MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
Posted: 10 Jun 2012 07:20 AM PDT |
Posted: 10 Jun 2012 05:37 AM PDT Penghijrahan Wilfred Dan Lajim Belum Dapat Disahkan Sehingga kini dua tokoh politik terkenal Sabah dikatakan telah meninggalkan parti dan akan menyertai Pakatan Rakyat, iaini Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Wilfred Bumburing dan pendokong Umno Sabah Lajim Ukin belum menjadi kenyataan. Walaupun penyertaan mereka dilaporkan sudah diumumkan di Kota Kinabalu petang ini tetapi ia masih belum disahkan. Seorang bekas tokoh Umno yang sudah pun menyertai PKR dihubungi sekejap tadi tidak dapat mengesahkan apakah kedua tokoh itu sudah menyertai Pakatan Rakyat atau tidak. "Saya ada dengar nama mereka diumum petang tadi katanya telah keluar BN, tetapi tidak dapat disahkan," katanya. Tokoh itu yang ketika ini sedang menghadiri majlis makan malam bersama Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu memberi tahu Wilfred Bumburing dan Lajim Ukin tiada dalam majlis itu dan kehadirannya sedang ditunggu. Dengan maklumat itu tidak dapat disahkan apakah kedua mereka sudah meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat khasnya PKR atau tidak. Sementara itu menurut sumber banyak lagi tokoh-tokoh politik di Sabah termasuk bekas pemnimpin Usno yang telah dibubarkan akan bertindak menyertai Pakatan Rakyat. Sekiranya berita ini benar perkembangan yang berlaku di Sabah ini amat membimbangkan UBN dan menyebabkan jalan menjadi semakin sukar untuk Ha Najib Razak mengumumkan pembubaran parlimen. [wm.kl.8:23 pm 10/06/12] Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan