The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
957 peneroka Gugusan Felda Keratong memfailkan saman RM525 juta terhadap Felda Posted: 05 Jun 2012 09:14 PM PDT Sidang media diadakan selepas pemfailan saman di Mahkamah Tinggi Kuantan, 5.6.12 Ditengah-tengah diantara Peguam Sivarasa dan Latheefa Koya itu adalah Plaintif utama, Haji Hamidin Sdr Siva menerangkan bahawa seramai 957 orang Peneroka Gugusan Felda Keratong terlibat memfailkan saman terhadap Felda dengan keseluruhan tuntutan berjumlah RM525 juta "Inilah jumlah terbesar setakat ini dari kalangan peneroka-peneroka menyaman Felda;" Sivarasa Bergambar selepas sidang media Peguam-peguam yang terlibat didalam kes saman ini Bob Manolan, Hatta, Pak Long dan saya (Haji Suhaimi Said) |
Orang Asal Kampong Pian Menjana Perubahan Posted: 05 Jun 2012 08:57 PM PDT Wan Kisam Daud, Ketua Parti Keadilan Rakyat Ranting Kg Pian menggelengkan kepalanya dan tersenyum lebar, "Tak pernah berlaku begini, tak pernah berlaku begini, ini tanda Orang Asal sudah mula berubah," Memang benar, sudah hampir 3 tahun PKR Ranting Kg Pian ditubuhkan. Setiap bulan memang diadakan perjumpaan di kampong ini, samada dalam bentuk dialog atau dalam bentuk ceramah. Beberapa orang pimpinan PKR Pusat pun sudah datang memberikan ceramah disini. Kehadiran ceramah-ceramah sebelum ini tidak pernah melebihi 60 orang termasuk kanak-kanak. Ceramah Parti Keadilan Rakyat berlangsung di Bilik Gerakan Kg Pian pada malam tadi 5hb Jun 2012. Sdr Jalil adalah aktivis Orang Asal, beliau sebelum ini adalah seorang yang memakai uniform, kini sudah berpencen dan beliau komited untuk memperjuangkan nasib Orang Asal, aktivis dari Kg Penderas ini menyertai Parti Keadilan Rakyat dan pada malam ceramah itu telah memberikan ucapan yang sungguh bermakna bagi penduduk Orang Asal Kg Pian. Penceramah-penceramah pada malam itu 100% terdiri daripada aktivis dan pemimpin-pemimpin Orang Asal yang terlibat didalam berbagai pertubuhan NGO orang Asal dan dari Parti Keadilan Rakyat termasuklah Sdr Kin Kasim, Ketua PKR Ranting Kg Penderas, Sdr Hamid Tow, Timbalan Pengerusi Jaringan Kampong Orang Asal Negeri Pahang, Yusri Ahon, Pengerusi Jaringan Kampong Orang Asal Negeri Pahang; Mohd Namha, Ketua DAP cawangan Kg Sg Kiol; Sdr Ismail Leh, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Cabang Pekan; Fatimah Bahsin, Naib Ketua Wanita PKR Cabang Pekan dan Sdr Mustafa Sik, aktivis OA dari Kampong Pasu. Kehadiran penduduk Kg Pian melebihi 400 orang termasuk kanak-kanak. 100 orang lebih berada didalam rumah dan lebih 300 orang duduk secara bersepah-sepah memenuhi laman Bilik Gerakan, laman rumah Sdr Bahari dan laman rumah Wan Kisam, Ketua Ranting PKR Kampong itu. Yang paling membanggakan ialah kehadiran anak-anak muda yang selama ini hanya memberikan minat dan tumpuan kepada sukan seperti bolasepak, sepaktakraw dan bolatampar. "Ini adalah malam yang bersejarah," kata Cham Bakar. Cham Bakar adalah pemilik rumah yang dijadikan Bilik Gerakan. Kanak-kanak turut serta dan memberikan sign menang Rosnita bersama-sama dengan anak-anak muda melaungkan Reformasi! Hanuid Tow, Yusri Ahon sedang berbincang dengan Aliayasak AJK PKR Cbg Kuala Krau berbincang selepas Ceramah Fatimah Bahsin menasihatkan Orang Asal supaya tidak menjadi burung belatuk tetapi menjadi anak seluang yang tidak akan makan umpan, jangan lagi makan umpan dari UMNO/BN kerana anda akan merana seperti 55 tahun yang lepas, kata Fatimah Bahsin. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan