The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Jalan Kehadapan Untuk Orang Asal Posted: 10 Jun 2012 06:27 PM PDT Semakin lama semakin terang jalan kehadapan bagi masyarakat Orang Asal. Kini semakin mudah untuk menyimpulkan perjuangan dikalangan mereka. Jalan kehadapan bagi mereka amatlah terang. Tuntutan mereka adalah jelas, keperluan mereka tidak berliku-liku. Secara mudahnya Orang Asal sudah jemu dan bosan dengan janji-janji kosong daripada UMNO/BN, disetiap kali Pilihanraya Umum mereka diberi janji yang berbagai seolah-olah masalah mereka boleh diselesaikan didalam hanya sekadar beberapa tahun. Tetapi apa yang berlaku Orang Asal hanya sekadar diberikan sedikit imbuhan seperti beras yang boleh mencukupi untuk seminggu dua, dan diadakan majlis-majlis karaoke dengan dilimpahi arak dan muzik untuk melekakan untuk terus mengundi UMNO/BN. Selepas pilihanraya apah pun tidak ada, dan wakil-wakil rakyat UMNO/BN akan timbul sekali lagi dekat Pilihanraya yang akan datang dengan pujukan yang sama, iaitu karaoke dan arak bagi melekakan penduduk Orang Asal. Kini sudah hampir 55 tahun kedudukan Orang Asal terus tidak terbela. Tanah mereka diceroboh. Kemudahan asas di kampong mereka terbiar. Pendidikan bagi anak-anak mereka tidak terbela. Kesihatan mereka terbiar. Mereka hidup didalam kemiskinan. Kalau ada golongan miskin tegar sebagai satu kaum, maka, kaum Orang Asallah yang berada didalam kedudukan itu. Boleh dikatakan 90% daripada kaum Orang Asal adalah miskin, miskin tegar dengan segala perkara yang lain seperti pendidikan, kesihatan dan kemudahan awam yang terbiar. Orang Asal tidak lagi mahu hidup didalam khayalan, sentiasa menagih janji kosong dari UMNO/BN, mereka mahukan perubahan yang nyata bagi merubah kehidupan mereka. Pertama mereka mahukan tanah mereka dilindungi. Mereka mahukan tanah mereka ditetap persempadanan didalam tanah Rezab yang kekal dengan menjadikan satu kesalahan jenayah berat jika diceroboh. Tanah yang diwartakan itu bukan sahaja tidak boleh diceroboh oleh individu dan syarikat, juga tidak boleh diceroboh oleh pihak kerajaan. Didalam kawasan yang diwartakan itu, ada diantara mereka yang mahukan tanah-tanah kawasan rumah dan ladang mereka diberikan geran tanah bagi melindungi hak mereka keatas tanah. Mereka mahukan pembelaan yang nyata dibidang pendidikan, kesihatan, kemudahan asas dan ekonomi, mereka mahu keluar dari kepompongan kemiskinan tegar; mereka mahu kehidupan baru sesuai dengan keadaan disebuah Negara Malaysia yang kaya raya. Mereka bukan menuntut untuk menjadi jutawan, tetapi mereka menuntut untuk hidup sama seperti rakyat lain-lain kaum yang ada di Negara ini. Pada 8hb Julai 2012, Parti Keadilan Rakyat melalui Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat akan menganjurkan hari Himpunan Orang Asal di Kg Penderas, dan didalam Himpunan itu Manifesto Perjuangan Orang Asal akan dibentangkan dan Manifesto ini akan menjadi pegangan perjuangan Orang Asal secara standard diperjuangkan disetiap Negeri, kawasan dan kampong. Inilah jalan kehadapan bagi Orang Asal, perjuangan yang jelas bagi perubahan yang nyata. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan