Anwar Ibrahim |
- Ancaman DR Kassim Ahmad Terhadap Anwar Ibrahim : Nilai Rendah Seorang Sarjana Melayu
- Saman Anwar Terhadap Khairy Didengar 14 Dan 20 Nov
- PKR Wants Probe on Ampang LRT Job Award
- Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Melaka
Ancaman DR Kassim Ahmad Terhadap Anwar Ibrahim : Nilai Rendah Seorang Sarjana Melayu Posted: 29 Jun 2012 04:54 AM PDT Tiada perkara yang memalukan nilai intelektual yang dijulang tinggi dalam masyarakat, apabila seorang sarjana mencerca seseorang yang lain apatah lagi dengan mengancam menggunakan kata-kata yang mencerminkan kerendahan nilai diri sendiri. Terdorong dengan ucapan 'separa sedar' yang dikeluarkan oleh Dr Kassim Ahmad, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) percaya wujud sesuatu yang tidak kena pada nilai diri Dr Kassim sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan supaya Dato Seri Anwar Ibrahim digantung kerana dituduh mengkhianati rakyat. Malah dalam wawancara itu, Dr Kassim turut menghina himpunan rakyat pada 1998 yang diketuai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai perhimpunan ala Nazi, dan sekaligus menafikan hak rakyat untuk berhimpun dan menyatakan ekspresi terhadap kebobrokkan yang berlaku dalam negara. AIC menyelar dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Dr Kassim Ahmad ini dan kecewa kerana merasakan perkara ini hanya berpaksi kepada kemarahan peribadi dan memuaskan hati sendiri semata-mata, Tuduhan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang yang mengarahkan pengharaman buku tulisannya adalah satu lagi rungutan tidak berasas. AIC hairan bagaimana seseorang yang terpelajar, dan masak dengan susur galur politik negara boleh dipergunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik orang lain. Sebagai mantan Presiden sebuah parti Sosialis, Dr Kassim Ahmad tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam politik Umno apabila menyertai parti itu kemudiannya dan inilah faktor utama yang mendorong kekecewaannya. MUHASABAH DIRI DAN HIDUP DALAM REALITI Dr Kassim Ahmad sewajarnya bermuhasabah diri dan hidup dalam kenyataan bahawa tidak ada sesuatu yang sempurna dalam kehidupan sebagai ahli akademik dan politikus. AIC sebagai suara anak muda ingin menolak kebencian yang cuba ditanam oleh Dr Kassim Ahmad bukan sahaja kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, tetapi juga kepada mana-mana individu politik di negara ini. Sebagai seorang sarjana, Dr Kassim Ahmad harus sedar bahawa beliau sudah diberi peluang yang banyak untuk membuktikan kajian serta pandangannya. Beliau , pada 26 tahun yang lalu telah diberi ruang berdebat dengans seorang lagi tokoh iaitu Dr Ahmad Awang namun gagal meyakinkan umum tentang ideanya yang jelas menolak hadis. Hiduplah dalam realiti bahawa tidak ada salahnya mengakui kesilapan diri, sebaliknya mengembalikan realiti itu untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih baik. Tindakan dan amarah Dr Kassim Ahmad tidak menyumbang satu apa pun ke arah kebaikkan negara, tetapi inilah punca perpecahan dan kegoyangan intelektual yang akan menular dalam masyarakat. Jika seorang sarjana boleh mengeluarkan satu kenyataan dan ancaman dahsyat, maka tidak hairan negara akan melahirkan generasi yang lebih tersasar pemikiran dan waktu itu Dr Kassim Ahmad pasti termenung memikirkan bahawa inilah jasa yang beliau taburkan dalam benih pembentukkan bangsa. AIC dengan tegas menolak segala ancaman dan kenyataan keras Dr Kassim Ahmad, dan tidak apologetik untuk mengkritik tindakannya. Sebagai generasi baru, AIC tidak memilih untuk kagum dengan kelantangan Dr Kassim Ahmad yang tiada standard, malah akan melawan sekeras-kerasnya politik dan kenyataan kebencian yang serupa. AIC percaya seseorang ahli akademik dan sarjana akan datang boleh menjadikan Dr Kassim Ahmad sebagai satu rujukan bahawa tidak semua perkara yang kita lakukan boleh dan berupaya menjadikan diri kita sebagai betul, sesekali berpijaklah di realiti dan terimalah kekalahan pemikiran sebagai pedoman. GENERASI PENGGERAK ZAMAN SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD |
Saman Anwar Terhadap Khairy Didengar 14 Dan 20 Nov Posted: 29 Jun 2012 01:33 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta beliau terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada November depan. Ia berhubung perkataan berunsur fitnah oleh Khairy yang dimuat naik dalam beberapa laman web menerusi klip video. Mengikut sebuah portal, peguam J Leela, yang mewakili Anwar memberitahu, Ketua Umum KEADILAN itu dan seorang wartawan akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut. Leela dipetik berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng menetapkan 14 dan 20 November untuk mendengar kes saman itu selepas bertemu beliau dan peguam Faizal Faiz, yang mewakili Khairy, di dalam kamarnya, hari ini. Katanya, hakim turut memerintahkan kedua-dua pihak supaya memfailkan ringkasan kes, senarai saksi dan isu yang akan dibicarakan. Anwar memfailkan saman berkenaan pada 7 Mac 2008 dengan mendakwa Khairy, ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and Kin No Threat', dimuat naik dalam beberapa laman web, termasuk Malaysiakini. Anwar memohon RM100 juta dalam ganti rugi teruk dan teladan, selain relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. |
PKR Wants Probe on Ampang LRT Job Award Posted: 29 Jun 2012 12:38 AM PDT PKR has demanded that the prime minister be investigated for alleged criminal breach of trust and abuse of power in the awarding of a RM960million contract for the Ampang Light Rail Transit (LRT) extension project. The party's chief strategist, Rafizi Ramli, told reporters today that he has "solid, documentary proof" that Datuk Seri Najib Razak intervened in the awarding of the contract, and has lodged a police report against the PM. "What really alarmed us is that the prime minister himself has decided to give it to the George Kent consortium. We have solid proof in the form of documentary evidence that the PM has intervened and reversed the committee's decision," Rafizi said. PKR had previously questioned a Business Times report that a George Kent Bhd joint venture could win a RM960 million contract for the Ampang LRT extension project, saying the consortium was knocked out in the bidding process. Rafizi had said on June 22 he "can expose that George Kent is not the consortium who was chosen in Prasarana's open tender process" despite the speculation in the business daily. The Malaysian Insider reported this morning that the speculated winner of the Ampang LRT system works, the George Kent consortium, was one of three bidders which failed both the technical and commercial evaluation for the RM960 million contract. Sources told The Malaysian Insider that only five of the eight bidders passed the technical and commercial evaluation stage but project owner Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) finally recommended one of the two South Korean consortiums in the running — PDA Consortium — as the other consortiums were said to not have complied with all conditions. PKR officials have shown copies of official documents to the press, showing that the Ministry of Finance's (MoF) Acquisition Committee, which met this January 25, had decided to award the contract to Balfour Bratty Invensys Consortium. The committee is the highest decision-making body in the MoF and is chaired by Najib himself, who is also finance minister. "The prime minister knows that certain decisions made on the committee level would have proven what we are saying is right. "We will drag this issue, more and more proof is coming," Rafizi added. |
Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Melaka Posted: 29 Jun 2012 12:25 AM PDT Merdeka Rakyat 1) 5.00 – 6.30 ptg – Hi- Tea di Kampong Lekuk, Masjid Tanah 2) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib Lokasi : Balai Islam, Bukit Rambai 3) 8.00 – 12.00 mlm – Jamuan Makan Malam Lokasi: Dewan Pay Fong, Jalan Kubu, Melaka Penceramah: 4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat Lokasi: Pejabat, Jalan Bukit Piatu, Penceramah: |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan