Rabu, 9 Mei 2012

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Peneroka patut dapat RM50,000 bukan RM15,000

Posted: 08 May 2012 11:59 PM PDT

Peneroka patut dapat RM50,000 bukan RM15,000

Sumber Link :KeadilanDaily - http://www.keadilandaily.com/peneroka-patut-dapat-rm50000-bukan-rm15000/

 

KUALA LUMPUR 9 Mei: Peneroka Felda sepatutnya menerima ganjaran RM50,000 bukannya RM15,000 seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip Felda selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion dan ia adalah hak 112,635 keluarga peneroka Felda di seluruh negara.
"Namun, hanya 30 peratus (RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip diagihkan kepada peneroka dan ia berjumlah RM1.689 bilion. Najib mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Rafizi, jumlah RM5.6 bilion itu diperoleh melalui penjualan 59 peratus pegangan sedia ada Felda dalam Felda Global Venture (FGV) berjumlah 1.2 bilion unit saham. Manakala FGV pula akan turut menerbitkan saham baru berjumlah hampir 1 bilion unit.
Katanya, terbitan saham Felda dan FVG berjumlah lebih dua bilion unit itu bernilai RM4.65 sesaham.
Jelas beliau, proses penyenaraian dibuat kerana tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan Felda Plantatians Sdn Bhd dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian.
"Tanpa tanah yang diambil oleh Felda atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal," katanya menjelaskan kajian dibuat berdasarkan analisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga saham apabila disenaraikan.
Justeru, beliau mencabar Najib untuk mengumumkan agihan RM50,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda, berbanding RM15,000.
"Ini bukanlah kali pertama Datuk Seri Najib Razak berpura-pura mendahulukan rakyat. Sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat," tegas Rafizi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30120

Tiada ulasan: