Isnin, 4 Jun 2012

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Manifesto Pakatan Rakyat N. Sembilan - Sisipan rujukan buat rakyat

Posted: 03 Jun 2012 10:11 PM PDT

Ini adalah Manifesto Pakatan Rakyat N. Sembilan - Tonggak Nan Sembilan yang disepakati oleh Pakatan Rakyat N. Sembilan. Ayuh bersama kita lakukan perubahan Demi N. Sembilan tercinta.



ISU HOSPITAL REMBAU - Maklumat Untuk Rakyat

Posted: 03 Jun 2012 09:51 PM PDT



Dato'  Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta MENTERI KESIHATAN  menyatakan:-

a)      Rancangan Kementerian untuk membina Hospital Daerah Rembau seperti mana yang dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu; dan

b)      Bilakah pembinaan dijangka bermula dan jangkaan kos yang terlibat dan nisbah doktor berbanding pesakit.

Tan Sri Yang di-Pertua,

Kementerian Kesihatan telah memulakan perancangan bagi membina Hospital Rembau dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMKe-10). Hospital Rembau akan dibina di atas tapak seluas 45 ekar yang terletak di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil yang akan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit luar dan pesakit dalam serta mempunyai kemudahan perubatan lain seperti yang terdapat di hospital daerah tanpa pakar lain. Hospital Rembau juga akan dilengkapi dengan kemudahan satu (1) bilik pembedahan dan menyediakan ruang tambahan bagi sebuah lagi bilik bedah tambahan bagi menampung keperluan pada masa akan datang.

Pembinaan Hospital Rembau akan dilaksanakan secara berfasa yang melibatkan kerja-kerja tanah dalam fasa pertama dan fasa kedua ialah kerja-kerja bangunan. Kos projek dianggarkan berjumlah RM 122.6 juta. Bagi fasa pertama, pihak Jabatan kerja Raya Malaysia (JKR) sedang menyediakan pelan rekabentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah telah dibuka pada 27 Februari 2012 dan telah ditutup pada 27 Mac 2012. Manakala bagi kerja-kerja bangunan bagi fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung minggu Mei 2012.

Tuan yang Di Pertua,
Mengikut perancangan, Hospital Rembau akan mempunyai 6 wad termasuk wad lelaki, wad perempuan, wad kanak-kanak, wad bersalin, wad geriatric dan  wad rehabilitasi; dan fasiliti-fasiliti lain termasuklah perkhidmatan pesakit luar, unit kecemasan dan forensik, unit rawatan harian, jabatan x-ray, makmal dan satu dewan bedah.

Hospital Rembau akan menerima perkhidmatan lawatan pakar-pakar dari Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, yang akan turut memantau perkhidmatan Geriatrik dan Rehabilitasi secara berkala. Hospital Rembau dijangka akan mempunyai Pegawai Perubatan seramai 10 hingga 12 orang.


............................................

Antara janji Pilihanraya Umum ke 12 di Rembau ialah pembinaan Hospital Rembau. Bukan main hebat upacara pecah tanah di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive

Sekarang rakyat boleh menilai sudah masuk tahun kelima selepas PRU-12, Hospital Rembau belum siap-siap lagi. Berdasarkan soalan saya kepada Pak Menteri, maka dimaklumkan bahawa tender baru sahaja dibuka pada 27 Febuari 2012 yang lepas. Itupun agaknya selepas saya mengemukakan soalan ini baru tersedar oleh mereka untuk memulakan tender hospital.

Insyallah, saya yakin perubahan rakyat di Rembau kepada agenda Reformasi Pentadbiran yang lebih jujur dan amanah akan berlaku menjelang Pilihanraya Umum yang Ke-13 akan datang.

-Kamarul Baharin Abbas-
MP Telok Kemang
Pengerusi MPN Keadilan N. Sembilan

Tiada ulasan: