Suara Sri Andalas |
- Selangor Mulls Legal Action if Putrajaya Refuses to Solve Water Stalemate
- Dr Xavier Bayar Tol Bagi Pihak 35 Kereta
- Pemegang MyKad Merah Berhimpun 27 Mei
- 300 Orang Desak Tol Batu Tiga-Sungai Rasau Dihapuskan
Selangor Mulls Legal Action if Putrajaya Refuses to Solve Water Stalemate Posted: 15 May 2012 04:00 AM PDT SHAH ALAM, May 15 — Selangor has threatened to take Datuk Seri Peter Chin Fah Kui to court if the energy, green technology and water minister refuses to use his ministerial powers to break the deadlock over the statutory transfer of water assets in the state to the federal government. Tan Sri Khalid Ibrahim's administration has tussled with water concessionaires in the state and Putrajaya over the valuation of assets such as pipelines, dams and treatment plants since Pakatan Rakyat (PR) first took over Selangor in 2008. But the Selangor mentri besar told The Malaysian Insider recently he is prepared to take the Barisan Nasional (BN) federal administration to court if it refuses to agree to take the transfer of assets, compulsory under a law passed in 2006, to international arbitration. "The law gives him the power. We will get a judicial review. The minister needs to do something but he need not act in favour of anybody," Khalid (picture) said when asked what he would do if Putrajaya refuses to go to international arbitration as suggested by Selangor for over a year. The Ijok assemblyman said in an exclusive interview he was waiting for a reply from Chin after writing to the minister in late April, adding that "I don't think they are chickening out but we are forcing the issue." Section 114(1) of the Water Services Industry Act (WSIA) allows the minister to assume complete or partial control of concessionaires in the interest of the nation, and "shall not be challenged, appealed against, reviewed, quashed or questioned in any court". The law requires the centralising of all water assets except those in Sabah and Sarawak to make water supply management more efficient but Umno-linked water concessionaires Puncak Niaga and Syabas have repeatedly rejected offers from the state. Both are controlled by Tan Sri Rozali Ismail, who is Selangor Umno treasurer and the 31st richest man in Malaysia, according to Forbes. The state government has made three previous offers for the water assets. The first offer, RM5.7 billion for assets and equity, was turned down by all four concessionaires in the state, while the second RM9.4 billion offer — this time including liabilities — was rejected by Syabas and Puncak Niaga. A third offer worth RM9 billion for a 100 per cent takeover of all four companies in January last year was also rejected. Putrajaya has also dismissed Selangor's valuation of RM11 billion for all the assets including the 80 per cent the state government says it already owns, saying the federal government's Water Asset Management Company (PAAB) will only pay RM1.1 billion. Selangor has asked Putrajaya for over a year now to allow the matter to be brought to international arbitration as the various parties cannot agree on the valuation of the assets. "WSIA says implement and now there are some worries about not being fair, then international arbitration is the answer," the Bandar Tun Razak MP said in the interview. The PKR-led state government has said that resolving water asset impasse is crucial to continue its free water scheme and head off tariff hikes. It currently writes off the first 20 cubic metres used by some four million consumers in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya. But PR has accused the federal government of stalling the process at the expense of the Selangor public by bailing out water concessionaires with a RM6.5 billion takeover of outstanding debts owed by the companies in 2010. "Again the federal government is bailing out private companies, so why not just make a deal with the state?" Khalid asked. The mentri besar said he wants to solve the issue before his mandate expires in a year. He also told The Malaysian Insider he would not hold elections until the second half of the year, which would deny Datuk Seri Najib Razak the chance to win back the country's richest state and help cement his hold on power. Observers say the prime minister needs to improve on Election 2008, during which BN lost a record 82 federal seats and five state governments and only a return to its customary two-thirds majority of Parliament would guarantee his survival. Source: TheMalaysianInsider |
Dr Xavier Bayar Tol Bagi Pihak 35 Kereta Posted: 15 May 2012 03:00 AM PDT SHAH ALAM, 15 MEI : Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar hari ini menjelaskan bayaran tol bagi 35 buah kereta yang melalui tol Batu Tiga pada demonstrasi mansuh Tol Sungai Rasau dan Batu Tiga Sabtu lalu. Beliau yang juga Adun Sri Andalas berkata, gantirugi sebanyak RM38.50 kepada pihak Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dan mengharapkan pihak PLUS tidak mengambil tindakan kepada kenderaan-kenderaan yang tidak membayar tol pada hari itu. "Saya ingin menjaga hubungan baik dengan PLUS tetapi saya tetap mendesak agar tol ini segera dimansuhkan," katanya ketika ditemui di Pejabat Plaza Tol Batu Tiga hari ini. Pada Sabtu lalu, hampir 300 rakyat berkumpul di Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini bagi menyertai demonstrasi mendesak Kerajaan Pusat menghapuskan kedua-dua tol terbabit. Demonstrasi aman anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor itu mencuri tumpuan pengguna lebuh raya hari itu apabila mereka membunyikan hon sebagai tanda sokongan dan mengambil pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan Tol Demi Rakyat'. Namun, seorang individu tidak dikenali mengangkat palang di satu lorong plaza tol Batu Tiga menyebabkan beberapa kenderaan melepasinya tanpa membuat bayaran. Sementara itu, Dr Xavier mengandaikan jika lima minit direkodkan untuk 35 buah kenderaan melalui satu laluan tol, maka sebanyak 420 buah kenderaan dalam masa sejam serta hampir 10,000 buah kenderaan sepanjang hari dan mencatatkan kutipan tol mencecah RM400,000 sehari. "Tidak mungkin PLUS mengalami kerugian serta tidak mampu menanggung kos membaikpulih lebuhraya itu kerana Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau sudah beroperasi melebihi 25 tahun," katanya yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor. Malah, semua pihak termasuk Umno-BN sendiri menyokong pemansuhan tol Sungai Rasau dan Batu Tiga ini kerana ia jelas membebankan penggunanya selain kesesakan teruk setiap hari. Bagaimanapun, pihak PLUS hanya bertindak menambah laluan tol tetap ia tidak mengurangkan kesesakan selain hanya mengaut keuntungan setiap hari. Sumber: Selangorku |
Pemegang MyKad Merah Berhimpun 27 Mei Posted: 14 May 2012 03:00 AM PDT SHAH ALAM, 14 MEI : Berlarutan sejak sekian lama pemegang MyKad merah dari seluruh Selangor dan negara akan mengadakan satu perjumpaan di Dewan Hamzah, Klang pada 27 Mei depan. Perjumpaan yang dianjurkan kerajaan negeri bertujuan menyelesaikan isu membelenggu masyarakat India yang tinggal di ladang-ladang yang menghadapi masalah bagi mendapatkan MyKad biru dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, Selangor sendiri sebagai negeri maju dianggarkan terdapat beribu orang di kalangan masyarakat India yang menghadapi masalah berkenaan serta orang Cina, Melayu dan Orang Asal. Kerajaan negeri mengambil inisiatif menganjurkan perhimpunan ini kerana Kerajaan Pusat menjelaskan akan mengambil tindakan segera bagi meenyelesaikannya sekiranya segala maklumat diberikan. "Menteri Dalam Negeri atau kerajaan BN kata kalau kita boleh serahkan nama pemegang MyKad merah ini, mereka akan ambil tindakan secepat mungkin. Sebab itu kita ambil cabaran ini. "Orang-orang ini dianggap sebagai warganegara Malaysia kerana lahir dan bekerja di negara ini tetapi akhirnya lebih dari 55 tahun, tiada sebarang bantuan diberi Kerajaan Pusat kerana mereka pemegang MyKad merah. Mereka ini juga tidak boleh mendapatkan bantuan dari kerajaan negeri melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Turut hadir, Adun Taman Medan, Haniza Talha dan Adun Kampung Tunku, Lau Weng San. Bagi mencari jalan penyelesaian, Dr Xavier berkata, kerajaan negeri berusaha menghimpunkan golongan itu dalam majlis itu yang akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Katanya, kerjasama dari pelbagai pihak termasuk Adun, pertubuhan bukan kerajaan(NGO), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua Komuniti dan selainnya diperlukan bagi menghimpunkan kesemua mereka termasuk membantu kalangan yang uzur dan tua serta kanak-kanak yang dikesan turut tidak memiliki sijil kelahiran. Menurutnya, mereka diminta membawa dokumen seperti MyKad merah, dokumen perkahwinan dan yang berkaitan bagi memudahkan segala bukti dikumpulkan. "Semua data-data ini kita akan hantar kepada Menteri Dalam Negeri untuk diambil tindakan selanjutnya. Dalam majlis ini, saya harap dan jangkakan lebih 1,500 orang akan hadir. Kita juga akan menjemput pihak Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) untuk hadir," katanya yang mempersoalkan isu pendatang asing yang didakwa memiliki MyKad biru tetapi golongan berhak dinafikan haknya. Sumber: Selangorku |
300 Orang Desak Tol Batu Tiga-Sungai Rasau Dihapuskan Posted: 13 May 2012 03:00 AM PDT SHAH ALAM 13 MEI : Hampir 300 rakyat berkumpul di Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini bagi menyertai demonstrasi mendesak Kerajaan Pusat menghapuskan kedua-dua tol terbabit. Demonstrasi aman anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor itu mencuri tumpuan pengguna lebuh raya itu apabila mereka membunyikan hon sebagai tanda sokongan dan mengambil pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan Tol Demi Rakyat'. Peserta demonstrasi juga membawa kain rentang bertulis 'Hapuskan Tol Baru Betul', 'Hapuskan Tol Demi Rakyat' selain laungan 'Hidup Rakyat', 'Hapuskan tol', 'Undi Pakatan Rakyat Tak Bayar Tol', dan 'Undi BN Bayar Tol'. "Kami dapat simpulkan kehadiran rakyat berbilang kaum pada hari ini sebagai gerakan rakyat secara bersepadu untuk bersama-sama mendesak Kerajaan Pusat berhenti dari terus membebankan rakyat. "Sedangkan pulangan modal yang sepatutunya mereka perolehi sudahpun mereka dapatkan lama dulu," jelas Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Atkin. Turut hadir Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei dan Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri dan MP Shah Alam Khalid Samad di Tol Batu Tiga di sini. Sementara di plaza tol Sg Rasau, pemimpin Pakatan Selangor dan kira-kira 100 individu turut mengadakan sebuah lagi demonstrasi bagi tujuan yang sama. Kumpulan itu turut dipimpin Exco Selangor Ronnie Liu dan Dr. Yaakob Sapari, Kapar MP S. Manikavasagam dan ADUN Kota Alam Shah M. Manoharan. Khalid berkata kedua-dua tol tersebut sepatutnya sudah lama dihapuskan. "Laluan ini memang sudah lama wujud dan mereka (syarikat konsesi) sekadar melebarkannya daripada dua ke enam lorong. "Pengguna pula terus dikenakan bayaran sehingga ke hari ini selepas kira-kira dua puluh tahun kutipan tol dimulakan. "Mengambil kira kenderaan yang semakin banyak, sehari sahaja PLUS (Projek Lebuhraya Usahasama Berhad) mampu mengutip ratusan ribu. Bayangkanlah untuk beberapa tahun ini, memang inilah paling mengarut sekali," jelasnya sewaktu ditemubual TVSelangor. Salah seorang peserta demonstrasi mencuri tumpuan apabila beliau mengangkat palang di satu lorong plaza tol Batu Tiga menyebabkan beberapa kenderaan melepasinya tanpa perlu membuat bayaran. Bagaimanapun, Dr Xavier yang berada di situ segera mengarahkan palang tersebut diturunkan dan beliau berjanji untuk membayar ganti rugi yang ditanggung pihak PLUS. Sumber: Selangorku |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan