Rabu, 25 Julai 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Najib ‘Ditelanjangkan’ Akhbar Antarabangsa: Juara ‘Double-Talk’ Kepada ‘Demokrat Palsu’

Posted: 25 Jul 2012 07:30 AM PDT

Malaysia Chronicle

Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat dia telah berjaya ,meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa pembaharuan yang telah didakwa para pengkritik sebagai “penipuan”, “tidak ikhlas” dan “jahat”, dia memang sudah tersilap.

Dan seperti dongeng Maharaja yang telanjang, pemimpin Malaysia yang berusia 58 tahun kini telah didedahkan tentang kepura-puraan yang didakwa melindungi maksud jahat untuk kekal berkuasa dengan menggunakan kekerasan seperti kebanyakkan pemerintah-pemerintah hina yang jahat di dunia ini.

Hanya beberapa bulan lalu, Najib telah dinobatkan sebagai juara “Double-talk” oleh Washington Post, akhbar berpengaruh yang dibaca oleh orang-orang seperti Presiden Obama dan pemimpin lain di AS. Washington Post membidas dalam editorial berbisanya selepas Najib dihantar pulang wartawan kontroversi Saudi Hamza Kashgari untuk menghadapi hukuman dan mungkin juga kematian. Bahasa kasar yang digunakan oleh akhabr AS menjadikan ramai yang mengangkat kening dan menyebabkan perasaan cemas di Putrajaya, pusat pentadbiran Malaysia.

Tetapi tidak, Najib dan penasihatnya tidak menghiraukan dan cuba sekalipun untuk membersihkan nama mereka. Dengan degilnya, mereka berpegang kepada kepercayaan bahawa mereka menguasai media arus perdana tempatan, mereka mempunyai kelebihan. Jika mereka berdusta dengan lebih kerap, rakyat Malaysia, malah di serata dunia akan percaya kepada mereka!

Walau bagaimanapun, ia tidak berkesan. Bukan sahaja Najib cuba menggunakan undang-undang zalim untuk mengukuhkan cengkaman kuasanya bertopengkan 'transformasi' malah dia telah diselar rakyat tempatan dan akhbar bereputasi tinggi di Kanada kini mengkategorikannya sebagai ” demokrat palsu”.

“Demokrasi palsu memberi gambaran bahawa sesebuah negara itu bebas tetapi sebenarnya mereka jarang menghadapi tekanan antarabangsa seperti rejim jahat yang lain,” kata artikel yang disiarkan dalam The Globe and Mail pada 8 Jun.

Seperti Mubarak & Co, Najib akan buat apa sahaja cara untuk berkuasa

Bertajuk ‘Satu senarai semak abad ke-21 para autokrat baru’, artikel itu juga meletakkan Najib setaraf dengan autokrat yang paling teruk di dunia. Pengarang Mark MacKinnon telah mengkategorikan autokrat kepada empat kumpulan – demokrat palsu, egotists gila, populis ganas dan kapitalis kapalan.

Najib telah dimasukkan ke dalam kategori yang pertama, bersama-sama dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopia Meles Zenawi dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen ‘bekas ahli’ kelab adalah bekas Yugoslavia PresidenSlobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.

MacKinnon berkata pemimpin itu “mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat untuk memberi kuasa” dan “pesaing kuat politik mereka dipenjarakan dan parti mereka diharamkan melalui undang-undang”.

Menurut ikon pembangkang Lim Kit Siang, Najib jelas kecewa dengan artikel itu. Tetapi penafian tidak akan mengubahnya melainkan jika Najib berikrar di hadapan semua bahawa dia dan parti Umno akan melakukan peralihan kuasa secara aman jika mereka kalah pada pilihanraya, Lim berkata sebagai reaksi kepada berita bahawa Kementerian Hal Ehwal Luar Malaysia telah mencabar artikel Kanada itu.

“Seminggu yang lalu, saya telah meminta Najib untuk mengisytiharkan secara terbuka sama ada dia bersedia untuk menerima keputusan pengundi bagi memastikan peralihan kuasa yang aman untuk kerajaan persekutuan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum yang akan datang,” kata Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen bagi Ipoh Timur.

“Ia adalah penting bahawa selepas persidangan media Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat lepas, Najib dengan teliticuba mengelak utnuk menjawab soalan ini apabila telah dikemukakan oleh para wartawan. Oleh itu, soalan yang mahu ditanya rakyat Malaysia dan dunia adalah sama ada Najib benar-benar merupakan seorang demokrat palsu yang mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat untuk menyerahkan kuasa. ”

Najib dalam galeri penyangak antarabangsa: PRU ke-13 akan jadi “menarik”

Untuk MacKinnon, ada harapan bagi negara-negara yang ditadbir oleh pemimpin mengamalkan “demokrasi palsu” kerana ia boleh juga mewujudkan kemungkinan perubahan.

” Milosevic dan Mubarak telah digulingkan kerana rakyat menggunakan ruang politik yang dibenarkan dalam negara demokrasi palsu … pilihan raya di Malaysia yang akan datang bakal menjadi menarik,” kata MacKinnon.

Walau bagaimanapun, dalam bangkangan yang disiarkan pada hari ini, Kementerian Luar Malaysia telah memberi senarai terperinci tentang pembaharuan yang diadakan oleh Najib dalam tempoh tiga tahun yang lalu, menggambarkan ini sebagai “rekod kerja yang hebat mengikut piawaian bagi sesiapa sahaja”.

Pembaharuan termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang berakhir setelah 60 tahun digunkan, langkah-langkah untuk meningkatkan kebebasan media, pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti, enakmen Akta Perhimpunan Aman, pengumuman untuk mengkaji semula Akta Hasutan,pemansuhan Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad, serta pelaksanaan reformasi pilihanraya.

“Pandangan ini tidak sama dengan hakikat bahawa pembangkang telah berjaya meraih jumlah kerusi yang banyak dalam pilihan raya yang lalu. Tidak lama lagi rakyat Malaysia akan bebas untuk memilih siapa yang mereka mahu untuk memimpin negara dan apabila Perdana Menteri tidak bersikap leka, dia berharap akan diberi mandat untuk sekali lagi meneruskan agenda transformasi Malaysia, ” selar Kementerian Luar di bawah setiausahanya Ahmad Rozian.

WATCH OUT Anwar, Muhyiddin Heading to Sabah to Stop Wilfrid & Lajim

Posted: 25 Jul 2012 07:26 AM PDT

Malaysia Chronicle

After 55 years of bullying everyone else in the country, ruling party Umno may finally be getting its just deserts.

Although current party president Prime Minister Najib Razak might pretend he was unperturbed, he is sending his deputy Muhyiddin Yassin to Sabah, where at least two Members of Parliament have decided to stand up for their long-suffering state and fight for reform and fairness from the Opposition side of the fence.

“Of course Umno is worried. It is a very significant move and Najib will do all he can to block the Tuaran MP and the Beaufort MP from leaving BN. But let’s see if money and other such carrots can succeed this time,” PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Indeed, even as news broke that Deputy Prime Minister Muhyddin Yassin would be making a one-day working trip to Sabah on Saturday, the national news agency reported in a separate bulletin that a group of Kadazandusuns would be announcing on Sunday the formation of a ‘new political movement’.

Citing unnamed sources, Bernama reported that the movement – to be called Sabah Reform Front – may align itself with the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim. The movement would be formally launched in Dalit, Tuaran where Anwar is also due to visit this weekend.The 64-year-old Anwar is also expected to attend another function in Beaufort.

Sabah Reform Front

Speculation is red-hot that Tuaran MP Wilfrid Bumburing is behind Sabah Reform Front and will be joined by Beaufort MP Lajim Ukin. Both men have not responded to the latest queries from the press but were busy on Monday.

Wilfrid, who is also the UPKO deputy president, quit as the BN Tuaran chief at the start of the week. He had also said he would make an “important announcement” this Sunday to reveal his next move.

“I have hereby effective today, July 23, 2012, resigned from the post as Barisan Nasional chairman for P170, Tuaran. My resignation will enable the new BN leadership of Tuaran to make preparation for the coming 13th general election,” said Bumburing in his resignation letter.

Lajim too has tendered his resignation as Kerambai Kebatu Umno branch chief, saying he would not seek re-election as the Beaufort Umno division chief. The Beaufort MP took time out to meet PAS spiritual adviser and Kelantan MB Nik Aziz Nik Mat at the latter’s office in Kota Bharu on Monday, sparking talk that he may join the Islamist party.

“Letter of resignation as chief branch Umno has been sent to the secretary of Umno Beaufort a few days ago. The first step is not to defend the division chief post and the second is to quit as the Umno branch chief and the third step – wait and see,” Lajim was quoted as saying by news portal New Sabah Times.

Historic step that not even money may be able to stop

If it is true that the duo will helm the Sabah Reform Front, it will also mean Wilfrid will leave Upko which is a BN component party, while Lajim will be quitting Umno, which is the boss and biggest party in the BN coalition.

So far, Sabah Chief Minister Musa Aman, who is also the state BN chairman, has insisted he has not received any formal communication from the two MPs. But this is not unexpected. Musa, like Muhyiddin, is bound to try his best to negotiate a deal with Wilfrid and Lajim to stop them from leaving.

The fear is high that the two men will create history of sorts for Sabah with their move. Political observers warn that the spunk displayed by the duo will inspire their colleagues and other Sabah lawmakers to dump the BN, triggering a long and much-anticipated exodus into the Pakatan side of the divide.

Malaysia is due to hold general elections soon, the latest by April 2013, and obviously a break in the Sabah BN ranks will make the outcome even more dicey for the already-embattled Najib, who has previously revealed that he considered Sabah and Sarawak to be his coalition’s “fixed deposits”. But it looks like neither Sabah nor Sarawak relishes being regarded or thought of as Umno’s poodle.

“As we have said, it is now or never. Malaysia needs to break BN’s stranglehold on the country and I foresee this happening with the first step taken by Wilfrid and Lajim. Both men are taking enormous risks by doing this. But I think is very evident who the people want as their next government and if Sabah leaders care about their people, they have to be courageous and make the break,” said Tian Chua.

“If it was a question of money, we would not even be at this stage. The Umno elite – Musa Aman, Taib Mahmud, Najib and Mahathir – are all fantastically rich, what money could Anwar offer Wilfrid or Lajim by comparison. But he was able to convince them they could work for a better Malaysia from the Pakatan side of the fence whereas if they stayed in BN, Sabah would only get poorer and the people would suffer more.”

Misrule and corruption

The Umno-led BN has ruled Malaysia with a fist of iron since 1957. Sabah and Sarawak joined the federation of Malaya on May 16, 1963 but despite their enormous natural resources and oil wealth, the two are among the country’s poorest states.

Many of the Sabah people are also disgusted at the racism and Malay supremacy policies promulgated by Umno at their expense when the majority of Sabahans are the ‘original people’ or natives of the land. To them, the Malays are the migrants – little different from the Chinese or Indians who arrived and settled down decades and even centuries ago.

Such racial resentment felt by Sabahans has been heightened by the arrogance of the ruling elite and also by the hardship and poverty caused by the federal government’s neglect over the decades.

State leaders including current Chief Minister Musa Aman were given free rein to govern as they pleased so long as they delivered the votes to the BN at general elections. This spawned massive corruption in the state government and it is evident that the federal government too enjoyed a slice of the illicit gains.

Another sore point with Sabahans is the so-called Project M, a citizenship-in-exchange-for-votes scam that former premier Mahathir Mohamad has been accused of initiating in the 80s to shore up Umno’s power in the state. The granting of hundreds of thousands of Mykad – citizenship or permanent residency papers – to impoverished illegal migrant workers has created great social turmoil including widespread crime that the state government is still unable to resolve to this day.

JK Pemantau: ‘SYABAS Beroperasi Di bawah Keupayaan’

Posted: 25 Jul 2012 03:28 AM PDT

Pemantauan  Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh setiausaha kerajaan Selangor terhadap operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mendapati SYABAS ‘beroperasi di bawah keupayaan’, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, dalam laporan pertama jawatankuasa itu yang dihantar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengandungi tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian “agar rakyat tahu kedudukan sebenar”.

Menurut menteri besar, tiga penemuan utama tersebut ialah:

  • Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter   sehari berbanding  keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, katanya, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.
  • Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.
  • Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 peratus yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan.  Rizab kapasiti pengeluaran sebenar  pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.

Jawatankuasa itu, yang diketuai Datuk Khusrin Munawi dan turut dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.

“Penemuan ini membuktikan SYABAS telah gagal memenuhi tanggungjawab untuk membekalkan air terawat yang secukupnya kepada pengguna seperti yang dipersetujui dalam Penjanjian Penswastaan Air 2004,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Selangor di Shah Alam hari ini.

Kegagalan itu, tambahnya, menguatkan lagi rancangan kerajaan negeri untuk ‘masuk campur' dalam pengurusan SYABAS yang menurutnya bertujuan membaiki semua kelemahan termasuk syor supaya pengerusi dan ketua pegawai eksekutif SYABAS dipecat.

Bagi tujuan ini, kata menteri besar, kerajaan negeri telah selesai menyediakan dokumen-dokumen untuk ‘masuk campur’ dalam pengurusan SYABAS dan “pasukan yang mewakili kerajaan negeri bagi tujuan ini juga sudah bersiap sedia untuk menyertai pengurusan SYABAS bila-bila sahaja bagi membaiki kelemahan”.

“Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan supaya kuasa meluluskan sebarang permohonan berkaitan pelaksanaan Projek Langat 2 hendaklah dibawa terus kepada Pihak Berkuasa Negeri.

“Semua agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Hutan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar dan
lain-lain agensi yang berkaitan untuk merujuk terus sebarang permohonan berkenaan Projek Langat 2 kepada menteri besar,” katanya.

Khalid berkata, fakta sebenar yang menurutnya tidak boleh dinafikan semua pihak dalam isu air ini ialah kegagalan SYABAS merancang dan mengurus sistem agihan untuk menyalurkan air terawat kepada pengguna.

“Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama beberapa Exco untuk bertemu rakyat bagi mencari penyelesaian masalah air termasuk membawa tangki air ke kawasan yang telah bertahun-tahun berdepan kekurangan bekalan air,” katanya.

Kerajaan negeri juga, tambahnya, menyediakan talian 1-8000-88-2824  untuk orang ramai mengadu masalah air. Pusat panggilan ini juga mengendalikan masalah sampah.

“Kerajaan Selangor konsisten dengan pendirian bahawa isu air ini boleh diselesaikan secara holistik sekiranya kerajaan negeri mengambilalih industri air daripada syarikat-syarikat

konsesi yang akan menawarkan pembekalan air yang lebih cekap pada harga munasabah seperti yang dihasratkan WSIA 2006,” katanya.

Tiada ulasan: