Jumaat, 17 Ogos 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kedahkini: Full Video : Borak bersama Anwar Ibrahim #BorakAnwar

Posted: 17 Aug 2012 11:55 AM PDT

Kedahkini: Full Video : Borak bersama Anwar Ibrahim #BorakAnw...

Posted: 17 Aug 2012 11:55 AM PDT

Ini semua Najib punya pasal!!!!

Posted: 17 Aug 2012 10:44 AM PDT

Siang tadi saya dan Sdr Azmi Zainun menyambung program turun padang dengan melawat Felda Jenderak Utara berbekal dua senjata (Have Gun will Travel) ha..ha..sumbangan untuk warga dhaif dan edaran untuk rumah ke rumah.

Edaran itu adalah untuk Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan.  Edaran untuk pekan Kuala Krau, Taman Setia, Taman Tg Kubu, Taman Kuala Krau, Taman Bahagia dan Taman Sri Desa sudah diselesaikan oleh Sdr Sri dan groupnya.

Saya dan Azmi sudah sampai di waktu yang tidak lagi sesuai untuk membuat edaran di Felda Jenderak Utara kerana sudah terlalu lewat petang.  Pn Nooryati Ghani dan Sdr Aliayasak Idris menyatakan bahawa edaran itu akan mereka selesai.  Bertemu juga dengan Sdr Mohd Nor, Ketua PKR Ranting Felda Jenderak Utara untuk mengaturkan PACABA/Sukarelawan menyelesaikan edaran rumah ke rumah.  Puan Leha telah memberikan kesanggupan untuk membuat edaran tersebut dan beliau akan juga mengajak Sdr Mat Juah, ahli baru dari Felda Jenderak Selatan untuk menyelesaikan edaran itu.  Pacaba/Sukarelawan Jenderak Utara dan Jenderak Selatan akan menyelesaikan edaran rumah ke rumah sebelum Hari Raya untuk membolehkan peneroka-peneroka dan generasi kedua mendapat maklumat didalam edaran tersebut.

 Sdr Aliayasak menerimakan sumbangan untuk diagih-agihkan kepada warga dhaif di Felda Jenderak Utara oleh sukarelawan PKR di Ranting Felda Jenderak Utara.
Sdr Azmi Zainun dan Sdr Aliayasak

Saya dan Azmi (Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau) menyerahkan kepada Sdr Aliayasak semua edaran dan sumbangan untuk diagih-agihkan.  Sdr Aliayasak adalah Ketua Markas Felda Jenderak Utara.

Didalam perjalanan pulang ke Kuala Krau, Sdr Azmi menceritakan bahawa harga getah pada hari ini telah jatuh begitu teruk dengan harga RM2.70 se kilo.

"Ini adalah kejatuhan paling bawah sejak harga getah turun selepas berlakunya durian runtuh kepada peneroka-peneroka Felda," kata Azmi.

Mengikut kata Azmi, semua penoreh getah di kampong-kampong kini menyalahkan Dato Najib kerana kejatuhan harga getah.  "Durian runtuh lah, dan entah apa lagi yang Kerajaan beri kepada peneroka Felda menyebabkan harga getah dan harga sawit jatuh dengan teruknya.  Harga getah jatuh dari hampir RM7.00 sekilo kepada RM2.70, dan harga sawit jatuh dari hampir RM800.00 satu tan kepada hanya RM500.00 satu tan," herdik seorang Pembeli getahu dari orang kampong di Kuala Krau.

"Ini semua Najib dan Kerajaan Barisan Nasional punya salah," kata Pembeli Getah itu.

Beliau mengajak penoreh-penoreh getah mengguling kerajaan Barisan Nasional didalam Pilihanraya akan datang, "Tak guna punya Kerajaan," katanya.

Orang kampong betul-betul teraniaya dengan kejatuhan harga getah ini.  Kalau dulu penoreh getah boleh dapat RM300.00 setiap 4 atau 5 hari setelah berbagi dua diantara penoreh dengan tuan tanah, jika penoreh itu tuan tanah sendiri, pendapatannya adalah lebihkurang RM600.00 setiap 4 atau 5 hari.

Kini penoreh-penoreh getah yang bukan tuan tanah hanya memperolehi tidak lebih dari RM70.00 setelah dibahagi dua dengan tuan tanah, ini bererti pendapatan penoreh-penoreh getah merosot hingga dibawah paras RM500.00 sebulan.  Ini bukan hanya paras kemiskinan, ini paras kemiskinan tegar, dan mereka menyalahkan Najib menyebabkan kehidupan Orang Kampong berada didalam keadaan yang dhaif.

"Peneroka Felda boleh juga dapat durian runtuh, tetapi kami dapat apa?" beginilah keluhan Orang Kampong sekarang ini.

Azmi menyatakan bahawa waktu sekarang ini adalah waktu paling baik buat PR jika pilihanraya umum diadakan.  Orang kampong berada didalam keadaan begitu marah kepada Najib dan Kerajaan Barisan Nasional.

"Harga barang naik tak sudah-sudah, harga komoditi kami turun tak sudah-sudah," saya mengajukkan cakap Azmi, seorang bekas pegawai di kedai PNF dan beliau sendiri kini menoreh getah berbagi dua dengan tuan tanah.


Semua Agama diharamkan di Negara China?

Posted: 17 Aug 2012 12:56 AM PDT

Kami seramai 12 orang telah melawat Beijing beberapa tahun lalu.  Sebelum berangkat ada yang menasihatkan kami supaya membawa payung ke mana-mana kerana kata mereka itu di Beijing itu tiada tandas awam, maka perlulah pakai payung jika mahu melepas supaya terlindung dari pandangan orang l;ain.

Ada juga yang menasihatkan supaya membawa seberapa banyak Mee Magee kerana di Beijing nanti sukar mendapatkan makanan yang halal.

Saya tidak yakin langsung dengan pandangan-pandangan itu tetapi ahli-ahli rombongan menyatakan lebih baik kita sediakan payung sebelum hujang.  Maka penuhlah beg masing-masing dengan makanan halal dari Malaysia.

Sesampai di Lapangan Terbang Beijing, satu lapangan terbang yang cukup sibuk dengan pesawat turun naik tak henti-henti, memang mengatasi suasana kebanyakan lapangan terbang di rantau ini termasuklah Kuala Lumpur, kami telah ditunggui oleh Travel Agent kami di Beijing.

Dia seorang Cina dan namanya agak sukar disebut, maka dia memperkenalkan dirinya sebagai KAMAL hanya untuk mudah disebut dan faseh berbahasa Melayu Indonesia.

Selama satu minggu kami berada di Beijing dan kawasan-kawasan sekitarnya kamai ditemani oleh Kamal yang menjadikan lawatan kami ke Beijing itu lebih seronok.

Berbagai-bagai tempat menarik dapat kami lawati seperti Masjid-Masjid di Beijing yang dibina jauh lebih lama dari sejarah Islam di Malaysia, kawasan-kawasan Istana Emperor yang terpahat didalam sejarah China, Tembok Besar Negeri China, pertunjukan Opera yang paling popular di sana, tempat-tempat perubatan tradisional, dan kawasan lapang untuk warga emas menghabiskan masa menari dengan partner masing-masing hingga ke larut malam.

Saya dan Kak Hendon berjaya memanjat Tembok Besar sampai ke kemuncaknya dan berjaya mendapatkan sijil kejayaan itu.  Ramai yang tidak mampu menaikki Tembok Besar itu.

Pada waktu pagi, tengah hari dan malam kami menjamu selera di Restoran-Restoran Islam yang wujud begitu banyak di Kota Beijing.

Kota Beijing adalah Kota Raya modern lengkap dengan semua fasilitas dan infrustruktur yang setanding bahkan lebih baik dari kebanyak Bandar Raya di Eropah.

Pada hari terakhir kami di Beijing, bapa saudara saya yang sudah menjadi rakyat China menjemput saya dan rombongan untuk makan malam di Hotel 5 Bintang.  Tergambar di pemikiran saya bahawa sudah tentu makanan di sana itu tidak halal.  Kami pergi juga untuk menengokkan Restoran itu.

Uncle saya tu pulak berlawak dengan kami mengatakan di sana ada berbagai masakan babi dan dia kata orang Arab pun suka makan di situ.

Apabila kami sampai di Restoran di Hotel 5 Bintamg itu, ada dua pintu masuk ke Restoran, satu FOR MUSLIMS ONLY dan satu lagi FOR NON MUSLIMS ONLY.

Uncle saya kata, "Ah..pilihlah nak gi mana satu".  Kedua-dua Restoran itu tidak berdekatan, masakan di tempat Muslim itu masakan Arab dan semua waiter dan waitress beragama Islam.

Semasa kami melawat Masjid tertua di Beijing, hari Jumaat.  Semasa mengambil wudhuk kani dibantu jirusan airnya oleh pembantu-pembantu masjid, kemudian kami diberikan towel untuk mengelap air di muka, tangan dan kaki.  Masjid itu penuh dengan para Jemaah.

Selepas kejadian itu tak da lagi ahli rombongan saya yg mengatakan China Komunis mengharamkan agama, itu hanyalah diayah Inggeris dan Barisan Nasional.






Have Gun Will Travel

Posted: 16 Aug 2012 11:41 PM PDT

(106) Facebook:

 Ibaratkan HAVE GUN WILL TRAVEL, demikianlah turun padang perlu dengan bekalannya.
 Diantara bekalannya adalah Surat Khabar Suara Keadilan dalam Bahasa Cina
 Antara bekalannya adalah edaran yang telah disediakan oleh PKR
'via Blog this'Antara bekalannya: Edaran program Ceramah

Tiada ulasan: