Jumaat, 22 Jun 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


RM3 bilion: Jika Wujud, Mahathir Takkan Lepaskan Peluang

Posted: 22 Jun 2012 04:24 AM PDT

KeadilanDaily

KUALA LUMPUR 21 JUN: Mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sebagai pendendam, akan melepas peluang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah jika akaun RM3 bilion benar-benar wujud.

“Ingat Mahathir boleh bagi peluang saya hidup jika akaun itu betul wujud? Sedangkan dulu tak ada kes pun beliau boleh belasah dan penjarakan saya,” kata Ketua Pembangkang itu.

Ketua Umum KEADILAN itu, berkata tindakan pasti diambil Mahathir sejak 12 tahun lalu jika akaun berkenaan, terbukti wujud.

Berucap depan lebih 2,000 rakyat di Setiawangsa, beliau memberi penjelasan betapa siasatan kes itu sudah lama ditutup kerana ternyata tiada bukti.

Katanya, ia disokong akuan sumpah dari bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris yang mengetuai siasatan kes itu.

Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR menjalankan siasatan terperinci hingga ke Singapura dan United Kingdom.

“Tapi sekali lagi, bila terbukti tiada kes terhadap saya, Mahathir mengarahkan Razak jangan beritahu sesiapa.

“Di Parlimen, ada beberapa ahli parlimen BN mengganggu perbahasan dengan menjerit ’3 bilion’ lalu saya duduk dan minta mereka bangun untuk bertanyakan soal itu.

“Tak ada pula yang nak bangun. Kamu guna media seperti TV3 dan Utusan untuk hina saya tapi bila saya cabar berdepan, semua ‘kelu lidah’ tidak berkata,” katanya.

Anwar juga menolak fitnah kononnya Mahathir akan dituduh dengan tuduhan palsu sebagai membalas dendam apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

“Saya tak pernah berniat jahat. Sekalipun untuk heret sesiapa ke penjara jika Pakatan menang pilihan raya. Tak kiralah Mahathir, Najib mahupun Rosmah.

“Saya cuma mahu buktikan kita boleh tadbir negara dengan baik,” katanya yang disambut tepukan gemuruh.

Seri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pulau Pinang

Posted: 22 Jun 2012 12:48 AM PDT

Merdeka Rakyat

24 Jun 2012 (Ahad)

1)    2.30 ptg – Santai / Teh Tarik Di Taman Pauh Jaya, Seberang Jaya

2)    5.00 ptg – Hi-Tea

       Lokasi: Dewan JKKK Simpang 3 Kubang Ulu , Kuala Mengkuang

3)    7.15 mlom – Solat & Tazkirah Maghrib Serta Pelancaran  

                         Masjid  Berkembar Gaza Dan Kubang Semang

        Lokasi : Masjid Kubang Semang

4)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

      Lokasi:  Padang Awam Taman Bersatu, Nibong Tebal

                    (Hadapan Sek Tuanku Abd Rahman)

5)    Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YB Dato' Mansor Othman

iii.                YB Law Choo Kiang

iv.               YB Maktar Shapee

v.                 YB Tan Beng Huat

vi.               Sdr Che Gu Bard

Tiada ulasan: