Ahad, 17 Jun 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Janda dan isteri masing-masing dapat RM2500.00

Posted: 17 Jun 2012 10:02 PM PDT

Tentulah melegakan isteri dan janda kerana pemberian "durian runtuh" itu adalah juga untuk isteri dan janda, maka berbahagilah masing-masing mendapat RM2500.00.  Saya telah berucap dibanyak tempat mengenai pembahagian ini, dan saya telah berucap mengenai hak isteri dan janda mengenai pemberian RM5000.00 ini.

Tetapi saya juga sebutkan bahawa ada juga peneroka-peneroka yang sudah kehilangan isteri yang sudah meninggal dunia, dan beliau telah berkahwin baru.  Adakah isteri yang meninggal dunia itu boleh memiliki sebahagian daripada RM5000.00 itu melalui anaknya?  Atau yang sudah meninggal dunia itu tidak lagi mempunyai sebarang hak?

Didalam ucapan-ucapan saya, juga saya sebutkan tentang peneroka yang sudah meninggal dunia dan isterinya juga sudah meninggal dunia.  Siapakah yang layak menerimanya?  Adakah RM5000.00 untuk peneroka dan RM5000.00 untuk isteri peneroka itu akan difaraidkan kepada waris-waris atau hilang begitu saja?

Saya juga sebutkan bahawa jika sisuami itu mempunyai isteri lebih dari 2 dan sudah berpisah dengan isteri yang tua, adakah isteri yang tua itu, dan dua orang isteri yang baru itu akan mempunyai hak sama banya?

Keadaan yang lebih kelam-kabut ialah untuk pembahagian RM5000.00 itu kepada anak-anak.  Adakah RM5000.00 itu akan diberikan hanya kepada anak yang dinamakan untuk mewarisi harta ibu-bapa?  Atau adakah RM5000.00 itu akan diberikan samarata diantara anak-anak Peneroka tanpa mengira lelaki wanita?

Kini keadaan kelamkabut sudah berlaku dikalangan anak-anak peneroka.  Wang RM5000.00 masih belum dibahagi-bahagikan tetapi sudah mulai berlaku pertelagahan dikalangan adik beradik dan ada yang sudah bertemu dengan peguam-peguam bertanyakan hak masing-masing dan apakah yang boleh dilakukan jika mereka tidak memperolehi wang itu.

Saya pernah mencadangkan bahawa kenapa pemberian ini tidak memikirkan masalah yang boleh menimpa kepada kedamaian keluarga.

Pemberian ini betul-betul bertujuan untuk memujuk hati demi pilihanraya.  Jika tidak kenapa hendak diberikan dengan cara dipecah-pecahkan wang RM15,000.00 itu.  Orang yang berhak kepada wang ini ialah Peneroka itu sendiri (termasuk juga isterinya).  Kenapa tidak diberikan sekaligus kepada peneroka itu sendiri, maka terserahlah kepada peneroka itu membahagi-bahagikan wang itu, jika ada keperluannya, kepada isteri, isteri-isteri atau janda dan anak-anak.  Yang berhak adalah peneroka itu.

Tujuan UMNO/BN menyerahkan secara berasingan kepada peneroka, isteri dan anak itu memang bertujuan memancing undi supaya ramai dari kalangan keluarga peneroka yang memperlehi wang itu tetapi pemberian yang tidak ikhlas itu bukan membahagiakan keluarga peneroka tetapi mendatangkan perbalahan sesasam sendiri didalam keluarga.

Bagaimanapun, ramai dari kalangan peneroka menyifatkan pemberian itu semacam ikan didalam tong yang dipenuhkan dengan ice; selagi ada ice itu, nampaklah ikan itu masih segar, tetapi apabila ice itu sudah tiada, maka terserlahlah ikan yang sudah busuk!

"Dulu Orang Asli kepada Tok 4 pun takut!" - Fatimah Bahsin

Posted: 17 Jun 2012 09:11 PM PDT

Fatimah Bahsin, Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Cabang Pekan yang juga Naib Ketua Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, didalam ceramahnya pada 16hb Jun 2012 di Pejabat PKR Cabang Kuala Krau menyatakan: "Dulu Orang Asli kepada Tok 4 pun takut, tetapi kini terhadap Perdana Menteri pun tak takut lagi."

Didalam ucapannya hampir satu jam itu Fatimah menceritakan mengenai penderitaan Orang Asal kerana tidak diberikan layanan dan pembelaan yang bermakna oleh Kerajaan UMNO/BN.  Selama hampir 55 tahun Orang Asal hanya diberikan dengan pemberian-pemberian yang melalaikan apabila menghampiri dan dimusim Pilihanraya.

Mereka diberikan karaoke, arak dan joget bagi melalaikan mereka, tetapi selepas Pilihanraya, batang hidup pimpinan UMNO/BN pun tak nampak.

Apa yang berlaku diperkampongan Orang Asal, tanah-tanah hutan sekitar kawasan kampong mereka diceroboh dan kemudiannya dimajukan oleh syarikat-syarikat swasta sedangkan Orang Asal tidak diberikan apa-apa pembelaan.

Tanah-tanah hutan yang selama ini menjadi sumber pencarian rezeki bagi Orang Asal telah digazetkan sebagai Rezab Perhilitan dan Orang Asal tidak lagi dibenarkan memasuki hutan dan keingkaran mereka boleh menyebabkan mereka ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah.

Semakin hari tanah Orang Asal semakin mengecil dan apa yang tinggal hanyalah sekadar tanah tempat kediaman mereka, itu pun tanah yang tidak mempunyai sebarang geran.

Orang Asal merupakan golongan yang tidak tahu menentang, apa yang ada itulah tempat berpegang, sehinggakan apa yang ada sudah tidak mencukupi lagi untuk keperluan harian mereka dan keluarga mereka.
Mereka ditinggalkan didalam keadaan miskin tegar, hampir 100% Orang Asal berada didalam keadaan miskin tergar.

"Kami Orang Asal tidak lagi akan menyerahkan nasib hidup kami kepada UMNO/BN yang tidak pernah memperjuangkan hak kami, bahkan apa yang dimiliki oleh nenek moyang kami dulu pun sudah diceroboh oleh kroni-kroni UMNO/BN," kata Fatimah Bahsin.

Fatimah menyatakan bahawa mulai masa ini Orang Asal akan mengambil sikap ikan seluang.  Memang ikan seluang memakan mata pancing sekejap, tetapi apabila sudah faham akan kejahatan mata pancing itu, ikan seluang akan hanya mengutis umpannya sahaja tetapi tidak lagi akan terkena mata pancing.

"Kami akan ambil apa saja yang diberikan oleh UMNO/BN ini tetapi kami tidak akan terperangkap lagi dengan pemberian dan pujuk-rayu UMNO/BN semasa pilihanraya.  Undi adalah hak kami, dan kami akan memberikan undi kepada parti yang betul-betul membela kami.  Kami sudah lihat dengan pemberintahan Kerajaan PR di Selangor, mereka memperjuangkan hak Orang Asal, tidak seperti UMNO/BN hanya memberikan khayalan, tetapi langsung tidak membawa sebarang menfaat kepada Orang Asal

"Kami tidak takut lagi kepada ugutan, kami tidak termakan lagi dengan pujukan dan pemberian, kalau dulu kami takut kepada pemerintah, kami takut kepada Tok 4 (Ketua Kampong), kini terhadap PM pun kami tidak takut lagi, kami tetap perjuangkan hak kami, dan saya nak menyeru kepada rakan-rakan Orang-Orang Melayu, bila lagi kamu mahu buangkan budaya takut itu, kamu orang Islam, sepatutnya hanya takut kepada Tuhan..." Kata Fatimah.

Di akhir ucapannya Fatimah menjemput semua hadirin untuk berdiri dan bersamanya melaungkan REFORMASI sebanyak tiga kali.

Tiada ulasan: