Selasa, 29 Mei 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Alangkah sakitnya tanpa telefon bimbit

Posted: 29 May 2012 12:23 AM PDT

Saya tertinggal handphone saya diatas meja di Dewan MPP Parti Keadilan Rakyat di Tropicana semasa menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan pada 27hb Mei 2012, dan Sdri Nurul telah diberitahu mengenai ini, beliau telah berikan handphone itu kepada Pak Guard yang bertugas.

Pada 28hb Mei, sepatutnya saya pergi ke Tropicana untuk mengambil hp saya itu daripada Pak Guard, malangnya saya tidak sihat, dan oleh kerana anak saya nak ke Kuala Lumpur, saya pinta anak saya saja mengambilkan hp itu.

Beliau telah ambilkan hp itu tetapi malangnya kereta dia pulak buat hal dan sehingga hari ini dia tidak pulang ke Temerloh, maka saya sudah dua hari tidak ada hp.

Alangkah sakitnya tanpa hp, apatah lagi saya sendiri masih berehat di rumah kerana masih kurang sihat.  Dengan tiada hp, saya betul-betul hilang perhubungan dengan rakan-rakan, apatah lagi dengan rakan-rakan didalam JK PKR Cabang Kuala Krau.

Sumber hubungan saya hanyalah melalui fb dan mesej-mesej melalui fb.  Jika rakan-rakan tidak membukan fb dan mesej-mesej, maka terputuslah hubungan saya dengan mereka.  Walaupun di rumah saya ada bekalan talipon, tetapi rakan-rakan saya tidak mengetahui nombor talian saya itu.

Bilakah kereta anak saya siap dan bilakah secepat mungkin dia boleh balik?

Saya nak tunggu juga hingga ke petang ini, walaupun badan tidak sihat, Insya Allah saya nak turun juga ke Kuala Krau petang ini dan setidak-tidaknya ingin sampai ke Kg Pian untuk mengaturkan ceramah kelompok yang akan diadakan di minggu ini.

Ceramah Kelompok di Perkampongan Orang Asal Kuala Krau

Posted: 29 May 2012 12:12 AM PDT

Perjuangan untuk Orang Asal oleh PKR Kuala Krau sejak 3 tahun yang lepas telah menampakkan hasil yang sangat positif.

Kejayaan utamanya ialah penubuhan ranting-ranting PKR di semua 10 buah kampong mereka di DUN Jendeak, Kuala Krau iaitu di Kg Galung, Kg Pian, Kg Lubok Wong, Kg Pasu, Kg Penderas, Kg Paya Mendoi, Kg Seboi, Kg Paya Pelong, Kg Rekoh dan Kg Beredut, dengan keseluruhan keahlian mencecah 700 orang.

Dari sejak 3 tahun yang lampau, PKR Kuala Krau tidak henti-henti mengadakan program diantaranya program yang dianjurkan adalah pertandingan bola sepak dan bola tampar dikalangan anak-anak muda, program pertandingan menganyam dikalangan kaum wanita dan ceramah-ceramah kelompok di setiap kampong tanpa henti.

Diantara pimpinan Pusat, Negeri dan Biro yang telah sampai memberikan ceramah termasuklah YB Zuraida Kamaruddin, Che'GuBard, Rebin Birham, Bob Manolan, Yusri Ahon, Pak Jabit, Shafei Dris, Fuziah Saleh, Fellicia Ling, Dato Fauzi Abdul Rahman dan penceramah tempatan seperti Kin Kasim, Jahidin, Hamid Tow, Jalil Penderas dan Daud Busu.

Kini telah lahir begitu ramai dari tenaga tempatan dari kaum OA sendiri dan yang terakhir adalah Hamid Tow iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO Kg Penderas yang kini memimpin NGO Jaringan Kampong Orang Asal Negeri Pahang.

Didalam 2 minggu ini sahaja PKR Kuala Krau telah menyempurnakan ceramah kelompok di Kg Beredut, Kg Paya Pelong, Kg Pian, Kg Penderas, Kg Pasu dan Kg Paya mendoi.  Ceramah kelompok ini akan diteruskan lagi.  Didalam minggu ini akan kita tampilkan penceramah-penceramah pimpinan PKR Pahang dari kaum Orang Asal termasuklah Fatimah Bahsin, Ismail Leh (kedua-duanya bekas orang kuat UMNO di kampong masing-masing), Yusri Ahon, Shafei Dris dan Hamid Tow.

Didalam tempoh yang terdekat ini, sasaran PKR Kuala Krau ialah untuk mendapatkan paling minima sokongan Orang Asal ke tahap 55%, dan dengan tenaga aktif dikalangan pimpinan OA sendiri, target ini Insya Allah akan berjaya.

Tenaga Muda kaum India di Estet Kuala Mai

Posted: 28 May 2012 11:57 PM PDT

Didalam usaha kami menziarahi kaum-kaum dhaif, warga tua dan ibu tunggal di Kg Dato Shariff Ahmad, Kuala Krau, tiba-tiba kami ditemani oleh 3 orang anak muda dari kaum India.  Mereka bermotosikal dengan setiap motosikal itu berbendera PKR dan menemani kami ke setiap buah rumah yang kami ziarah.

Program ziarah ini adalah anjuran Wanita PKR Kuala Krau dan disetiap buah rumah itu kami sediakan sedikit bantuan, seperti beras, sardin, minyak masak, ikan bilis, bawang dan bahan-bahan makanan yang lain.

Ziarah ini tidak memilih bulu.  Kami Ziarah rumah-rumah Orang UMNO, PAS, PKR dan mereka yang tidak berparti.

Walaupun Kg Dato Shariff Ahmad ini merupakan kampong kubu UMNO, tetapi apabila program ziarah wanita ini diijalankan kami telah diterima dengan baik bukan sahaja oleh mereka yang bakal menerima sumbangan dari kami tetapi juga oleh kaum keluarga mereka.

Dan ada diantara Orang-Orang Tua dari kalangan mereka mengeluarkan air mata dan menyatakan bahawa walaupun sudah berpuluh tahun mereka menjadi ahli UMNO, tidak ada pimpinan UMNO yang datang menziarahi mereka usahkan nak memberikan buah tangan.

Mereka cukup berterima kasih diatas lawatan yang dibuat oleh pimpiinan PKR Kuala Krau ke rumah-rumah mereka.

Program ziarah itu telah disempurnakan juga di Estet Kuala Mai, Kg Jenderak, Kg Matau, dan Kg Paya Luas; dan sebelum ini disempurnakan di Felda Jenderak Utara.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok KawahKawan seperjuangan baru semakin bertambah

Posted: 28 May 2012 11:44 PM PDT

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih bahawa sejak mengambil lebih masa turun padang di kawasan DUN Jenderak, saya berjaya menemui rakan-rakan baru didalam perjuangan.  Sesetengah mereka adalah bekas kakitangan kerajaan, sesetengahnya daripada ahli-ahli UMNO dan sesetengahnya daripada mereka yang belum pernah berparti.

Dari Kg Kuala Mai, seorang bekas anggota polis yang baru berpencen, Sdr Hamid, telah menyertai PKR, dari Kg Penderas, Sdr Hamid Tow, seorang pemimpin Orang Asal dari NGO Jaringan Kampong Orang Asal telah keluar dari UMNO dan kini mennjadi penceramah tetap PKR khusus dikalangan Orang Asal dan amnya penceramah PKR Kuala Krau, juga Sdr Jalil, seorang Orang Asal yang baru berpencen menambahkan tenaga baru di kalangan pejuang-pejuang Orang Asal.

Dari Gajah Mati, Sdr Isman, menawarkan diri untuk bertugas dengan PKR khususnya untuk Bilik Gerakan PKR di Kg Dato Shariff Ahmad.

Dari Kg Terengging, 3 orang Pemuda yang ingin berkhidmat sepenuh masa untuk PRU ini dari Kg Terengging, dan mereka sudah pun menyediakan Bilik Gerakan di Kg Terengging, dan menaikkan bendera PKR di kampong mereka.

Ini adalah perkembangan baru yang sangat positif kerana selama ini walaupun ada sokongan kecil di Kg Terengging, tetapi tidak pernah mempunyai sokongan terbuka apatah lagi sokongan terbuka ini diperkemaskan dengan penubuhan Markas Pakatan Rakyat.

Penduduk Bukit Dinding yang menyokong PKR pula mengambil ketetapan untuk bergerak bersama-sama rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat bagi kawasan UPU di Kg Kuala Mai dan Kg Gong Halt.

Terima kasih kepada rakan-rakan perjuangan yang baru.

Tiada ulasan: