Khamis, 14 Jun 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


KEADILAN NS tetap bersedia andainya PRU 13 berlangsung Mac 2013

Posted: 14 Jun 2012 03:21 AM PDT

Tarikh pilihanraya umum di negara ini umpama 'suatu misteri politik' yang hanya diketahui oleh Perdana Menteri.

Kepastian jelas tentang misteri tersebut adalah ia antara strategi politik pemerintah BN untuk mencetuskan tanda tanya dan usaha 'melemahkan' daya juang pembangkang tanpa pihak pembangkang mengetahui tempoh sebenar PRU yang bakal berlaku.

Tanpa pengumuman awal tarikh pilihanraya sebagaimana yang dilakukan di Amerika Syarikat,   Eropah dan beberapa negara Asia lain, pemerintah BN dilihat memanipulasi tempoh masa yang 'menjadi misteri dan rahsia' itu untuk memperkukuhkan pengaruh politik dikalangan rakyat tanpa melibatkan pembangkang dalam situasi berkenaan.

Walau apa sekali terjadi, Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN Negeri Sembilan akan tetap bersedia  menghadapi gelora PRU-13 seandainya ia berlaku pada Mac 2013. Semangat juang bagi menghadapi pilihanraya tersebut bukan suatu cakap-cakap kosong politik tetapi ia adalah kehendak mengambilalih teraju pemerintah negara dan Negeri Sembilan ke arah membina kembali kesejahteraan hidup rakyat.

Pergolakan Dalaman Umno NS

Pertentangan dalaman yang berlaku dalam Umno Negeri Sembilan bukan lagi suatu rahsia politik, malah rakyat kebanyakan menyedarinya. Malahan orang-orang dalam organisasi tersebut juga sendiri yang menghebahkan kepincangan politik dalaman mereka. Tsunami 2008 menggoncang benar segala isi dalam pertubuhan kebangsaan Melayu itu dan memecahkan 'perpaduan politik' sesama mereka.

Kedudukan MB sendiri sebagai Pengerusi pertubuhan tersebut mulai dicabar dan telah ada pimpinan Umno lain-lain bahagian telah membayangkan untuk menduduki kerusi Menteri Besar NS selepas PRU-13 ini. Perebutan dan hebahan wajah-wajah yang dikatakan bakal menggantikan Mohammad Hasan sebagai MB NS telah mula bertebaran di seluruh negeri. Pelbagai spekulasi politik didengari namun masih belum ada perkhabaran mutlak tentangnya.

Ke Arah Menawan NS

Keadaan politik dalaman Umno NS yang bergelora itu, harus digunakan sebaik mungkin oleh jentera PR khususnya KEADILAN NS dalam memperbaiki dan memperkemaskan strategi dan gerak kerja. Ia suatu cabaran besar dan bukan suatu kerja mudah untuk memecah benteng tradisi Umno di kawasan-kawasan pedalam dan luar bandar.

Harapan mempertahankan kemenangan lalu tetap besar dan kemungkinan untuk PR menawan Negeri Sembilan cukup tinggi. Adalah penting bagi KEADILAN NS memperkasakan jentera dan memperkemaskan strategi terutama dalam penyampaian dan sebaran maklumat kepada rakyat. Kegagalan penyampaian maklumat tepat kepada rakyat khususnya di luar bandar memungkin kegagalan mencapai kemenangan.


Bekas Pengerusi Kita Kedah ejen BN untuk beli 2 MP Pakatan

Posted: 14 Jun 2012 02:31 AM PDT


dipetik daripada Keadilan Daily
(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 14 Jun: Bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim antara lima individu yang terdapat dalam rakaman video cubaan membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Pakatan).
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di Parlimen hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, Zamil bertindak sebagai salah seorang ejen kepada Umno BN untuk memujuk dua Ahli Parlimen Pakatan lompat parti dengan tawaran RM2 juta.

Bekas ADUN Umno: Rakyat NS tidak mahu Mohamad

Posted: 14 Jun 2012 02:28 AM PDT

dipetik daripada FreeMalaysiaToday

Sekumpulan ahli veteran Umno Negeri Sembilan telah mengetengahkan perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

REMBAU: Negeri Sembilan dalam bahaya jika BN masih mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding dalam pilihan raya umum 13.

"Rakyat Negeri Sembilan mengatakan mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding sekali lagi.
"Mereka kata,jika Mohamad bertanding, mereka tdak akan undi BN," kata bekas ADUN BN Chembong, Datuk Mohamd Rais Zainuddin.
Menurutnya, sekumpulan ahli veteran Umno Negeri Sembilan telah mengetengahkan perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Tazak.
Katanya, rakyat tidak gembira dengan Mohamad dan meminta beliau tidak bertanding mana-mana kerusi DUN di Negeri Sembilan.
"Mereka kata, mereka tidak gembira dengan keluarga Mohamad. Ini pandangan rakyat, saya cuma memberitahu.
"Jika Najib mengutamakan rakyat, beliau harus melihat dan mempertimbangkan perkara ini dengan serius, " kata Mohamad Rais yang juga bekas AJK Umno Rembau.
Katanya, rakyat yang sayangkan BN dan Umno bimbang Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang jika Mohamad terus bertanding dalam PRU 13.
Sementara itu, seorang AJK Umno Rembau memberitahu,  penyokong bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad yang tidak gembira dengan Mohamad.
"Mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding lagi di DUN Rantau," kata  Mohd Fauzi Othman.
'Orang Isa tidak suka Mohamad'
Mohamad bekas tokoh korporat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU 12. Beliau juga merupakan Ketua Umno Rembau.
Kata Mohd Fauzi, orang Isa masih belum puas dengan Pengerusi Felda itu yang telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 21 tahun itu.
"Orang Isa tidak suka kepada Mohamad, mungkin mereka sudah tidak dapat apa yang mereka dapat semasa Isa menjadi Menteri Besar.
"Tapi apa yang Isa buat selama menjadi Menteri Besar? Sepatutnya Negeri Sembilan sudah jadi seperti Melaka jika ditadbir secara korporat.
"Ini yang mahu dibuat oleh Mohamad iaitu membangunkan Negeri Sembilan secara korporat.
"Cara ini (korporat)  mungkin menyebabkan orang tidak suka kepada Mohamad tetapi ia sesuai untuk pembangunan Negeri Sembilan," katanya lagi.
Menurut Mohd Fauzi, bagaimanapun beliau tidak mendengar bahawa  Mohamad akan bertanding di Parlimen atau DUN lain dalam PRU 13.
Katanya, Mohamad akan kekal di DUN Rantau dan pengundi serta boleh menerima pemerintahannya secara korporat yang sesuai dengan perkembangan semasa Negeri Sembilan yang berkembang pesat.
"Tanya rakyat Negeri Sembilan, apa beza Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang dengan Menteri Besar sebelum-sebelum ini?" katanya lagi.
Mohd Fauzi yakin Mohamad akan kekal bertanding di DUN Rantau kerana beliau merupakan anak jadi kawasan tersebut.
Mohamad disebut-sebut akan bertanding di DUN Paroi yang kini diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abdul Ghani dalam PRU 13.

Peneroka menang di Kuantan, lebih banyak saman menyusul

Posted: 14 Jun 2012 02:17 AM PDT

dipetik daripada FreeMalaysiaToday


Dua bank berkenaan ialah CIMB Bank dan Amislamic Bank sebagaimana diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya hari ini.


PETALING JAYA: Lebih ramai peneroka akan memfailkan saman terhadap Felda berikutan kemenangan 147 peneroka menghalang dua bank memproses pinjaman yang ditanda tangani mereka.

Dua bank berkenaan ialah CIMB Bank dan Amislamic Bank sebagaimana diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya hari ini.
Peneroka dari Pahang dan Negeri Sembilan itu memohon injunksi mahkamah dengan 'inter parte' bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani mereka pada 21 Mac lalu.
Alasan peneroka ialah mereka tidak memahami isi kandungan dan menandatangi dalam keadaan dan tergesa-gesa.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang dihubungi hari ini ,berkata sekurang-kurangnya 100 peneroka dari Johor dan Terengganu akan mengemukakan saman sama kepada Felda pada minggu depa.
Halang FGV
Selepas itu menyusul peneroka-peneroka Felda dari Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang akan mengambil tindakan sama.
"ANAK sedang mengumpul maklumat mengenai peneroka di Johor dan Terengganu yang mahu berbuat demikian tetapi menjangkakan paling kurang 100 orang," tambah beliau.
"ANAK juga menggesa peneroka yang telah menyerahkan boran pinjaman supaya mengemukan saman untuk kebaikan merka juga.
"Kira-kira 80, 000 peneroka dari 112, 635 peneroka telah menyerahkan borang pinjaman untuk membeli saham Felda Global Ventures FGV) Holding Berhad.
"ANAK akan melakukan apa sahaja untuk menghalang penyenaraian FGV yang dijadualkan 30 Jun ini," katanya.

Tiada ulasan: