Selasa, 17 Julai 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Loke: Menteri kelirukan kabinet RM1.66 juta?

Posted: 17 Jul 2012 01:56 AM PDT

dipetik daripada Malaysiakini.com


Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen didakwa mengelirukan kabinet berhubung perbelanjaan lebih RM1.66 juta dalam penganjuran persidangan Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (Pata) pada April lalu.

Anggota parlimen Rasah daripada DAP Anthony Loke mendakwa, kabinet meluluskan RM1,738,300 kepada Pelancongan Malaysia, agensi bawah kementerian itu, untuk menyediakan persidangan pada 21 dan 22 April, tetapi kosnya meningkat kepada RM3,402,460.

NONE
Dakwanya, menurut minit mesyuarat bertarikh 30 Mac dan dokumen lampiran, agensi itu membelanjakan RM292,220 untuk jawatankuasa kerja pengangkutan, terutamanya untuk bahagian pemasaran antarabangsa.

Loke yang juga ketua Pemuda DAP mendakwa, sebanyak RM14,580 dibelanjakan untuk kad prabayar telefon dan "cenderamata manik" untuk kakitangan pemasaran.

Agensi itu juga didakwa membelanjakan RM15,600 untuk "logistik" pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah LCCT.

"Menganjurkan persidangan antarabangsa bukannya lesen untuk berbelanja boros," kata Loke lagi.

Exco: Semua 7 empangan S'gor penuh air

Posted: 17 Jul 2012 01:54 AM PDT

dipetik daripada Malaysiakini.com

Paras air di tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras tertinggi, kata exco kanan Selangor, Ronnie Liu.

Justeru, beliau memberi amaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya tidak mereka kenyataan berhubung krisis air.

azlanLiu yang memegang portfolio kerajaan tempatan berkata, beberapa ketua kampung dan ahli majlis pagi ini sudah melawat empangan berikut dan mendapati ia masih penuh.

Wakil rakyat DAP itu kemudian mempersoalkan cadangan catuan air di Lembah Klang ekoran tidak berlaku kekurangan air seperti didakwa.

"Kita tidak percaya cerita mereka kerana semua empangan dan sungai dipenuhi air.

"Kenapa perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau menambah, sekiranya SYABAS tidak mampu merawat air mentah, syarikat konsesi itu patut menyokong rancangan menteri besar untuk mengambil alih operasinya.

'Rakyat hilang air percuma jika terus Projek Langat 2'

Posted: 17 Jul 2012 01:52 AM PDT



Saya ingin mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Umno Selangor  yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang.

Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh itu tidak berasas dan merupakan retorik politik berdasarkan beberapa fakta:

 1) Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion. Selain dari itu Kerajaan Negeri juga terpaksa membayar RM60 juta 'royalti air' setiap tahun kepada Pahang bagi air mentah tersebut .

2) Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.

3) Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tarif (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

(Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70 peratus selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya  dijangka pada tahun 2014) 

4)  Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku di mana rasionalnya untuk memberikan  20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain. 

5) Harus juga diingat bahawa SYABAS adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi 'keuntungan' (Profit making company) dan kita tidak nampak SYABAS mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut. 

6) SYABAS juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk SYABAS memberikan air percuma. 

7) Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor . 

Jadi berdasarkan fakta-fakta di atas jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor.          


dr xavier jayakumar official photo
DR XAVIER JAYAKUMAR adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawap terhadap isu air di negeri tersebut.

Tiada ulasan: