Anwar Ibrahim |
- Bantah Seksyen 114A! Hari Internet Blackout!
- Majlis Iftar Dan Peluncuran Buku Sheikh Yusof Al Qaradhawi,Shah Alam,14 0gos 2012
- Bos Utusan Mengakui Laporan Hanya Memihak Kepada Aspirasi Parti
- KEADILAN Sokong Protes #STOP114A
Bantah Seksyen 114A! Hari Internet Blackout! Posted: 13 Aug 2012 08:23 AM PDT |
Majlis Iftar Dan Peluncuran Buku Sheikh Yusof Al Qaradhawi,Shah Alam,14 0gos 2012 Posted: 13 Aug 2012 08:02 AM PDT |
Bos Utusan Mengakui Laporan Hanya Memihak Kepada Aspirasi Parti Posted: 13 Aug 2012 07:44 AM PDT Ketua pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak mengakui bahawa akhbar milik Umno itu tidak menyiarkan laporan seimbang tetapi memihak kepada aspirasi parti pemerintah. Bagaimanapun, dalam melaporkan mengenai pembangkang, beliau tidak menyifatkannya sebagai laporan seimbang, tetapi memihak kepada aspirasi parti. Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya peguam, N Surendran dalam perbicaraan kes saman ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Surendran: Dalam memberi liputan isu politik, adakah anda setuju Utusan Malaysia tidak memberi liputan seimbang? Abdul Aziz: Saya setuju, (laporan) memihak pada aspirasi pada parti pemerintah. Terdahulu, Abdul Aziz mengakui bahawa Utusan sebahagian besarnya dimiliki Umno tetapi mendakwa parti itu tidak masuk campur dalam proses editorial. Surendran bertanya sekiranya terdapat seorang wakil Umno dalam lembaga pengarah Utusanyang juga merupakan wakil perdana menteri. Abdul Aziz mengakui dan berkata, individu dari Umno itu merupakan Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin. |
KEADILAN Sokong Protes #STOP114A Posted: 13 Aug 2012 03:15 AM PDT Seperti yang semua sedia maklum, pindaan kepada sekysen 114A Akta Keterangan 1950 telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat, termasuk dari Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sendiri. Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan. Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain. Pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut – sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda dipertanggungjawabkan. Dan jika ada sesiapa yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel mengguna nama anda, pindaan ini akan menganggap anda pemilik sebenar akaun tersebut. Oleh itu, KEADILAN menggesa kerajaan untuk menarikbalik pindaan 114A Akta Keterangan 1950 dalam sesi Parlimen yang akan datang. KEADILAN turut menggesa setiap anggotanya untuk turut serta dalam protes ini dengan menukar “avatar” atau gambar Facebook, Twitter, dan lain-lain ke logo #STOP114A, dan bagi yang mempunyai laman web untuk memasukkan kod “pop-up” #STOP114A yang disediakan (maklumat lanjut di http://stop114a.wordpress.com/get-involved/). Semoga keadilan bagi semua pengguna Internet terjamin demi seluruh rakyat Malaysia. YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak merangkap |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan