MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
Siapa punya kerja letak CCTV dalam Pejabat Menteri Besar Selangor ? Posted: 02 Jul 2012 05:45 AM PDT |
Posted: 02 Jul 2012 04:15 AM PDT Tiada Guna Heret Anwar, Azmin Ke Mahkamah...Hari ini untuk kesekian kali ketua pembangkang dan perdana menteri dalam pembinaan Anwar Ibrahim di heret ke mahkamah dalam usaha untuk menghalang bekas TPM itu melangkah ke Putrajaya selepas PRU 13 nanti. Anwar hari ini bersama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali di heret ke mahkamah atas tuduhan bersubahat cuma memecahkan sekatan polis ketika himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Pendakwaan ke atas Anwar dan Azmin itu dilihat sebagai usaha berterusan untuk menggunakan mahkamah bagi mengaib, memburuk dan menghalang Anwar dari terus bergerak untuk meruntuh UBN dengan pelbagai tuduhan yang anih, ganjil dan gila. Pada 22 Mei lalu mereka telah dituduh mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut. Pertuduhan ke atas Anwar dan Azmin itu jelas bermotif politik. Kenapa hanya mereka sahaja yang dituduh mengikut akta itu tetap yang lain dibiarkan. Walhal bukan saja Anwar dan Azmin yang merupakan pemimpin politik hadir ke himpunan itu tetapi mereka lain juga tetapi kenapa tidak didakwa sama. Untuk pengetahuan polis, presiden Pas, Abdul Hadi Awang, timbalannya Muhamad Sabu, dan naib-naib presidennya Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa juga hadir tetapi kenapa mereka tidak diseret sama. Apakah tujuan mengheret itu bagi memberi gambaran keburuk dan kejahatan Azmin dan Anwar? Pendakwaan Anwar dan Azmin itu menjadikan mereka sebagai mangsa pertama akta berkenaan yang dilulus secara tergesa-gesa dan dalam keadaan tidak puas hati anggota Parlimen. Dengan tindakan tidak adil itu maka benarlah tanggapan dan kebimbangan akta itu lebih kurang ISA sahaja benar dan betul. Sementara Anwar menyifatkan pertuduhan ke atasnya dan Azmin hari ini sebagai satu penganiayaan politik. Melihat kepada bentuk hukuman itu ada maksud ia dibuat untuk menafikan Anwar dan Azmin terlucut jawatan sebagai wakil rakyat dan hilang hak untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Pun begitu tuduhan itu tidak akan mengubah keadaan semasa dan tuntutan rakyat waktu ini. Kalau pertuduhan itu dibuat yang kononnya bersandarkan undang-undang tetapi motifnya hendak mengekang Anwar dari menyerang Ubn dan Ha Najib Razak ia adalah sia-sia sahaja. Apa yang berlaku ke atas Anwar hari ini berdasarkan sambutan dan sokongan tidak akan dapat dihalang dengan apa-apa tindakan sadisme lagi termasuk juga membawa Anwar ke penjara. Sepatutnya Ubn sedar fenomena berlaku hari ini bukan lagi kerana Anwar, maksudnya orang mahukan kepada Anwar menjadi pemimpin tetapi tuntutan dan desakan hari ini ialah supaya UBN tumbang sebagai kerajaan. Justeru kalau pun Anwar dirukup dalam penjara Ubn tetap juga akan berdepan dengan serangan rakyat, bahkan tindakan 'merukup' Anwar dipenjara itu menyemarakkan lagi keadaan. Yakinlah semula halangan akan dilangkau oleh Anwar begitu saja. Semua lapisan masyarakat kecuali bangsa Umno sahaja yang tetap menentang Anwar untuk mengepalai negeri ini kerana mereka ada kepentingan terutamanya untuk melindungi diri sendiri. Jika diperhatikan mereka yang bermati-matian untuk menghancurkan Anwar itu semuanya bermasalah dan setengahnya ada kes jenayah. Adapun kenapa mereka berusaha sehingga titisan darah terakhir mempertahankan UBN bukan mempertahankan hak rakyat tetapi mempertahankan dosa mereka. [wm.kl.7:01 pm 02/07/12] Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan