Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Serangan obor-obor di pantai Port Dickson
- Gempa bumi di Ipoh, apa jawapan Kementerian Pertahanan?
- Pakatan licik konstabel muda
Serangan obor-obor di pantai Port Dickson Posted: 10 Jun 2012 11:12 PM PDT Berhati-hati apabila mandi di pantai. Bilangan obor-obor bertambah semasa musim mengawan yang berlaku pada bulan Mei hingga Jun. Pelajari rawatan kecemasan untuk menangani kes sengatan obor-obor. Syafie Naswip Terima Tujuh Suntikan Digigit Obor-Obor 11 Jun 2012 PETALING JAYA: Pelakon remaja, Syafie Naswip, menerima nasib malang kerana digigit obor-obor ketika sedang mandi di Pantai Batu Empat, Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan selepas tamat penggambaran drama bersiri Miscinta Rabu lalu. Syafie, 20, ketika dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, akibat kejadian itu dia terpaksa menerima tujuh suntikan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson, selama dua jam bagi mengurangkan bisa dalam badan. "Semasa kejadian saya dan beberapa krew drama Miscinta telah mandi di pantai itu bagi meraikan tamat penggambaran drama tersebut yang telah selesai kira-kira pukul 6.45 petang pada hari berkenaan. "Bagaimanapun setelah hampir 10 ke 15 minit saya mandi tiba-tiba lengan sebelah kanan saya telah disengat oleh obor-obor sehingga menyebabkan rasa sakit seperti terkena renjatan elektrik. Krew lain yang mandi tidak mengalami gigitan tersebut," ujarnya. Tambah Syafie, walaupun doktor mengesahkan kecederaannya itu tidak serius, kesakitan akibat bisa obor-obor itu masih dapat dirasainya walaupun telah diberi tujuh suntikan. Dalam pada itu, Syafie berkata, dia juga telah membuat pemeriksaan susulan di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaannya sudah beransur pulih. "Alhamdulillahlah doktor memberitahu keadaan saya semakin pulih namun diarahkan berehat dengan secukupnya. Sepanjang minggu lalu badan saya terasa begitu lemah," katanya. Bagaimanapun kata Syafie, dia tidak dapat berehat lama kerana bakal kembali ke set penggambaran Miscinta yang akan dihasilkan dalam bentuk telefilem pada Isnin (hari ini). Syafie memberitahu, selain drama itu, dia juga akan muncul dengan telefilem lain berjudul Cikgu Saodah arahan Azman Nor untuk siaran RTM. SENGATAN obor-obor berupaya mengakibatkan kematian pada mangsanya seperti yang terjadi di Pulau Langkawi yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini. Misalnya bilangan obor-obor bertambah semasa musim mengawan yang berlaku pada bulan Mei hingga Jun. Cara-cara mengelakkan sengatan obor-obor Sengatan obor-obor sering kali berlaku dalam keadaan berikut : - Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air. - Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut. Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia. - Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak. - Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah. Bahan rawatan Antaranya termasuklah sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis. Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap, keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan. Langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah seperti berikut :- - Basuh kawasan sengatan dengan air laut. - Jika sesungut obor-obor terdapat di atas kulit, gunakan perkakas bersesuaian seperti garpu atau memakai sarung tangan untuk membuang sesungut tersebut. - Kawasan sengatan kemudiannya direndam dalam larutan cuka (50 peratus) selama 30 minit. - Selepas itu, tuangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik (baking powder) ke atas tempat sengatan dan gunakan pisau untuk mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit kita. - Ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) pada kawasan sengatan. Jika perlu, gunakan air untuk menghilangkan rasa sakit. - Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera. |
Gempa bumi di Ipoh, apa jawapan Kementerian Pertahanan? Posted: 10 Jun 2012 06:57 PM PDT Pada 8 Jun 2012 sekitar jam 11.15 pagi dilaporkan berlaku gegaran atau "tremor" yang melanda beberapa kawasan sekitar Ipoh selama lebih kurang 5 minit. Gegaran ini telah menyebabkan pintu dan tingkap bangunan bergetar. Apakah punca kejadian gegaran ini dari gelombang sonik yang terhasil dari jet pejuang pada kelajuan tinggi? Apakah ada latihan ketenteraan atau pencerobohan tentera asing di ruang udara Malaysia pada waktu tersebut? 'Sonic boom' caused tremors felt across the north of Scotland 23 May 2012 07:23 BST A sonic boom has been blamed for tremors that were felt by residents across the north of Scotland. He said: "Grampian Police can confirm that following the numerous reports from members of the public who felt 'tremors' during the evening of Tuesday, May 22, the British Geological Survey have reported no significant seismic activity. No reports of injuries or damage have been received. Tremors can be caused by seismic events, like earthquakes, but can also be the result of sonic booms produced by high-velocity aircraft. All shook up! Monday, Jun 11 2012 Riddle of the massive sonic boom that the north east of England mistook for an earthquake Locals in Northumberland had called police after buildings shook and loud rumbling was heard at around 3.15pm. 'The observations received are similar to those which have been received previously for sonic boom. RAF Kinloss were contacted and have advised that there were two military jets on exercise in the area at the time.' 'Mystery Explosion' Was Jet's Sonic Boom April 12, 2012 A loud bang heard across a large part of England was from a sonic boom caused by a Typhoon jet, the Ministry of Defence has confirmed. A spokesman for the Ministry of Defence confirmed the bang was caused by a Typhoon fighter aircraft. The plane was one of two Typhoons that had been launched following an emergency call from a helicopter. The helicopter had transmitted on the wrong frequency, the MoD spokesman said. Residents, mainly in the Coventry area, said they had heard a gigantic bang which police initially suggested was down to a minor earth tremor. Perth shaken, rattled, but was it a tremor or sonic boom? April 07, 2011 SONIC BOOM: A joint Air Force-Navy operation off the coast of Perth is a likely cause of some unusual reports of rattling windows and loud noises in some suburbs. Nine News - Sonic boomWar games off the WA coast are being blamed for 'tremors' felt in Perth WA has had a minor earth tremor but hundreds of residents have reported rattling windows - which could be attributed to unusual aircraft activity. The "quake" was felt by hundreds of residents from the northern suburbs down to Baldivis and Mandurah south of Perth. Many reported hearing the quake and having windows rattled by the jolt. Despite that, hundreds of Perthnow readers have reported feeling the quake and having windows rattle inexplicably in their homes. |
Posted: 10 Jun 2012 06:56 PM PDT 11 Jun 2012 KUALA TERENGGANU - Kegiatan seorang konstabel sokongan bersekongkol dengan tiga rakannya untuk menyamun sebuah rumah kongsi didiami buruh Indonesia di Jalan Jakar, Kemaman, berbalas apabila dia ditahan kelmarin. Konstabel berusia 27 tahun tersebut ditahan ketika dia sedang beristirehat di kuarters Balai Polis Chukai, Kemaman pada pukul 7.30 malam iaitu selepas 15 jam kejadian samun itu berlaku. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, kejadian itu berlaku apabila tiga rakan konstabel tersebut menyerbu rumah kongsi berkenaan dengan menyamar sebagai polis cawangan narkotik pada pukul 4 pagi. Katanya, selepas mengejutkan semua penghuni, salah seorang suspek yang memakai vest mempunyai perkataan polis meminta semua buruh warga Indonesia tersebut berkumpul di hadapan rumah berkenaan dan menunjukkan pasport masing-masing. "Dua lagi penyamun masuk ke dalam rumah kongsi dan mengambil sebuah beg mengandungi wang RM400 milik seorang buruh berusia 34 tahun. "Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu konstabel tersebut yang sedang menunggu berdekatan premis itu," katanya. |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan