Rabu, 27 Jun 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Siasatan skandal Scorpene buat Najib tertekan

Posted: 26 Jun 2012 11:12 PM PDT


KUALA LUMPUR 27 Jun: Kerajaan Malaysia gagal menjawab persoalan berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut termasuk penjualan dokumen rahsia negara kepada syarikat pembuat kapal selam Perancis, DCNS.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berjanji untuk menjawab mengenai penjualan dokumen sulit oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Dewan Rakyat semalam bagaimanapun menafikannya dengan berkata, kerajaan tiada maklumat berhubung penjualan dokumen pertahanan negara kepada negara asing.
Beliau turut menafikan bahawa kementerian itu juga tidak pernah membayar komisen secara langsung, mahupun tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene.
Memetik laporan Reuters, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu merupakan Menteri Pertahanan, juga telah menafikannya.
Agensi berita itu juga mengatakan, kerajaan pimpinan Najib sedang berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu didedahkan di Mahkamah Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online.
Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tersebut.
Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan kontrak pertahanan yang besar memerlukan "pemindahan wang yang besar kepada individu dan/atau organisasi".
"Di Malaysia, biasanya … kerajaan pemerintah adalah pihak yang lebih banyak memperolehi manfaat," kata dokumen terbabit, merujuk kepada pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib.
Dokumen lain pula menyebut, bekas Ketua Eksekutif DCNS berkata, Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai tidak lebih daripada "agensi pelancongan" yang diwujudkan bagi mencetuskan "pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya."
Pembunuhan Altantuya
Joseph Braham, peguam yang mewakili Suaram di Mahkamah Perancis memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah salinan asalnya.
"Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar," kata Breham.
Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu.
Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana Najib mesti lakukan Mac depan.
Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan.
Breham berkata kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36 juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara.
Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.
Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006.
Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.
Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh abad.
"Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib)," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kepada Reuters dalam satu majlis makan malam baru-baru ini untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan guaman Suaram. Berita asal di sini.
(Disunting dan diterjemah The Malaysian Insider)

Projek NFC: Pengerusi PAC akui SOP Kementerian Kewangan, Pertanian lemah

Posted: 26 Jun 2012 09:51 PM PDT

dipetik daripada Keadilan Daily


KUALA LUMPUR 27 Jun: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati wujud kelemahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung penganugerahan kontrak projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dipetik sebuah portal berkata, ini termasuk kelemahan dalam aspek memberi arahan dan kawalan dalaman Kementerian Kewangan kepada agensi-agensi yang tidak mantap.
"Didapati pegawai yang mewakili kementerian (Kewangan dan Pertanian) dalam NFC tidak begitu mahir dalam tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah.
"Mungkin tahu (tanggungjawab) tapi tindakan-tindakan untuk pastikan sesuatu urusan berjalan dengan sepatutnya tidak dibuat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa tersebut di Parlimen semalam.
Hadir sama, pegawai-pegawai tertinggi kedua-dua kementerian berkenaan serta wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Azmi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, PAC dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mengeluarkan SOP baru untuk dipatuhi pegawainya yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat atau projek.
"Saya tidak tahu setakat mana ia akan ditingkatkan tapi kami berharap ia akan dipertingkatkan," katanya dipetik.
Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang juga anggota PAC berkata, antara SOP yang diberi perhatian dalam penilaian mesyuarat itu adalah cara perjanjian projek ladang lembu itu dirunding dan dimeterai.
Selain itu, katanya, pengeluaran wang, pengawalseliaan laporan kemajuan, tugas pengarah syarikat yang kerajaan mempunyai kepentingan serta pengendalian akaun syarikat juga diteliti.
Dalam pada itu, Azmi berkata, PAC juga meminta kerjasama Jabatan Audit Negara untuk meneliti beberapa dokumen tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.

Tiada ulasan: