Khamis, 7 Jun 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Himpunan Orang Asal Se Pahang pada 8.7.12 di Kg Penderas, Kuala Krau

Posted: 07 Jun 2012 09:56 PM PDT

Saya selaku Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Pusat dan Negeri Pahang telah menghantarkan undangan kepada semua Cabang PKR Pahang dan Ngo Orang Asal seperti JOAS dan Jaringan Kampong Orang Asal Negeri Pahang untuk mengadakan mesyuarat tertutup di Rest House Temerloh pada 17hb Jun 2012 jam 11.00 pagi bagi membincangkan agenda khusus iaitu Himpunan Orang Asal Se Pahang.

Mesyuarat itu akan membuat ketetapan mengenai Agenda Himpunan tersebut dan juga penetapan pimpinan PKR yang akan merasmikan Himpunan tersebut dan juga yang merasmikan penutupan Himpunan.

Himpunan tersebut akan diadakan di perkarangan Rumah Sdr Jalil, seorang aktivis Orang Asal di Kampong Penderas.

Surat jemputan telah dipanjangkan kepada YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi upacara perasmian dan Dato Fauzi Abdul Rahman untuk upacara penutup.

Himpunan itu akan dihadiri oleh lebihkurang 300 orang peserta dari kalangan Orang Asal seluruh Pahang walaupun menerima juga Orang Asal dari luar Pahang dan Non-Orang Asal yang menyumbang kepada perjuangan Orang Asal.

Sekian, untuk makluman.

Berjaya - Ceramah di Kg Dato Shariff Ahmad

Posted: 07 Jun 2012 01:49 PM PDT














Tiada ulasan: