mumtaz Mat Nawi yang turut serta dalam sidang media itu.

Kemudian Zuraida mencelah: “Kemudian kita akan menetapkan tarikh untuk menjelajah ke seluruh negara untuk menarik (tumpuan) kumpulan (wanita) tersebut”.

Sebagai reaksi terhadap cadangan Anwar yang mencadangkan supaya mencontohi pengalaman Kelantan, Zuraida menyambut baik cadangan itu dan akan mengkaji, mengenalpasti strategi yang digunakan dan mengubahsuai berdasarkan keperluan dan keadaan.

Wanita Pakatan Rakyat juga mengharapkan maklumbalas berhubung agenda itu daripada 25 NGO wanita yang turut hadir di majlis perasmian itu.

Tiada ulasan: