Sabtu, 14 Julai 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Aina dengan motorcarnya dan Annuar dengan motosikalnya

Posted: 14 Jul 2012 10:37 PM PDT







Ah..ah, dah ada sorang satu, Annuar dengan motosikalnya Aina dengan keretanya, dua-dua tu pakai bateri, kena charge 3 jam untuk bermain antara 3 jam hingga 4 jam.  Mula-mula tu boleh bertukar-tukar, lepas tu, dah berebut jugak rupanya.  Itulah keseronokannya bermain dengan cucu.

Posted: 14 Jul 2012 10:21 PM PDT

HIMPUNAN OREN BANTAH PENYENARAIAN FGVHB

Ribuan Peneroka dan Generasi Baru Felda berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan sebaik sahaja selesai Solat Jumaat disempurnakan pada 14hb Julai 2012.

Perarakan dari Masjid W.P. menuju ke Istana Negara di mulakan lebih kurang jam 3.00 petang.  Seramai lebih 10,000 peneroka/generasi baru Felda turun di jalan raya untuk bersama-sama pimpinan mereka menuju ke Istana Negara untuk menyampaikan Memorandum Bantahan terhadap penyenaraian FGVHB yang secara objektifnya merugikan peneroka-peneroka dan generasi baru Felda.

 Sdr Shamsul Iskandar hadir dan berucap di Himpunan itu

Che'GuBard SAMM juga hadir dan berucap

Seramai 8 orang delegasi telah disenaraikan untuk menyerahkan Memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong diketuai oleh Sdr Mohd Sabu.  Siti Khalijah Mohamad, Pengerusi Wanita Biro Masyarakat Peneroka Felda PKR Pusat turut dimasukkan kedalam senarai delegasi itu.

 Saya juga turut memberi ucapan di Himpunan itu
Semasa pemergian delegasi ini ke Istana Negara, pimpinan Peneroka Felda diberikan peluang seorang demi seorang untuk berucap sehinggalah 8 orang delegasi itu kembali semula dan membuat laporan kepada Himpunan.

Mohd Sabu melaporkan bahawa delegasi telah diterima sangat baik oleh Pegawai Istana yang menerima Memorandum itu dan menyampaikan salam Yang Di Pertuan Agong kepada para peserta Himpunan.

 YB Dr Hatta Ramli
 Berjumpa sesama Kuala Krau

YB Salahudin Ayob


Himpunan berakhir dengan ucapan dan taklimat dari Mazlan Aliman selaku Presiden ANAK yang menjadi penganjur utama kepada Himpunan hari ini.

Diperturunkan semua foto yang saya ambil untuk tatapan pembaca













Kedahkini: Mimpi ngeri Najib kian Parah!! PENDEDAHAN Datuk Fa...

Posted: 14 Jul 2012 09:02 PM PDT

Kedahkini: Mimpi ngeri Najib kian Parah!! PENDEDAHAN Datuk Fa...: Bekas Pengarah Penyiasat Jenayah bukit aman, Datuk Fauzi Shaari meragui kenapa Razak Baginda boleh terlepas. Walaupun Dato Fauzi Shaari t...

Kedahkini: Panas!!! Pertemuan sulit dengan Hafiz Nordin kejut...

Posted: 14 Jul 2012 08:58 PM PDT

Kedahkini: Panas!!! Pertemuan sulit dengan Hafiz Nordin kejut...: Hafiz Nordin sepentas dengan Hasan Ali JATI SiRi-SiRi pertemuan sulit beberapa pemimpin pemuda PAS Pulau Pinang dengan Mohd. Hafiz Mohd. N...

Kedahkini: Kantoi!!! Mat Rempit Yang Buat Kacau Ceramah Merde...

Posted: 14 Jul 2012 08:55 PM PDT

Kedahkini: Kantoi!!! Mat Rempit Yang Buat Kacau Ceramah Merde...: Ceramah Merdeka Rakyat bersama DS Anwar Ibrahim di Kuah Langkawi malam tadi berjaya menarik lebih 3,000 hadiran. Penganjur ceramah PKR ...

Kedahkini: AWAS!!! blog menyamar penyokong PAS dan Pakatan R...

Posted: 14 Jul 2012 08:54 PM PDT

Kedahkini: AWAS!!! blog menyamar penyokong PAS dan Pakatan R...: Awas blog menyamar penyokong PAS dan Pakatan Rakyat -BLOG PROPAGANDA AMNO/APCO MOHON SEBARAN Penjelasan, pengumuman, Pemberitahuan kali ...

Kedahkini: Kantoi !!! Skandal LRT Ampang : Pengalihan ISU Na...

Posted: 14 Jul 2012 08:53 PM PDT

Kedahkini: Kantoi !!! Skandal LRT Ampang : Pengalihan ISU Na...: PKR Nasihat Pengarah Prasarana Jangan Jadi Jurucakap PM PETALING JAYA : Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar disaran...

Perlembagaan Parti dan Aturan dan Peraturan

Posted: 14 Jul 2012 07:08 PM PDT

Ramai yang menyertai sesebuah parti politik dengan tidak pernah membaca Perlembagaan parti itu.  Dan mereka akan terikut-ikut dengan ucapan-ucapan ceramah dari pemimpin-pemimpin sehinggakan mereka tidak tahu kalau-kalau pemimpin itu berucap melanggar dasar parti.

Ahli-ahli yang tidak faham dasar parti boleh terbawa-bawa dengan emosi.  PKR, umpamanya mempunyai 17 perkara yang termakktub didalam Perlembagaannya sebagai dasar, dan dasar itu dipersetujukan oleh Pimpinan Parti Keadilan Nasional dengan Pimpinan Parti Rakyat Malaysia sebagai syarat pergabungan kedua-dua parti itu
dan dengan pergabungan itu nama parti berubah kepada Parti Keadilan Rakyat dengan perubahan kepada bendera dan lambang.

PKR adalah parti multi-rasial.  Maka jika seseorang itu bercakap berapi-api memperjuangkan secara emosi sesuatu kaum, itu sudah melanggar dasar parti, dan didalam penglibatan saya dengan parti ini, saya telah bertemu dengan seorang yang dilantik menjadi pemimpin yang bercakap seperti ini: "Kita gabungkan UMNO, PAS dan Melayu PKR supaya kekuatan Melayu dapat ditegakkan di Negara ini. Kita tolak Cina dan India."

Saya dan seorang lagi anggota PKR bangun dan tegah orang itu dari berucap kerana bukan saja dia sudah melanggar dasar parti bahkan kehadirannya akan memecahbelahkan keanggotaan parti.  Tetapi pengerusi Majlis mempertahankan sikap penceramah itu.  Ini bererti penceramah itu bukan saja sengaja melanggar dasar parti, tetapi sudah berjaya memikat sebahagian daripada anggota parti yang hadir.

Kejadian ini telah kami lapurkan kepada PKR Pusat, kawan saya telah keluar PKR kerana sikap sebahagian anggota di Cabang itu yang nampak sudah dirasuk oleh golongan perkauman melampau.

Parti juga mengambil perjuangan secara berperlembagaan dan menolak lain-lain jenis perjuangan dan perlembagaan PKR menegakkan perjuangan demokrasi sebagai usaha dan cara mendapatkan kuasa.

Tetapi apabila ada golongan yang mendampingi kita dengan membawakan cara lain untuk merampas kuasa, maka golongan itu boleh dilihat dari dua sudut.

Satu, golongan itu adalah mereka yang betul-betul tidak faham dengan dasar parti, dan dua, golongan itu adalah agen probokatur.

Mana kita nak faham samada golongan itu tidak faham dasar parti atau mereka itu agen probokatur kalau kita tidak memahami dasar parti kita.

Golongan agen probokatur itu mahu menyimpangkan kefahaman perjuangan, dan mereka akan usik sedikit-sedikit tentang kewibawaan pimpinan kita mengatakan bahawa si A itu bagus tetapi...yang tetapi itu mereka akan bawakan untuk menghilangkan kepercayaan kita kepada pimpinan kita.

Kalau mereka itu golongan yang betul kenapa tidak mereka mendaftarkan sebuah parti mereka sendiri dan perjuangkan dasar yang mereka sukai, tetapi tidak, mereka tetap mahu kekal didalam parti kita, mereka tidak mengkritik tetapi mereka menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin tertentu ini tidak betul dan wajar digantikan, sedangkan pemimpin-pemimpin berkenaan itu adalah terdiri daripada mereka yang sehingga kini menyuburkan parti.

Mereka yang menyuburkan parti ini menjadi target/sasaran kerana kehadiran mereka didalam parti menggerunkan pihak parti lawan.  Maka golongan agen probokatur ini cuba menyemaikan perasaan benci kepada pemimpin-pemimpin itu supaya sokongan kepada pemimpin-pemimpin itu terhakis dan justeru merosakkan perjalanan parti.

Mereka yang tidak faham dasar parti adalah mudah diperbaiki, tetapi agen probokatur ini sangatlah bahaya kerana mereka menyelewengkan dasar parti, dan kalau mereka berjaya menawan sebahagian daripada pimpinan menengahan parti, kedudukan parti akan terancam.

Kepada anggota-anggota parti yang bersetia dengan parti, sertailah parti ini dengan memahami dasar parti, Perlembagaannya dan ucapan-ucapan pimpinan utamanya yang sentiasa menterjemahkan dasar parti didalam ucapan-ucapan mereka.

Kefahaman mendalam ini akan menyatu-padukan parti, mengukuhkan kekuatan parti, dan berpadu membawa parti kearah perjuangan yang betul demi kejayaan, demi rakyat!

Tiada ulasan: