The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- RAKYAT MARHAEN: Bermutu Tinggi : Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM...
- RAKYAT MARHAEN: Bermutu Tinggi : Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM...
- Jemaah pimpinan Orang Asal Negeri Pahang
- RAKYAT MARHAEN: Pergolakan Sabah mangkin kejatuhan BN
- JPJ sasar murid-murid sekolah untuk keluarkan saman
RAKYAT MARHAEN: Bermutu Tinggi : Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM... Posted: 27 Jul 2012 05:31 PM PDT RAKYAT MARHAEN: Bermutu Tinggi : Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM...: Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan... |
RAKYAT MARHAEN: Bermutu Tinggi : Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM... Posted: 27 Jul 2012 04:40 PM PDT RAKYAT MARHAEN: Bermutu Tinggi : Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM...: Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan... |
Jemaah pimpinan Orang Asal Negeri Pahang Posted: 27 Jul 2012 04:35 PM PDT (102) Suhaimi Bin Said: Wanita Orang Asal menunggu ketibaan YB Abdullah Sani yang merasmikan Himpunan Orang Asal Se Pahang pada 8hb Julai 2012 di Kg Penderas, Kuala Krau, Pahang Sdr Jahidin, Timbalan Ketua PKR Ranting Kg Mendoi berucap di Majlis Santai meraikan PACABA & Sukarelawan PKR Ranting Felda Jenderak Selatan Orang Asal memerlukan perumahan setaraf dengan kaum-kaum lain di negara ini. Bekas Ketua UMNO Cawangan Kg Paya Rekoh kini memimpin Ranting Parti Keadilan Rakyat Kg Paya Rekoh Sdr Sambut, Ketua UMNO Cawangan Kg Paya Mendoi sentiasa memberikan galakan bagi meningkatkan perjuangan Orang Asal Sdr Bakar Panjang, bekas AJK UMNO Cawangan Kg Seboi, kini memimpin PKR Ranting Kg Seboi Sdr Romani Mohamad, pemimpin Orang Asal kaum Semelai berucap di Majlis Himpunan Orang Asal Se Pahang anjuran KEADILAN Pahang pada 8.7.12 Sdr Ismail Leh, pemimpin masyarakat Orang Asal dari kaum Jakun Pekan bersama isterinya Pn Fatimah bergerak memberikan kesedaran kepada Orang Asal Negeri Pahang Sdr Shafei Deris, pemimpin NGO yang mengembara ke seluruh pelusuk tanah air memberikan kesedaran kepada masyarakat Orang Asal. Beliau juga terlibat membuat filem-filem yang kini turut ditayangkan di Eropah. Pimpinan anak muda Orang Asal Kg Pasu menawarkan diri menjadi PACABA dan Sukarelawan bagi membantu PKR didalam PRU akan datang. Sdr Leman Bilal dan anak buahnya dari Kg Paya Pelong akan memimpin masyarakat Orang Asal Kg Paya Pelong didalam PRU akan datang. -- Setelah berkecimpung dengan perjuangan masyarakat Orang Asal Negeri Pahang saya mengesani bahawa mereka adalah masyarakat yang mahukan perubahan. Selama ini mereka dipinggirkan dari arus pembangunan dan ketinggalan didalam semua arus kehidupan. Mereka hidup didalam kemiskinan dan tidak mendapat pembelaan didalam kehidupan mereka baik dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan, perumahan dan kemudahan awam. Orang Asal adalah golongan yang cinta damai, tidak suka mendesak dan terlalu mudah dipermainkan oleh pemerintah. Dengan janji yang tak sebanyak mana mereka sudah terpaut dengan harapan yang tinggi. Mereka adalah golongan yang paling setia dengan UMNO sehingga mereka tidak percaya bahawa UMNO itu adalah parti Melayu dan bukan parti politik untuk Orang Asal. Bukan senang untuk menanggalkan sikap setia mereka kepada UMNO, bagi mereka baik atau buruk, UMNOlah tempat mereka bergantung. UMNO juga tahu akan sikap Orang Asal ini, dan mereka akan hadir ke dalam masyarakat Orang Asal sekali sekala didalam tempoh Pilihanraya. Cukup bagi mereka membawakan sedikit makanan seperti beras, tepung, sardin, minyak masak untuk diagih-agihkan kepada orang Asal dan yang lebih dahsyat lagi UMNO akan mengadakan Majlis Karaoke dan Joget dan mengedarkan arak kepada mereka. Saya mendapati bahawa aspirasi Orang Asal adalah sama seperti aspirasi kaum-kaum lain di Negara ini. Mereka mahukan kehidupan yang selesa, ada perumahan yang selesa, pendapatan yang selesa, pendidikan seperlunya dari sekolah rendah hingga ke sekolah tinggi dan universiti, kesihatan yang terjamin dan bebas dari penyakit sosial seperti pengambilan arak dan dadah yang kini sudah melanda dikalangan anak-anak muda mereka. Melalui Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat kami cuba membawakan kesedaran dan keinsafan perjuangan di kalangan mereka. Kami tubuhkan Ranting-Ranting Parti Keadilan Rakyat, dan bersama-sama mereka, kami adakan ceramah-ceramah kesedaran dan pendidikan dan kursus-kursus agar masayarakat Orang Asal memahami hala tuju sebenar perjuangan mereka supaya tidak dihayalkan dengan habuan-habuan yang berbentuk sementara tetapi yang berpijak di bumi nyata. Badan-badan NGO Orang Asal seperti JOAS dan Jaringan Kampong Orang Asal Negeri Pahang memainkan peranan yang tidak sedikit untuk mendidik Orang Asal. Melalui kefahaman ini, Orang Asal mulai bergerak menuntut perkara-perkara hak asasi mereka. Kepada mereka perkara yang paling penting adalah tanah sehingga menjadi slogan kepada masyarakat mereka bahawa tanah adalah maruah mereka. "Tek hek maruah hek" atau "Tanah kitak nyawa kitak" merupakan slogan yang semakin diterima oleh Orang Asal. Parti Keadilan Rakyat telah mengadakan sidang diskusi tentang tuntutan Orang Asal dan Orang Asal di Negeri Pahang memperjuangkan hak mereka keatas tanah dengan menuntut supaya tanah komuniti mereka diwartakan. Dengan penwartaan tanah komuniti mereka ini kawasan-kawasan hutan dan tanah-tanah adat mereka dapat dipertahankan daripada diceroboh oleh mana-mana pihak. Pihak Kerajaan UMNO tidak mengiktiraf tanah Orang Asal. Kalau semasa pemerintahan Penjajah Inggeris dahulu wujud Rezab Orang Asal tetapi kesemua Rezab Orang Asal ini sudah dibatalkan oleh Kerajaan UMNO/BN menjadikan kawasan-kawasan hutan yang dahulunya menjadi tanah Orang Asal dan didiami oleh nenek moyang mereka kini sudah menjadi Rezab Perhilitan dan menjadi satu kesalahan pula jika Orang Asal memasuki kawasan hutan berkenaan menjadikan sumber rezeki masyarakat Orang Asal terhakis. Parti Keadilan Rakyat Pahang telah mengadakan Himpunan Orang Asal Se Pahang pada tahun 2012 dan 2013 dengan kertas kerja yang dibentangkan oleh Bob Manolan, pemimpin Orang Asal yang kini menjadi Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat. Bob memberikan tumpuan di bidang ekonomi, pendidikan dan kesihatan dan Parti Keadilan Rakyat juga telah mengeluarkan Manifesto Perjuangan untuk Orang Asal mengandungi 3 aspek perjuangan asas Orang Asal berhubung dengan masalah Tanah, Ekonomi dan Pendidikan. Manakala badan NGO yang dipimpin oleh Sdr Yusri Ahon dan Shafei Deris tidak henti-henti memberikan penerangan ke seluruh Pahang mengenai perjuangan Orang Asal khususnya yang membabitkan hak asasi mereka. Dengan gerakan yang tidak henti-henti yang dijalankan oleh pimpinan Orang Asal sendiri, kesedaran dikalangan Orang Asal sudah bertambah tinggi. Mereka tidak lagi menunggu habuan untuk melalaikan mereka dari buah tangan pimpinan UMNO, tetapi mereka perjuangkan hak mereka keatas tanah, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan perumahan dan mereka bertekad untuk membawakan kehidupan Orang Asal setaraf dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Memandangkan tuntutan yang hebat dikalangan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan mengadakan Seminar Kepimpinan Orang Asal Negeri Pahang yang akan diadakan di sebuah Hotel di Kuantan selepas bulan Ramadhan ini. Seminar ini terbuka kepada semua pimpinan masyarakat Orang Asal Negeri Pahang tanpa mengira pegangan politik mereka. Melalui Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang nama-nama pemimpin Orang Asal dari seluruh perkampongan Negeri Pahang telah disenaraikan dan seramai lebih kurang 200 orang pemimpin-pemimpin Orang Asal Negeri Pahang akan menghadiri Seminar Kepimpinan Orang Asal Negeri Pahang. Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang sudah pun memberikan lampu hijau supaya Seminar ini dapat diadakan secepat mungkin sebaik sahaja berakhirnya bulan Ramadhan. Jemaah pimpinan Orang Asal Negeri Pahang akan memikul tanggungjawab yang berat selepas ini untuk menyatukan perjuangan Orang Asal Pahang kedalam saf perjuangan keinsafan dan kesedaran agar perjuangan Orang Asal dapat digembelingkan bagi menyahut cabaran reformasi dan perubahan yang sebenar. |
RAKYAT MARHAEN: Pergolakan Sabah mangkin kejatuhan BN Posted: 27 Jul 2012 12:47 AM PDT RAKYAT MARHAEN: Pergolakan Sabah mangkin kejatuhan BN: Shahbudin Husin Beberapa hari yang lalu berlaku pergolakan politik di Sabah yang tentunya menarik untuk diperhatikan. Ia menjadi menarik ... |
JPJ sasar murid-murid sekolah untuk keluarkan saman Posted: 27 Jul 2012 12:38 AM PDT JPJ hari ini menjalankan tugas mengikut undang-undang dan menahan semua murid-murid sekolah yang menggunakan motosikal untuk kembali dari Sekolah Menengah di Felda Jengka 12 ke Felda Jengka 9. Diantara kesalahan-kesalahan yang dikeluarkan notis saman adalah seperti berikut: 1. Tidak memakai topi keledar 2. Tidak memiliki lesen menunggang Sekatan jalanraya telah dibuat oleh JPJ mensasarkan murid-murid sekolah, dan sasaran yang dibuat oleh JPJ menepati kehendak Negara supaya memperbanyakkan pengeluaran notis saman bagi membolehkan Negara memperolehi pendapatan yang lebih tinggi. Ibu bapa di Felda Jengka 9 mengakui bahawa tindakan JPJ itu menepati dengan kehendak undang-undang. Tetapi mereka mempertikaikan kenapa JPJ memilih hari persekolahan di waktu murid-murid sekolah keluar dari sekolah untuk pulang. Mereka menyatakan bahawa tindakan JPJ itu menepati kehendak undang-undang, tetapi tidakkah JPJ mempunyai tanggungjawab sosial? Jalanraya yang terlibat diantara Felda Jengka 9 ke Felda Jengka 12 bolehlah dianggap sebagai jalan kampong. Dan dari Jengka 9 hingga ke Felda Jengka 12 tidak mempunyai sebarang perkhidmatan bas, samada bas yang disediakan oleh Felda mahupun yang disediakan oleh syarikat swasta. Murid-murid hanya boleh menghadiri sekolah dengan menaiki motosikal sahaja. Ibu bapa menganggap tindakan JPJ itu sebagai perangkap yang senang mengena. Dan pihak ibu bapa bersetuju bahawa mereka tidak akan membayarkan kompoun untuk kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Mereka akan membawa anak-anak mereka ke Mahkamah, dan di Mahkamah nanti anak-anak mereka tidak akan mengaku bersalah. Ibu bapa akan memohon kepada pihak sekolah untuk mengambil cuti sehari semasa kes anak-anak mereka disebut di Mahkamah nanti. Dan sudah tentu melibat jumlah yang sangat besar dari murid-murid sekolah tersebut. Jika semasa perbicaraan nanti ditakdirkan bahawa murid-murid ini didapati bersalah, mereka tidak akan membayar sebarang denda. Pada waktu itu apakah hukuman yang akan dikenakan oleh Mahkamah? 1. Memberi amaran? 2. Menjatuhkan hukuman untuk menghantar murid-murid ini ke Sekolah Latihan Kanak-Kanak (Sekolah Budak Jahat)? Adakah murid-murid ini dikategorikan sebagai kanak-kanak jahat kerana mereka melanggar peraturan memakai keledar atau tidak memiliki lesen menunggang motosikal? Bolehkah kanak-kanak berumur 12 tahun - 14 tahun memiliki lesen mengikut undang-undang? Alternatif kepada semua masalah ini ialah supaya murid-murid ini berhenti dari sekolah, dan sekalung bunga kepada JPJ dan Kerajaan UMNO/BN yang menghancurkan harapan anak Melayu untuk mendapatkan pendidikan. Kes ini meminta pihak Sekolah dan Kementerian Pelajaran supaya mengadakan bas untuk membawa murid-murid kesekolah pergi dan balik, kegagalan pihak sekolah dan Kementerian mengadakan bas untuk murid-murid akan menyebabkan kanak-kanak Melayu didalam rancangan Felda tidak lagi dapat bersekolah. Ada diantara ibu-bapa juga meminta JPJ supaya menunggu di depan pintu masjid-masjid pada Hari Jumaat, kerana hampir keseluruhan peneroka-peneroka yang menunaikan Solat Jumaat biasanya tidak memakai topi keledar dan tidak pula membawa lesen memandu apabila menunggang motosikal mereka ke Masjid. Dengan cara itu lebih banyak saman boleh dikeluarkan dan lebih banyak wang boleh dikumpulkan oleh Negara bagi menampung masalah kewangan Negara yang sudah tenat ini. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan