Suara Sri Andalas |
- PKR Umum Ubah Dasar Penghantaran Barang Melalui Kapal Untuk Turunkan Harga Barang di Malaysia Timur
- Anwar Tawar Reformasi Menyeluruh Pengangkutan Awam
- PKR Mahu RCI Ditubuh Siasat Salahguna Kuasa PM
- PKR Tubuh NOW Untuk Lindungi Pemberi Maklumat
PKR Umum Ubah Dasar Penghantaran Barang Melalui Kapal Untuk Turunkan Harga Barang di Malaysia Timur Posted: 02 Aug 2012 02:30 AM PDT PETALING JAYA, 2 Ogos — Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berjanji akan menghapuskan polisi kabotaj yang memerlukan barang hanya dihantar oleh kapal tempatan untuk menjadikan harga kereta dan barangan lain lebih murah di Sabah dan Sarawak. Dasar kabotaj negara dianggap sebagai kontroversi dan sering dianggap sebagai punca kenaikan harga barang di Malaysia Timur. Langkah baru PKR dilihat sebagai dasar Pakatan Rakyat untuk memenangi dua negeri yang telah dianggap sebagai 'kubu kuat' untuk Barisan Nasional (BN). Ketua umum parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam kenyataan medianya hari ini, dasar yang diperkenalkan pada tahun 1980an itu "tidak ekonomik" dan perlu diubah sepenuhnya. "Jika kita perlu ambil barang dari Hong Kong, kenapa perlu ke Pelabuhan Kelang dahulu? Ini tidak masuk akal. "Ini langsung tidak ekonomik kecuali kepada para kroni yang berniat hanya mahu memperkayakan golongan tertentu dengan menaikkan harga barang di Sabah dan Sarawak," katanya lagi. Dia juga berkata Pakatan Rakyat mencadangkan harga kereta diturunkan dengan menghapuskan duti eksais dan melihat semula dasar Permit Yang Dibenarkan (AP) untuk memastikan Sabah dan Sarawak dapat menikmati harga yang lebih murah. Ahli politik dan ketua masyarakat di Sabah dan Sarawak sudah lama menentang dasar kabotaj, dengan mengatakan ini tidak perlu dilakukan untuk mengelakkan jurang ekonomi antara Malaysia Timur dan Semenanjung. Dalam tahun 1980an semua barangan yang dihantar perlu dihantar dengan kapal Malaysia yang menyebabkan kenaikan harga barang dan meningkatkan kos di Malaysia Timur. "Kadang-kala orang di sini (di Semenanjung) tidak menyedari perasaan orang Sabah dan Sarawak tentang apa yang mereka kecewakan. "Mungkin dasar kabotaj adalah relevan pada waktu itu, kerana masa itu tidak ada kemudahan pada waktu itu, tapi ia tidak boleh diteruskan lagi. Ia adalah dasar yang menyebabkan penambahan kos yang menjadikan harga barang semakin mahal," kata Anwar. Bercakap kepada The Malaysian Insider kemudiannya, timbalan setiausaha agung PKR, Darell Leiking telah menerangkan bagaimana harga petrol boleh disamakan di antara Malaysia timur dan Semenanjung, dan harga-harga lain turut boleh disamakan. "Petrol telah ditapis di Semenanjung tetapi harganya sama dengan Malaysia timur. Sementara harga seperti kereta Proton, yang dibina di Semenanjung, tetapi berbeza di Sabah dan Sarawak," katanya lagi. "PKR dan PR mahu menghapuskan dasar kabotaj ini dan ini jelas ini perbuatan sabotaj terhadap orang Sabah," kata Leiking, yang juga merupakan ketua cabang PKR Penampang di Sabah. Sumber: TheMalaysianInsider |
Anwar Tawar Reformasi Menyeluruh Pengangkutan Awam Posted: 02 Aug 2012 02:00 AM PDT PETALING JAYA 2 OGOS : Pakatan Rakyat (PR) akan mengutamakan pelaksanaan sistem pengangkutan awam yang cekap dengan kadar munasabah sebagai rancangan kerangka dasar automotif negara jika berjaya menawan Putrajaya. Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerangka baru dasar automotif negara ini adalah permulaan kepada reformasi menyeluruh sistem pengangkutan negara yang bermula dengan keutamaan mengurangkan beban hutang rayat. "Rakyat Malaysia telah menanggung hutang dan terbeban dengan kos pengangkutan yang berganda setelah sekian lama. Masanya sudah tiba untuk menghentikan ketidak adilan ini dengan merombak dasar automotif negara demi kebajikan rakyat,"katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Jelas Anwar, perlaksanaan ini dibuat di kota-kota utama Malaysia seperti Kuala Lumpur yang masih belum memiliki sistem pengangkutan yang baik. Perkara asas yang perlu diambil kira adalah dasar automotif baru perlu melindungi kebajikan pekerja sektor automotif. Selain itu, dengan menambah baik sistem pengangkutan awam dengan kos yang munasabah, maka sasaran penggunaan kenderaan persendirian akan berkurangan dan jumlah gunapakai beban api dijangka akan menurun. Melalui kerangka dasar baru ini, PR mensasarkan sistem pengangkutan awam yang cekap di rantau Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun dengan penumpuan terhadap sistem pengangkutan awam yang tidak menelan belanja besar tetapi dibuktikan berkesan terutamanya rangkaian bas dalam bandar yang kini diabaikan oleh pentadbiran sedia ada. "Rangkaian keretapi di antara bandar yang lebih cekap dan murah agar penggunaannya boleh ditingkatkan berbanding dengan keadaan sekarang. Penstrukturan semula Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan pemodenannya akan menjadi salah satu fokus utama pentadbiran baru di Putrajaya," ujar Anwar lagi. Anwar menambah, insentif akan terus diberikan kepada syarikat-syarikat yang membangunkan dan mengilang kenderaan mesra alam di negara ini dengan sasaran untuk menjadikan Malaysia mempunyai nisbah kenderaan mesra alam per kapita tertinggi di rantau Asia Tenggara. Sumber: Selangorku |
PKR Mahu RCI Ditubuh Siasat Salahguna Kuasa PM Posted: 02 Aug 2012 01:45 AM PDT PETALING JAYA, 2 OGOS – Pengarah Srategi PKR, Rafizi Ramli mendesak penubuhan satu Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat campur tangan Datuk Seri Najib di dalam penganugerahan kontrak kepada George Kent. Gesaan ini dilontarkan ekoran beberapa persoalan besar yang didedahkan sebelum ini terutama penglibatan Najib Razak dalam proses perolehan projek-projek negara hanya boleh dirungkai oleh suruhanjaya tersebut yang mempunyai kuasa penuh menyiasat seorang Perdana Menteri. Jelas beliau, keadaan ini menunjukkan betapa kroniknya amalan rasuah di peringkat tertinggi negara. "Kemungkinan wujudnya campur tangan Datuk Seri Najib di dalam institusi-institusi negara seperti Kamar Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia apabila individu yang terlibat mendedahkan skandal beliau terus dihadapkan ke mahkamah kurang 24 jam dari pengumumaman anugerah kontrak kepada George Kent. "Selain itu, persoalan mengenai hubungan Najib Razak dengan Thales yang didakwa terlibat dalam penjualan dokumen sulit pertahanan negara membayangkan penglibtan pemimpin tertinggi negara dalam kegiatan yang mengkhianati negara," katanya dalam sidang media di Pejabat PKR. Tegas beliau, sekiranya Najib tidak bersalah, beliau tidak perlu gentar menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dakwaan ini. Awal minggu ini, Syarikat Prasarana Negara Bhd mengumumkan kontrak projek sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific Venture (JV). Rafizi sebelum itu mendedahkan beberapa dokumen yang berkaitan penganugerahan kontrak bernilai RM1.1 billion bagi projek tambahan laluan LRT Ampang termasuk surat yang menunjukkan penglibatan Datuk Seri Najib Razak. Ujar Rafizi lagi, fakta yang tidak dinafikan seperti yang dideahkan sebelum ini jelas menunjukkan ada unsur salah guna kuasa dan penyelewengan apabila syarikat milik rakan karib Najib Razak dianugerahkan kontrak besar walaupun tidak mempunyai kepakaran. Sumber: Selangorku |
PKR Tubuh NOW Untuk Lindungi Pemberi Maklumat Posted: 02 Aug 2012 01:30 AM PDT PETALING JAYA, 2 OGOS: Menyedari ancaman hebat dikenakan keatas pemberi maklumat yang tampil kehadapan membongkar salah guna kuasa kerajaan, PKR hari ini menubuhkan satu badan khas bagi melindungi mereka. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata badan khas yang dinamakan Pusat Perlindungan Pemberi Maklumat Nasional (NOW) itu ditubuhkan ekoran Akta Perlindungan Pemberi Maklumat sedia ada tidak berfungsi sepenuhnya melindungi pemberi maklumat sebaliknya diragui rakyat. "Mereka sepatutnya dilindungi oleh kerajaan bukannya diburu, diugut dan didakwa oleh kerajaan. "Saya percaya selepas ini, pentadiran Datuk Seri Najib Razak akan terus memburu pemberi maklumat dalam memastikan mulut mereka terus tertutup,"ujarnya. Mengulas lanjut berhubung fungsi utama NOW, Rafizi menjelaskan selain berperanan sebagai badan pemantau ia juga berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam. "Selain itu, NOW ini juga melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri. "NOW juga akan mengerakkan program kesedaran untuk mengalakan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan dan melatih lebih ramai aktivis berkemahiran dalam menganalisis skandal dan melakukan pendedahan,"jelas Rafizi dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR disini hari ini. NOW bakal beroperasi dari pusatnya di Sungai Besi yang lengkap dengan kemudahan dewan latihan untuk menjalankan program latihan dan wacana yang berterusan. NOW secara rasminya akan dilancarkan pada 30 Ogos depan sehari sebelum Sambutan Hari Kemerdekaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia. Dalam menjayakan hasrat NOW melindungi pemberi maklumat, sumbangan orang ramai diperlukan untuk menampung Dana Perlindungan Pemberi Maklumat. Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun: Oversight & Whistleblower Sdn Bhd MAYBANK 562441603039 Sumber: Selangorku |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan