Rabu, 20 Jun 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Dialog Anak Muda Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim #MeetAnwar Edisi Ke 6 Di Perak Darul Ridzuan

Posted: 20 Jun 2012 08:31 AM PDT

Program Dialog Anak Muda bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali #MeetAnwar  anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) edisi-6 diadakan di Negeri Perak Darul Ridzuan. Detail acara adalah seperti berikut:

Tempat: Hotel Hill City, Ipoh Perak
Tarikh: 23 Jun 2012 (Sabtu)
Masa: 2.00 – 6.00 Petang

Tentatif Program


 2.00 ptg : Pendaftaran Peserta

3.00 ptg : Ucapan Pemimpin Muda bersama hadirin

i) Saudara Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR)
ii) Saudari Siti Aishah (Srikandi PKR)

3.30 ptg : Program Dialog Anak Muda bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim

6.00 ptg : Sesi Bedah Buku Anjuran #AICLibrary “Islam & Melayu: Martabat Ummah, Daulah Rakyat – Karya Dr Siddiq Fadzil”

Malam: Pada sebelah Malam pula, AIC Perak mengadakan program forum “Seni Sebagai Senjata Politik” menampilkan Sdr Hasmi Hashim, Sdr Najwan Halimi & Sdr Huzaimin.

 Klik Link tersebut dan sila isi Borang Pendafataran Online untuk RSVP tempat anda : http://aicmalaysia.blogspot.com/2012/06/pendaftaran-meetanwar6-perak.html

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara diugut ejen BN – Saifuddin Nasution

Posted: 20 Jun 2012 01:00 AM PDT

 KeadilanDaily

Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion.

"Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi…Kita tahu nama pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian.

"Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut…Kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan," kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian ketika memohon laluan semasa perbahasan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen hari ini.

"Saya minta izin kepada Permatang Pauh, terima kasih…Oleh kerana sebelah sana (Ahli Parlimen BN (MP BN)) tak berani bangun, maka saya bangun. Kerana ia cabaran terbuka," katanya selepas MP BN gagal berdiri apabila dicabar Anwar membangkitkan isu tersebut.

"Saya berpendapat, kita harus tunggu cabaran daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk kita dedahkan pula. Berani tak mereka membuat cabaran terbuka seperti ini? soal Saifuddin.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mencabar MP BN berdiri membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau menyorokkan RM3 bilion.

Berikutan kegagalan kesemua MP BN menyambut cabaran Anwar itu menyebabkan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN menyambung hujah menangkis tuduhan tersebut dengan membacakan pengakuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris.

Rakaman Perbahasan Dato Seri Anwar Ibrahim Di Parlimen,Cabar MP UMNO BN Isu Akaun 3 bilion

Posted: 20 Jun 2012 12:18 AM PDT

Are Subsidies For Rakyat Or Cronies

Posted: 20 Jun 2012 12:04 AM PDT

Malaysiakini

Opposition Leader Anwar Ibrahim is questioning whether the rising federal subsidies are for the benefit of the rakyat or for crony companies.

He pointed to the ever-increasing fuel, toll and sugar subsidies that have ballooned several times over in the latest supplementary budget.

“When you hear 'subsidy’ you think it is for the rakyat, but I would like to contend that it is for the cronies,” Anwar argued at a press conference in the Parliament lobby today.

Bajet Tambahan Najib : Peningkatan Subsidi Kepada Kroni

Posted: 19 Jun 2012 11:58 PM PDT

Harakah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar peningkatan keterlaluan bayaran subsidi dalam bajet tambahan 2012 yang didakwa hanya untuk keuntungan syarikat kroni.

Beliau memberi contoh pertambahan subsidi bahan bakar sebanyak RM7.5 bilion lagi daripada bajet asal 2012 iaitu RM17 bilion.

Selain bahan bakar, subsidi untuk gula juga ditambah RM367 dari bajet asal RM200 juta menjadikan jumlah keseluruhannya RM567 juta.

“Kita nak tanya dan menteri harus jawab, siapa dapat manfaat langsung dari tambahan subsidi ini.

“Berapa untung Tradewinds (Corporation Bhd) syarikat Syed Mokhtar dalam subsidi gula ini,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mempersoal penambahan ke atas subsidi tol sebanyak RM343 juta lagi dari bajet asal RM446 juta.

“Sudah pastinya dalam kes ini keuntungannya kepada syarikat kroni itu keterlaluan.

“Rakyat nak tahu siapa nominee, bekas timbalan menteri mana, timbalan perdana menteri mana, bekas perdana menteri mana,” katanya.

Pakatan Rakyat Tawar Permit Teksi, Bukan Sekadar 4 Tayar

Posted: 19 Jun 2012 10:00 PM PDT

KeadilanDaily

SABAK BERNAM 20 Jun: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pemandu teksi mampu menilai tawaran yang lebih baik untuk kehidupan mereka, antara permit dan empat tayar kereta.

“Kalau mahu empat tayar, sokong Umno. Mahu permit teksi, kamu sokong Pakatan Rakyat.  Insya-Allah,” kata Ketua Pembangkang itu.

Berucap depan lebih 2,000 rakyat di sini, Anwar menyifatkan sogokan  itu hanya taktik Umno BN untuk meraih undi pemandu teksi semata-mata.

“Apa beza dasar kita dengan dia (Umno) untuk bela pemandu teksi. Saya sudah umum berulang kali, siapa ada permit teksi, dia mesti bawa. Kalau tak bawa, kena bagi balik.

“Ada ketua Umno cawangan pegang 250 permit teksi. Bekas menteri ada 30 permit teksi. Ketua Pemuda Umno (bahagian) ada 15 permit teksi. Buat apa ini?

“Perniagaan besar kamu ambil, drebar teksi pun kamu ambil. Lepas itu, laung Hidup Melayu,” sindirnya dan disambut sorakan rakyat.

Anwar tidak teragak-agak memanggil semua pemilik permit teksi untuk diserah kepada pemandu apabila Pakatan menang pilihan raya umum ke-13.

“Kita panggil semua tan sri yang pegang banyak permit. Tanya jika mahu permit, mesti bawa teksi tapi boleh satu sahaja. Selebihnya, bagi balik. Tak sanggup bawa, bagi balik kepada drebar teksi.

“Tapi Umno jawab apa? Dia bagi empat tayar. Saya hendak tanya pemandu teksi, kamu nak permit teksi atau empat tayar?” katanya yang disambut sorakan menolak sogokan Umno BN itu.

Baru-baru ini, kerajaan Umno BN cuba menawan hati pemandu teksi dengan membuat sogokan empat tayar melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Ia dibuat dengan menyogok baucar bernilai RM520 untuk ditukar dengan empat tayar tetapi pemandu teksi perlu keluar duit poket sendirti  jika harga melebihi had yang ditawar.

Tahniah Kepada Dr Muhammad Morsi Dan Rakyat Mesir

Posted: 19 Jun 2012 09:21 PM PDT

Pakatan Rakyat mengambil maklum tentang kejayaan yang dilakar calon Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP), Dr. Muhammad Morsi menerusi peratusan undi melebihi 50 peratus di dalam keputusan Pilihanraya Mesir yang paling mutakhir. Kami juga bersama dalam mengucapkan tahniah kepada Dr. Muhammad Morsi yang dipilih majoriti rakyat Mesir dan menyaksikan sokongan menyeluruh kumpulan konservatif dan juga kelompok sekular atas nama demokrasi.

Keputusan ini dicatat oleh Parti FJP di dalam suasana tegang yang menyaksikan pengumuman Menteri Keadilan lantikan tentera Mesir yang mengumumkan darurat, justeru memberi kuasa penuh kepada Tentera Mesir sekaligus membubarkan parlimen.

Pun begitu, dokongan dan undi majoriti yang masih diraih Dr. Morsi membuktikan iltizam warga Mesir untuk memilih kerajaan demokratik, bukannya sebarang regim yang masih berada di dalam genggaman ketenteraan.

Pengumuman tentera Mesir juga tidak membantu kuasa parlimen Mesir untuk melakar deraf perlembagaan baru bagi Negara tersebut, yang akhirnya merampas kuasa serta hak yang termaktub dalam mana-mana Negara demokrasi.

Sehubungan dengan itu juga, KEADILAN, PAS dan DAP meminta pihak kerajaan Malaysia, Majlis Tertinggi Ketenteraan Mesir (SCAF) dan masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya untuk menghormati keputusan majoriti rakyat Mesir dan tidak campur tangan demi memastikan ketenangan dan semangat demokrasi kekal bersinar di Mesir.

Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai
Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera
Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

——————

MEDIA STATEMENT FROM PAKATAN RAKYAT REPRESENTATIVES
20 June 2012
FOR IMMEDIATE RELEASE

Pakatan Rakyat wishes to congratulate Dr. Muhammad Morsi, the candidate representing the Freedom and Justice Party during Egypt's Presidential Elections by garnering more than 50 percent votes in the concluding round of an election that saw unified support both from the conservative as well as the secular groups in Egypt.

The results were obtained despite the tense situation that saw the Military appointed Justice Minister declare martial law, transferring Parliament's legislative powers to the military – which effectively holds the power to enforce law and order.

Such announcements by the Military are considered unnecessary intervention in assisting Egypt's successful democratic transition.

As such, we hope that the results of the recently concluded Presidential election would be fully supported not only by the Supreme Council of the Armed Forces, but also the Malaysian government and the world community at large. Plans by the political parties to convene parliament must be supported, as do their commitment towards the creation of a civil, democratic and constitutional state.

Nurul Izzah Anwar, MP for Lembah Pantai
Liew Chin Tong, MP for Bukit Bendera
Dr Dzulkefly Ahmad, MP for Kuala Selangor

Tiada ulasan: