Jumaat, 6 Julai 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Laman Rasmi: HIMPUNAN ORANG ASAL SE PAHANG DI KUALA KRAU PADA 0...

Posted: 06 Jul 2012 07:53 PM PDT

Laman Rasmi: HIMPUNAN ORANG ASAL SE PAHANG DI KUALA KRAU PADA 0...: Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan mengadakan "Himpunan Orang Asal Se Pahang" pada 08 Julai 2012 (Ahad) mulai jam 09.00 pagi ber...

SEMPENA HIMPUNAN ORANG ASAL PADA 8HB JULAI 2012 DI KG PENDERAS, KUALA KRAU, PAHANG

Posted: 06 Jul 2012 07:32 PM PDT

UMNO ADALAH PARTI POLITIK UNTUK ORANG MELAYU ATASAN

Pada tahun 1946 tertubuhlan sebuah parti politik untuk Orang Melayu, ditubuhkan oleh golongan bangsawan bagi memperjuangkan hak Orang Melayu.

UMNO adalah singkatan daripada UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION dan didalam Bahasa Melayunya PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU.  Parti itu ditubuhkan di Istana oleh orang-orang Melayu yang berada (pembesar-pembesar Melayu seperti Dato Onn Jaafar yang kemudiannya dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak Hussain).  Perjuangan UMNO adalah untuk Orang Melayu dengan slogan perjuangannya HIDUP MELAYU.

Kini UMNO sudah mentadbirkan Negara ini selama hampir 55 tahun bersama rakan-rakannya, MCA (Malaysian Chinese Association), sebuah parti politik Orang Cina, dan MIC (Malaysian Indian Congress) sebuah parti politik Orang India.

Ketiga-tiga parti itu masing-masing mewakili kepentingan Orang Melayu, Cina dan India atasan tetapi memperalatkan bangsa Melayu, Cina dan India bawahan untuk kepentingan Melayu, Cina dan India atasan.

Untuk memperkuatkan kedudukan UMNO, parti itu membuka ruang dan keahliannya kepada Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan kaum Bumiputra di Sabah; namun pimpinan parti UMNO tetap berada di tangan Orang-Orang Melayu atasan dan Orang Asli diperalatkan semata-mata untuk memperkuatkan UMNO.

Orang Asal merupakan kaum yang terawal mendiami bumi ini, tetapi golongan mereka tidak mendapat tempat yang setimpal di Negara ini, bahkan mereka tidak diiiktiraf sebagai BUMIPUTRA.

Golongan terbesar daripada penduduk Orang Asal berada didalam keadaan dhaif baik dari segi kehidupan, ekonomi, sosial, pendidikan, perumahan, pemilikan tanah dan kesihatan.

Tidak ada program khusus yang dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO bagi meningkatkan mutu kehidupan, ekonomi, sosial, pendidikan, perumahan, pemilikan tanah dan kesihatan Orang Asal dan dari satu Pilihanraya  ke satu Pilihanraya yang lain, Orang Asal hanya diberikan "janji-janji" yang selepas Pilihanraya terbukti kosong dan tidak membei menfaat kepada Orang Asal.

PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) ditubuhkan oleh pejuang-pejuang pelbagai kaum bagi memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat semua kaum.  Perjuangan untuk Orang Asal termaktub didalam Perlembagaan KEADILAN dan Orang Asal Semenanjung Malaysia diangkat didalam parti ini untuk "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi" dengan semua kaum yang lain termasuk didalam kepimpinan didalam parti.

Orang Asal berada didalam pimpinan KEADILAN diperingkat Pusat, Negeri dan Cabang dan berjuang bersama-sama kaum lain bagi meningkatkan mutu kehidupan, ekonomi, sosial, pendidikan, perumahan, pemilikan tanah dan kesihatan.

UMNO adalah sebuah parti politik untuk Orang Melayu yang dipimpin oleh Melayu atasan yang memperalatkan Melayu bawahan (termasuk Orang Asal).  UMNO bukanlah parti politik untuk Orang Asal.

"Cukuplah lembu dilembukan, jangan pulak Orang Asal dilembukan oleh UMNO," kata Yusri Ahon, Naib Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal pimpinan Sdr Bob Manolan.

KEADILAN menjemput SEMUA Orang Asal di Semenanjung Malaysia untuk memperjuangkan hak dan kepentingan mereka.  Selamat Berjuang.

Sertailah Parti Keadilan Rakyat hari ini!

(Diterbit dan diedarkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau sempena Himpunan Orang Asal Se Pahang pada 8hb Julai 2012 di Kg Penderas, Kuala Krau, Pahang anjuran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN).

Kedahkini: Panas! Pertarungan Rafizi Najib baru bermula, siapa akan Tewas?

Posted: 06 Jul 2012 07:54 AM PDT

Kedahkini: Panas! Ketua Biro Profesional MCA Bangang macam menteri UMNO?

Posted: 06 Jul 2012 07:47 AM PDT

Tiada ulasan: