PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- PRU 13 diramal Mac depan – Anwar
- Cemas hadap PRU, Najib tambah RM1.5 juta untuk beli pengundi
- Bakal menantu Najib tipu RM62 juta
PRU 13 diramal Mac depan – Anwar Posted: 12 Jun 2012 09:22 PM PDT KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum ke-13 diramal berlangsung sekitar Mac 2011 berikutan Umno bimbang berlaku perbalahan pada pemilihan parti itu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jangkaan itu dibuat Ketua Umum Parti KEADILAN Nasional berikutan pengumuman Najib yang menyatakan pemilihan Umno ditangguh selama 18 bulan untuk proses 'pemantapan' serta 'pemulihan parti pemerintah itu. Sebaliknya, pemerhati politik percaya penangguhan itu dibuat kerana Umno takut timbul perbalahan yang tidak dapat dibendung hingga menyukarkan mereka menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Umno tidak berani mengadakan pemilihan (mengikut jadual) kerana mereka tidak cukup kuat dan takut menghadapi perwakilan mereka', kata Anwar. Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pula percaya penangguhan pemilihan Umno itu berlaku kerana Umno dalam keadaan lemah dan tidak yakin ahlinya cukup bijak untuk melalui proses pemilihan. Beliau mengambil contoh terdapat mesyuarat tahunan Bahagian Umno di Kelantan yang tercetus pergaduhan dan hanya dapat diselesaikan apaila polis melepas tembakan amaran. Desas-desus pilihan raya umum diadakan dalam jangka masa terdekat mula kedengaran apabila Najib diuar-uar mahu melakukan rombakan Kabinet pada hujung tahun ini. |
Cemas hadap PRU, Najib tambah RM1.5 juta untuk beli pengundi Posted: 12 Jun 2012 09:21 PM PDT dipetik dari Keadilan Daily (Oleh Mohd Martin Kahar) KUALA LUMPUR 12 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Perdana Menteri kerana meluluskan wang berjumlah RM1.5 juta sebagai tambahan kepada setiap Ahli Parlimen BN untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13). Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, perkara tersebut menyalahi peraturan kewangan sekaligus menunjukkan Umno BN cemas dan terdesak dalam menghadapi pilihan raya. "…Apa yang memeranjatkan (apabila) Najib beritahu Dewan Rakyat, Ahli Parlimen (BN) boleh beri wang tunai RM1,000 hingga RM5,000 kepada pengundi. "Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang tidak mempedulikan peraturan kewangan kerana terlalu cemas menghadapi PRU13," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di bagunan Parlimen hari ini. Turut serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Dalam pertemuan pre-coucil dengan Ahli-ahli Parlimen BN semalam, difahamkan Datuk Seri Najib Razak juga membenarkan mereka membelanjakan RM1,000 hingga RM5,000 secara tunai kepada pengundi. Difahamkan juga, sejumlah RM300,000 akan diberikan pada peringkat awal kepada setiap Parlimen BN pada Khamis ini. Dakwaan ini mungkin benar sebagaimana pendedahan bekas Menteri Kabinet yang isytihar keluar Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bahawa BN sedang menggunakan 'taktik bom' iaitu menabur wang untuk membeli undi di kampung-kampung. "Dia (Najib) beritahu minta disegerakan dan tumpu kepada pemuda dan wanita dan kerajaan akan pertahankan tindakan itu. "Langkah paling baik adalah bantahan rakyat dan pilihan raya," kata Ketua Umum KEADILAN itu lagi. |
Bakal menantu Najib tipu RM62 juta Posted: 12 Jun 2012 09:19 PM PDT dipetik dari Keadilan Daily KUALA LUMPUR 12 Jun: Bakal menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Daniyar Nazarbayev, warganegara Kazakhstan didakwa terlibat dalam penipuan. Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan Amerika Syarikat, tunangan anak perempuan Najib itu didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu. Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan. Bagaimanapun, sumber akhbar itu dipetik berkata, Daniyar sebenarnya bersekolah di Switzerland dan gagal menamatkan pelajaran. Sementara rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010. The New York Post turut melaporkan, jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya. Keadilan Daily sebelum ini melaporkan Najib telah menghabiskan sebanyak RM1 juta dalam lawatannya ke Kazakhstan. Perbelanjaan untuk lawatan dua hari Perdana Menteri ke negara itu didedahkan Kementerian Luar Negara di Dewan Rakyat pada Oktober tahun lalu. Jumlah keseluruhan kos lawatan singkat tersebut berjumlah RM1,072,213.22 yang dibelanjakan Najib dan rombongannya ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam, Jun tahun lalu. Lawatan itu kononnya berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan kritikan apabila ia digunakan bagi merisik bakal menantunya, Daniyar. Sehingga kini, pasangan Nooryana Najwa Najib dan Daniyar masih belum mendirikan mahligai perkahwinan. Rakyat bagaimanapun menanti reaksi Perdana Menteri berhubung penipuan oleh bakal menantunya itu. Berita asal di sini |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan